gaya hidup

Apa Yang Kita Ada? DOA. Mohon Pada-Nya Dikurniakan Pemimpin Bertanggungjawab, Amanah, Adil Dan Jujur.

Huda Hussain
16/08/2021
08:24 MYT
Sponsor Banner
Apa Yang Kita Ada? DOA. Mohon Pada-Nya Dikurniakan Pemimpin Bertanggungjawab, Amanah, Adil Dan Jujur.
Cuaca mendung sejak tengah hari tadi dan disulami dengan rintik hujan bagaikan memahami gejolak rasa yang dirasai bekas Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Akhirnya, pada tanggal 16 Ogos terpatri sebuah sejarah apabila beliau hanya memegang jawatan Perdana Menteri dalam tempoh paling singkat.
Kredit: IG Astro Awani
Pikul Tanggungjawab Berat Mengambil alih tampuk kepemimpinan negara sejak 1 Mac tahun lalu, akui beliau semasa Perutusan Khas tadi, “Namun telah ditakdirkan saudara saudari pada hari ini adalah hari terakhir saya sebagai Perdana Menteri dan saya reda dengan ketentuan Ilahi ini. Sesungguhnya jawatan yang telah saya pikul ini bukanlah suatu kemegahan. Ini datang dengan suatu bebanan tanggungjawab yang amat berat. Saya memimpin negara saudara saudari tahu pun dalam keadaan krisis kesihatan dan ekonomi yang tak pernah berlaku dalam sejarah negara kita dan dunia sebelum ini. Dan pada masa yang sama saya terus digugat dari segi politik. Saya boleh mengambil jalan mudah dengan saya mengorbankan prinsip-prinsip saya untuk kekal sebagai Perdana Menteri. Tetapi saudara saudari sekalian itu bukan pilihan saya.” ucap beliau.
Kredit: IG Astro Awani
Mohon Maaf Kepada Rakyat Malaysia Maklum bukan mudah bagi seseorang berada dikerusi beliau, sebagai manusia biasa gelaran Abah kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin mengakui segala kesalahan dan kesilapan yang dilakukan. Ujar beliau, “Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon keampunan daripada saudara dan saudari atas segala kekhilafan dan kelemahan saya sepanjang saya menjadi Perdana Menteri. Saya dan rakan-rakan jemaah Menteri yang telah cuba melakukan yang terbaik untuk menyelamatkan nyawa dan melindungi kehidupan saudara saudari sekalian dalam tempoh krisis yang masih kita hadapi pada masa ini. Namun sebagai manusia seperti biasa pastinya ada salah dan juga silap sana sini. Jadi saya memohon ribuan ampun dan maaf,” ujar beliau sambil menahan sebak.
Kredit: IG Astro Awani
Tidak ketinggalan antara Menteri kabinet lain yang membuat permohonan maaf di media sosial adalah Timbalan Perdana Menteri, Dato Sri Ismail Sabri menerusi satu muat naik di laman sosial beliau.
Kredit: IG Ismail Sabri
Terdahulu Menteri Teknologi, Sains dan Inovasi, Khairy Jamaluddin yang juga Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) tampil memohon maaf secara terbuka kepada semua rakyat Malaysia sekiranya terdapat kekurangan sepanjang berkhidmat sejak 10 Mac tahun lalu.
Menerusi dua rakaman video versi bahasa Melayu dan Inggeris masing-masing berdurasi 8 minit 45 saat dan 7 minit 12 saat itu, beliau merakamkan penghargaan kepada semua pihak. Dan beberapa jam sebelum Perutusan Khas dipancarkan secara langsung, beliau menerusi satu muat naik di IG Story tampil merakamkan penghargaan kerana diberi peluang berkhidmat untuk negara atas kapasiti Menteri Teknologi, Sains dan Inovasi, Khairy Jamaluddin juga Menteri Penyelaras (PICK).
Kredit: IG Khairy Jamaluddin
Berdasarkan peruntukan Perlembagaan, peletakan jawatan ketua kerajaan akan melibatkan kesemua anggota jemaah Kabinet yang kehilangan jawatan masing-masing secara automatik.
Kredit Foto: Google
Harapan Rakyat Malaysia Hanya doa dipanjatkan moga sesiapa jua pemimpin yang dipilih dan dilantik oleh Yang DiPertuan Agong akan berupaya memikul amanah ini sebaiknya. Jadilah pemimpin yang berdedikasi, bertanggungjawab, jujur dan amanah. Kita hanya mampu menadah tangan bermunajat dan berdoa agar negara kita yang dicintai ini terus aman dan makmur juga berupaya keluar daripada pandemik Covid-19. Moga Allah makbulkan doa kita semua dan mengangkat wabak ini sekali gus dapat kita jalani kehidupan seperti biasa yang dirindui selama ini.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar