Read
ANUAR ZAIN ‘Jual’ Skaf Bukan Tudung — Tak Percaya? Anda Harus Lihat Ini!
Oleh: Athirah Zulkifli
Kredit foto: Instagram @anuarzainnetwork
Kredit foto: Instagram @anuarzainnetwork
MENERUSI akaun rasmi instagram @anuarzainnetwork, baru-baru Anuar Zain mengorak langkah berani menceburi bidang perniagaan. Perniagaan apa yang dijalankan olehnya? Bukan kosmetik, bukan juga produk penjagaan diri lelaki. Tetapi perniagaan tudung yang diberi nama #AwanByAz. Koleksi tudung ini sudah mula dijual menerusi laman rasmi www.shopbyaz.com.
Menariknya tentang koleksi AwanByAz ini, ia adalah koleksi skaf pertama yang dikeluarkan oleh Anuar Zain. Setiap rekaan koleksi diinspirasikan daripada unsur-unsur keindahan alam semula jadi, kembara dan seni. Ketiga-tiga elemen ini diterapkan dalam koleksi AwanByAz. Setiap helaian tudung ini dihasilkan daripada fabrik yang berkualiti serta rekaan corak moden yang pasti memikat hati banyak para hijabi.
Koleksi AwanByAz ini tampil dengan 7 rekaan corak yang berbeza yang pasti menepati cita rasa wanita yang memakainya. Cuma yang menjadi tanda tanya sekarang, mampukah sehelai tudung ini yang rata-ratanya berharga RM220 sehelai (dan ke atas) bersaing dengan jenama-jenama hijab mapan yang lain? Hanya masa yang dapat menjawabnya.
Ayuh saksikan seleksi koleksi AwanByAz yang belum anda pernah lihat sebelum ini. Yang mana satu kesukaan anda?
A post shared by shopbyaz (@shopbyaz) on
Kredit foto: www.shopbyaz.com
Kredit foto: www.shopbyaz.com
Kredit foto: www.shopbyaz.com
Must-Watch Video