Highlights

Amalan Cantik Wanita Dulu-Dulu, Tak Percaya Tak Apa – Mandi Subuh, Pijak Tanah, Pakai Bengkung, Makan Ulam...

Afiza Kamarulzaman
06/07/2020
15:27 MYT
Sponsor Banner
Amalan Cantik Wanita Dulu-Dulu, Tak Percaya Tak Apa – Mandi Subuh, Pijak Tanah, Pakai Bengkung, Makan Ulam...
Mari kita lihat antara amalan dan rutin gaya hidup nenek moyang kita dulu yang banyak mempengaruhi kesihatan dan kecantikan mereka apabila sudah tua. Tidak hairanlah kebanyakan orang-orang lama yang hidup era 60 ke 70 an masih kelihatan kuat dan mampu melakukan kerja-kerja harian dengan baik. Apa yang kita lakukan hari ini akan memberi impak pada usia emas kita nanti. Jadi, beringatlah selalu ya. Biar susah sedikit, asalkan senang di kemudian hari.
  • Bangun subuh seawal jam lima pagi adalah kebiasaan orang dulu. Selepas itu, terus mandi dan solat subuh. Jangan sesekali sambung tidur.
  • Sebaik bangun pagi, lakukan senaman rengangan sebelum keluar bilik. Tidak perlu yang susah-susah, cukuplah untuk meregangkan otot-otot yang berjam-jam terbaring. Tarik nafas dalam-dalam.
  • Sebelum bangun dari katil, raup wajah dengan kedua belah telapak tangan diiringi bacaan selawat sebanyak tiga kali. Urut lembut sekitar wajah bermula dari dagu terus ke umbun-umbun kepala.
  • Turun ke laman pada dini hari, pijaklah rumput-rumput yang masih bersisa embun dengan berkaki ayam. Pijak dan jalan-jalan beberapa minit.
  • Sesekali, amalkan juga berkaki ayam di atas tanah. Amalan ini bagus untuk menambahbaikan keseimbangan, orientasi dan kesedaran tubuh, yang boleh membantu melegakan kesakitan.
Kredit Foto: Google
  • Elakkan tidur pada waktu petang. Jika terlalu mengantuk, cukuplah lelapkan sekejap mata pada waktu tengah hari sebelulm masuk waktu Zohor.
  • Orang-orang dulu memang terkenal dengan pemakaian bengkung atau korset. Walaupun perubatan moden tidak mengesahkan kebaikannya, namun ia bagus untuk membentuk tubuh dan mengurangkan rasa untuk makan banyak. Bagi ibu yang bersalin secara pembedahan pun digalakkan oleh doktor untuk memakai korset bagi menampung kestabilan perut. Tidak rugi pun diamalkan.
Kredit Foto: Google
  • Banyakkan makan ulam-ulaman seperti daun pegaga, daun selom, ulam raja, petai, peria dan sebagainya. Lagi pahit rasa ulam itu, lagi banyak khasiatnya.
  • Minuman ais memang tiada keburukannya. Namun, jika diberi pilihan ambillah minuman air suam putih sahaja.
  • Nenek moyang kita dulu lebih gemarkan masakan berasaskan rebus-rebus dan celur-celur sahaja. Hanya sesekali mereka menumis atau bersantan, itupun dengan penggunaan minyak yang sedikit dan tiada penambah perasa.
  • Dulu-dulu memang tiada penghawa dingin. Kebanyakan orang dulu sentiasa dalam keadaan berpeluh. Selain kuat menggunakan tenaga, mereka juga jarang berkipas dan banyak duduk di ruang yang panas.
  • Makan jamu! Itu antara amalan orang dulu yang tidak dapat disangkal lagi. Jamu dipercayai dapat memanaskan badan yang mana bagus untuk kekalkan kesihatan yang baik dari dalam.
Kredit Foto: Google
  • Perasan tak wanita dulu suka mengikat rambut mereka ketat-ketat dan tinggi-tinggi seperti ballerina bun itu. Atau kita memanggilnya sanggul. Ia bagus untuk elakkan pening kepala kerana itu orang berpantang pun disarankan ikat rambut ketat-ketat.
  • Tiada istilah ‘night life’ dalam kehidupan nenek moyang kita dulu. Mereka akan masuk tidur seawal jam sembilan ke 10 malam. Mereka memiliki tidur malam yang cukup dan berkualiti.
  • Orang dulu mana ada makanan segera atau diproses. Walaupun mereka tidak mengamalkan sebarang diet tapi tubuh kekal langsing. Jadi, elakkan makanan yang tidak berfaedah itu. Makan hanya makanan segar sahaja. Makan banyak mana pun tidak mengapa kerana ia akan diproses dengan baik.
  • Banyakkan senyum dan kurangkan berfikir perkara-perkara negatif. Ya lah, wanita dulu kurang tekanan dan bebanan kerja, jadi kuranglah stres. Wanita moden, cubalah kawal emosi ya.
Kredit Foto: Google
  • Kurangkan makan makanan yang sejuk dan berangin seperti timun, nangka dan sebagainya.
  • Elakkan makanan makanan yang dipanaskan berkali-kali. Kalau ikutkan orang dulu tiada peti ais, maka mereka akan masak makanan secukupnya sahaja. Tiada istilah makan makanan semalam yang dipanaskan terutamanya nasi.
  • Banyakkan berkebun dan bercucuk-taman. Ia sangat bagus untuk fizikal dan mental. Selain mengeluarkan peluh, ia dapat melatih mata melihat yang hijau-hijau dan indah, dan dapat juga sumber makanan yang segar semula jadi.
  • Berurut juga menjadi amalan orang dulu-dulu dalam menyegarkan badan dan sebagai terapi.
Kredit Foto: Google
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar