Highlights

Apabila Ada Sifat BAKHIL, Tengoklah Nasib Hidup Kita. – Jiwa Resah, Orang Menjauh, Tiada Siapa Sudi Doakan.

Afiza Kamarulzaman
11/05/2020
14:02 MYT
Sponsor Banner
Apabila Ada Sifat BAKHIL, Tengoklah Nasib Hidup Kita. – Jiwa Resah, Orang Menjauh, Tiada Siapa Sudi Doakan.
Dalam bulan Ramadan ini, antara amalan yang sangat dituntut ialah bersedekah. Jika ia biasa dijadikan amalan, maka seseorang itu akan berasa nikmat apabila hartanya dihabiskan ke jalan Allah. Sebaliknya, jika cinta dan tamaknya pada harta kebendaan melebihi segala-galanya, maka ragu-ragulah dia untuk mewakafkan hartanya. Setiap kali mahu menarik sedikit hartanya untuk diberikan kepada orang lain, dia terasa begitu sulit.
Begitu banyak firman Allah dan sabda Nabi juga peringatan para sahabat dan ulamak tentang kebaikan bersedekah ini. Semuanya menerangkan tentang kebaikan amaln sedekah dan memberi bantuan. Tiada satu pun kesan buruk daripada amalan bersedekah. Tidak akan terjadi seseorang itu fakir dan kehabisan harta jika dia banyak melakukan sedekah dan membantu orang yang memerlukan.
Kredit Foto: Google
Orang Kedekut Disusahkan Kehidupannya
Ingatlah bukan semua harta yang kita miliki itu hak kita sepenuhnya. Maka, jika tidak dibelanjakan ke jalan yang baik, maka ia pasti memberi impak buruk pada kehidupan kita. Firman Allah SWT bermaksud: “Sebaliknya; orang yang bakhil (daripada berbuat kebajikan) dan berasa cukup dengan kekayaan dan kemewahannya, serta dia mendustakan perkara yang baik; maka sesungguhnya Kami akan memberikannya kemudahan untuk mendapat kesusahan dan kesengsaraan.” (al-Lail : 8-10).
Semakin kita kedekut, semakin sempat kasih-sayang dan surutlah benih cinta dalam kehidupan kita sesama manusia. Cuba perhatikan diri kita, berapa ramai yang benar-benar sayang kepada kita? Dan berapa ramai pula yang sentiasa cuba menjauhi? Nabi Muhammad SAW bersabda, “Orang yang pemurah itu dekat dengan Allah, dekat dengan manusia dan jauh daripada api neraka. Orang yang kedekut itu jauh daripada Allah, jauh daripada manusia dan dekat dengan neraka. Sesungguhnya orang yang bodoh tetapi pemurah itu lebih disayangi Allah daripada seorang abid yang bakhil.” (Hadis Riwayat Tirmizi).
Kredit Foto: Google
Sifat Bakhil Menjauhkan Kita Dari Bahagia
Kenapa orang yang kedekut ini kebanyakannya jiwanya tidak tenteram? Mudahnya, kerana mereka tidak mendapat keberkatan dalam hidupnya. Semak balik, kemungkinan besar hartanya bercampur baur dengan hak milik orang lain. Maka, dia tidak akan berasa bahagia, hidup sentiasa gundah-gulana. Makin dicari bahagia, makin ia menjauh. Jelasnya, harta yang banyak, rumah yang luas, kereta nan gah dan kedudukan yang tinggi bukanlah penentu jiwa yang tenang.
Bahkan, sentiasa berasa tidak cukup dan sempit sekali hidupnya. Justeru dia sudah di ambang kebinasaan. Allah SWT menyatakan. “Belanjakanlah (hartamu) pada jalan Allah dan janganlah kamu jatuhkan dirimu ke dalam kebinasaan (dengan mengingkari perintah Allah) dan berbuat baiklah. Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berbuat baik.” (al-Baqarah : ayat 195)
Sifat kedekut ini juga mengundang kebinasaan sama ada di dunia (binasa hartanya) mahu pun akhirat (harta mengheretnya ke neraka), seperti diperingatkan oleh Nabi SAW, bahawa ada tujuh kebinasaan yang boleh menimpa manusia dan salah satu daripadanya adalah sifat kedekut (mafhum hadis riwayat an-Nasai).
Fahamilah, orang bakhil dan tangkai jering ini tidak akan mendapat pertolongan di dunia dan akhirat kerana mereka mengabaikan perintah Allah SWT, samalah seperti Qarun: “Lalu Kami (Allah) membenamkan dia (Qarun) bersama-sama dengan rumahnya ke dalam tanah, maka tidaklah dia mendapat sebarang golongan yang boleh menolongnya daripada azab Allah; dan dia pula tidak dapat menolong dirinya sendiri.” (al-Qasas: 81).
Kredit Foto: Google
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar