gaya hidup
Ashraf Muslim Kongsi Video Urus Jenazah Arwah Bapa Undang Sayu. Tak Dapat Peluk Cium Buat Kali Terakhir, Allahu…
Hati siapa yang tidak sedih apabila kehilangan insan tersayang lebih-lebih lagi ia disebabkan wabak Covid-19. Selebriti Ashraf Muslim juga tidak terkecuali berhadapan momen yang takkan dilupakannya seumur hidup apabila arwah bapa Hj Muslim Bulat ditakdirkan Ilahi pergi ke negeri abadi asbab wabak ini.
Kredit Foto: IG Ashraf Muslim
Menerusi perkongsian di Instagramnya, selebriti ini sempat memuat naik rakaman video berdurasi 11 minit 17 saat yang mengabadikan saat-saat terakhir menguruskan jenazah arwah bapanya yang menghembuskan nafas terakhir di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). Bermula dari sesi tayamum, solat jenazah hinggalah dibawa ke liang lahad, Allah rezekikan anak sulung ini menabur budi buat kali terakhir pada arwah bapanya.
Kredit Foto: IG Ashraf Muslim
Dia yang dilaporkan bertolak dari Kelantan sebelum itu sempat tiba di hospital untuk membantu menguruskan jenazah arwah bapa yang disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 9, Kota Damansara, Petaling Jaya.
Lengkap menyarung PPE dan mematuhi segala SOP, dicekalkan hatinya untuk melalui saat itu. Allahu, sayu rasanya melihat dalam sarungan PPE, tidak mampu untuk peluk cium jenazah insan tersayang; hanya sekadar itu sahaja yang termampu dilakukan sebagai penghormatan terakhir.
Kredit Foto: IG Ashraf Muslim
Dalam nada sebak dan sedih, ujarnya "Hari ni adalah hari paling sedih buat aku. Di mana… Ayah kat dalam ni telah dipanggil oleh Allah SWT. Doakan ayah tenang di alam barzakh, Allah jaga dia baik-baik, tidak dikenakan azab di kubur nanti. Pelihara dia Ya Allah. Sayang pada ayah. Tak sempat nak spend masa dengan dia banyak lagi. I love you ayah. Maafkan ayah ya? Kalau ada masalah, kalau ada hutang-hutang beritahu saya. Siapa yang ada masalah, maafkan dia ya? Tolong… Doa yang terbaik untuk ayah. Dia pergi lama…” katanya sambil sesekali memegang keranda jenazah.
Moga seluruh kaum keluarga diberi kekuatan melalui saat sukar ini dan semoga roh Allahyarham bersemadi dengan tenang disisi Penciptanya yang dikasihi. Al Fatihah
Kredit Video: IG Ashraf Muslim