Read
AWAS! RICO RINALDI Buat Wanita Obses Dengan Manik — Apa Sebabnya…
Oleh: Huda Hussain
OPTIMIS dan mahu terus mencambahkan idea kreatif, baginya fesyen tidak pernah membosankan malah menuntut dirinya untuk terus menghasilkan sesuatu yang menjangkaui kotak kreativiti sebagai pereka.
Menjadikan kembara melihat negara dan gelagat masyarakat luar sebagai sebahagian daripada sumber inspirasi. InTrend berpeluang mendekati personaliti dan pereka berkarisma ini.
Detik penceburan Rico Rinaldi dalam industri fesyen?
Sejak menuntut di Universiti Lim Kok Wing, saya banyak menyertai pelbagai pertandingan sekitar 2004 hingga 2006. Dan serius dalam fesyen pada 2006 apabila membuka butik pertama di Kajang.
Selain masa, tenaga, idea dan wang ringgit apa lagi yang telah ‘dilaburkan’ untuk dikenali seperti hari ini?
Pusing keliling dunia! Fesyen banyak membawa saya kembara ke serata pelusuk untuk mencari idea dan ilham.
Koleksi yang paling memberi kesan sepanjang penceburan dalam industri fesyen?
Women’s Collection! Itulah kali pertama saya ‘gila’ manik. Menerusi koleksi itu saya bawa ke ‘Singapore Fashion Week’ selain berpeluang memperagakannya di Iran.
Fesyen tidak pernah membosankan kerana...
Ia cepat! Walaupun penat tetapi mengujakan. Setiap kali membuat persiapan untuk sesebuah koleksi, rasa teruja mahu berkongsi dengan mereka yang tahu bagaimana rekaan Rico.
Pernah berasa mahu ‘give up’ dan ingin cuba bidang lain?
Pernah! Mungkin kerana tertekan setiap kali melakukan persiapan untuk sesebuah koleksi atau pertunjukan.
Apa yang mahu dikekalkan dalam setiap rekaan?
Siluet yang ringkas dan perincian ‘bombastic’.
Aktiviti paling ‘gila’ yang pernah anda lakukan?
Jika tertekan, saya akan tiba- tiba ‘hilangkan diri’ dan kembara ke mana sahaja dalam masa sehari. Misalnya ke Indonesia untuk makan, melihat gelagat masyarakatnya lalu pulang ke KL.
Apa yang anda lakukan untuk meredakan tekanan...
Keluar dari pejabat dan tidak akan sentuh perihal kerja, tidak menjawab sebarang panggilan kemudian pergi ‘shopping’ tetapi ‘shopping’ t-shirt putih kosong sahaja (hahaha)
Ramalan trend fesyen tahun hadapan?
Banyak bermain warna pastel, sedikit feminism pada pakaian lelaki tetapi boleh disuai padan dengan pakaian wanita.
Boleh ‘hidup’ atau tidak tanpa media sosial dan mengapa?
Tidak! Media sosial membuatkan saya mudah terhibur apabila menonton video tular yang kelakar misalnya.
Zodiak mempengaruhi cita rasa gaya seseorang, setuju?
Ya, kerana ia punya kaitan dengan personaliti seseorang. Contohnya mereka yang lahir pada awal tahun mungkin cara berpakaiannya lebih matang berbeza dengan mereka yang lahir pada pertengahan tahun yang lebih berani.