gaya hidup

Andai Tahun Ini Kita Masih Tak Dapat Beraya Dengan Ayah Ibu, Kita Doalah Dipanjangkan Usia Mereka Untuk Raya Akan Datang.

Afiza Kamarulzaman
01/05/2021
12:27 MYT
Sponsor Banner
Andai Tahun Ini Kita Masih Tak Dapat Beraya Dengan Ayah Ibu, Kita Doalah Dipanjangkan Usia Mereka Untuk Raya Akan Datang.
Isu hangat yang terus berlanjutan dan makin panas menjelang Hari Raya ini. Larangan merentas negeri dek wabak Covid-19 yang terus mencatat empat angka yang sudah berminggu-minggu dengan kes positifnya. Tiada tanda menyusut, sebaliknya makin galak naik dan naik.
Justeru, kerajaan nampaknya semakin bertegas berkenaan SOP termasuklah larangan merentas negeri yang semakin lantang diperdebatkan rakyat terutamanya mereka yang duduk jauh daripada ayah dan ibu berlainan negeri. Suka atau tidak, kerajaan nampaknya tiada pilihan lain sebagai langkah pembendungan rantaian wabak ini daripada terus berleluasa.
Kredit Foto: Google
Bukan Membantah Tapi Kerinduan Tak Pernah Faham
Entah di mana silapnya apabila kes terus menerus naik walaupun ramai yang kata sudah mematuhi SOP yang ditetapkan seperti memakai pelitup muka, sentiasa mencuci tangan dan menjaga jarak sosial. Namun, mungkin ada seorang dua yang terleka sedikit, kemudian berhubung dengan ramai orang, lalu merebakkan virus secara rawak dan meluas.
Inilah yang cuba dibendung oleh Kemeterian Kesihatan Malaysia dengan melarang aktiviti merentasn negeri supawa wabak yang tersebar masih boleh dikawal dalam skala kecil sahaja. Andainya, orang yang membawa wabak itu menjelajah ke negeri lain, pasti penyebaran virus ini menjadi lebih besar dan risiko lebih tinggi untuk menjangkiti ramai orang.
Rasanya semua faham mengenai konsep rantaian penyebaran virus ini. Cuma itulah, sebagai manusia biasa, naluri untuk pulang ke kampung apabila tiba Hari Raya adalah normal. Apa lagi jika kita masih mempunyai ayah, ibu dan keluarga di negeri sana. Hiba apabila terpaksa beraya jauh di perantauan.
Kredit Foto: Google
Doalah Dari Jauh Semoga Ada Rezeki Tahun Depan
Apa lagi daya kita untuk menebus rindu jika arahan pemimpin juga harus kita akur demi keselamatan dan kesejahteraan semua? Mungkin kita rasa tidak adil kerana tahun lepas juga ini berlaku, dan kali ini mana mungkin berulang lagi sejarah beraya tanpa pulang ke kampung berlaku juga.
Sebagai umat Islam yang diajar untuk sabar, bertolak-ansur dan bertanggungjawab, seharusnya kita melihat arahan ini dari sudut positif. Ya, memang sakit hati memikirkannya tetapi anggaplah ia sebagai perjuangan kita untuk suatu hikmah dan ganjaran yang akan kita nikmati nanti.
Doakan dari jauh semoga Allah panjang dan sihatkan ayah ibu kita. Berikan lebih masa untuk kita bersama mereka pada masa akan datang. Janganlah dijadikan Ramadan dan Syawal tahun ini sebagai tahun terakhir untuk mereka juga buat kita. Jangan putus berdoa agar wabak Covid-19 ini lekas-lekas diangkat dibawa jauh dari muka bumi ini.
Dan sebagai rakyat kita juga berharap pihak berkuasa turut dapat melaksanankan perintah SOP ini sama adil kepada setiap rakyat di Malaysia tidak kira pangkat, keturunan atau latar belakang. Ia bukan hanya tentang keadilan tapi juga untuk memastikan keberkesanan SOP itu sendiri dan menjaga keharmonian negara.
Kredit Foto: Google
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar