Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Highlights

Azhar Sulaiman Buat Tahlil Untuk Kucingnya — Jangan Sedih Bang, King Sedang Berlarian di Taman Syurga

Afiza Kamarulzaman 11/10/2019 | 07:58 MYT

Beberapa hari yang lalu, Azhar Sulaiman ada berkongsi kisah kucing kesayangannya, King yang jatuh sakit. Kemudiannya dimasukkan ke hospital, disahkan kritikal dan akhirnya menamatkan riwayatnya pada hari Selasa yang lalu, jam tiga pagi.

A post shared by Azhar Sulaiman (@azharbsulaiman) on

Sakit Gusi Kronik dan Buah Pinggang

Azhar Sulaiman berkongsi dengan netizen bahawa King mengalami sakit gusi kronik dan masalah buah pinggang yang menyebabkannya terpaksa dimasukkan oksigen.

Ramai netizen mendoakan King kembali pulih dan Azhar sendiri pada mulanya yakin yang kucing kesayangannya itu akan selamat.

A post shared by Azhar Sulaiman (@azharbsulaiman) on

Berkali-kali Azhar memohon maaf kepada King kerana terlepas pandang akan kesihatannya sejak akhir-akhir ini. Kaki King juga kelihatan agak teruk disebabkan oleh blood clot yang berlaku di bawah kulitnya.

Sebaik tiba di hospital, King terus dimasukkan ke ICU untuk rawatan rapi.

A post shared by Azhar Sulaiman (@azharbsulaiman) on

Dipinjamkan Selama Lima Tahun

Menurut Azhar, King berusia lima tahun ketika dia pergi buat selama-lamanya. Dapat kami rasakan kesedihan yang tidak tertanggung buat Azhar dan anak-anaknya kerana King sudah dianggap seperti anaknya sendiri.

Azhar turut berkongsi kerinduannya untuk membawa King jalan-jalan naik motor dan kereta. Siapa tidak rindu untuk melihat telatah manja si comel, mengusapnya, bermain dan melayan kemanjaannya yang suka menggesel dan sentiasa ada di sisi saat kita berada di rumah.

Selepas jasad King dibawa pulang, Azhar mengebumikan King di halaman taman rumahnya. Momen itu sungguh menyayat hati apabila rakan-rakan King yang lain turut dilihat mengelilingi pusaranya.

A post shared by Azhar Sulaiman (@azharbsulaiman) on

Doa Selamat dan Tahlil Malam Jumaat

Sebagai tanda mengingati King dan mengubati kesedihan Azhar sekeluarga, mereka telah mengadakan majlis doa selamat dan tahlil pada malam Jumaat semalam. Semoga Azhar Sulaiman dan keluarga terus tabah menghadapi kesedihan ini. Insya-Allah, King akan sentiasa mengingati tuannya yang baik ini. Ada rezeki, pasti berjumpa lagi di alam sana.

Salam Takziah.

Ramai netizen turut berkongsi kesedihan pengalaman yang sama kehilangan kucing mereka. Antaranya:

#Gaya Hidup #hiburan #Kasih Sayang
;