gaya hidup

Aib ORANG LAIN, Tapi Sebenarnya Ujian Untuk KITA Juga. Ada Sebab Kenapa DIA Duga.

Huda Hussain
10/12/2021
02:00 MYT
Sponsor Banner
Aib ORANG LAIN, Tapi Sebenarnya Ujian Untuk KITA Juga. Ada Sebab Kenapa DIA Duga.
Melihat satu persatu isu yang timbul dalam kalangan masyarakat kita kebelakangan ini ada kalanya cukup menyesakkan dada. Tidak kiralah sama ada ia melibatkan selebriti, orang berpengaruh, golongan kenamaan, tokoh itu dan ini bahkan sesiapa sahaja.
Serasanya hati berbisik tak mahu ambil tahu tetapi orang terdekat pula sibuk ‘memancing’ perhatian kita hingga secara tidak sedar kita juga turut sama kongsi ‘saham’ itu. Lebih buruk apabila ia dipanjangkan dalam media sosial. Suka penulis berkongsi muat naik di laman Facebook Pakar Diari Hati yang dinukilkan seseorang. Intinya supaya kita belajar dan ambil iktibar tentang aib seseorang.
Kredit Foto: Google
Manusia kalau dia nak buat jahat mengata segala tentang perihal anda, dia takkan fikir sama ada anda pernah berjasa atau mungkin pernah keluarkan duit untuk urusan tertentu, berkorban atau apa-apa sebab lain. Kalau nak mengata dia akan terus mengata saja. Apa yang penting hati dia puas. Tapi lagi sedih dia ajak kawan sekali ‘follow’ dia mengata. Selepas kita buka aib orang, payah dah kita nak tutup.
Selagi aib itu tersebar, selagi itulah saham dosa kita berjalan. Manusia sekarang suka sangat cepat menghukum, padahal dia tak tahu hujung pangkal cerita.
Manusia zaman sekarang lebih seronok tenguk kemusnahan orang lain dari tenguk kebahagiaan orang. Jangan terlalu seronok cerita kelemahan dan keaiban seseorang kepada orang lain. Kerana diri kita sendiri pun bukannya sempurna.
Kredit Foto: Google
Jangan suka-suka mengumpat orang, meskipun ia benar mengenai orang tersebut. Apa yang masuk telinga kita tak semestinya harus keluar dari bibir kita.
Jaga maruah orang lain sebagaimana kita menjaga maruah kita. Mengetahui aib muslim adalah ujian bagi kita. Akankah kita menutupi di saat kita tidak suka padanya?
Jangan pernah merasa mulia dengan merendahkan orang lain. Jangan pernah merasa bahagia dengan membuka aib orang. Allah tidak pernah tidur dan setiap manusia yang menjatuhkan manusia lain, pasti ada balasan. Tidak sekarang, di Akhirat nanti.
Sesiapa yang sesuka membuka aib atau mencari-cari aib orang lain. Maka sungguh, di hari Akhirat akan di buka seluruh aibnya. "Ku dapati para salaf mengganggap bahawa ibadah yang sesungguhnya bukanlah pada banyaknya puasa mahupun solat, namun pada sikap menjaga diri dari membicarakan aib orang." Umar Bin Abdul Aziz
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar