Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
gaya hidup

Bahagianya Apabila Pasangan Sama-Sama Mahu BERHIJRAH ke Arah Kebaikan, Barulah Cinta ‘Till Jannah’

Afiza Kamarulzaman 31/05/2021 | 11:16 MYT
Suka penulis melihat pasangan yang awalnya berkahwin dalam keadaan ilmu dan amal belum sempurna, tetapi sama-sama melayari bahtera mencari dan menggali agamanya. Kehidupan rumahtangga bukan lagi hanya tentang mencari cinta dunia tetapi yang utama mengejar matlamat syurga yang Allah janjikan.
Antara pasangan selebriti yang dilihat berusaha mencapai matlamat itu sebagai sebuah keluarga sakinah ialah Nabil dan Zira serts bekas pelakon Siti Eja dan suami juga ramai lagi pasangan di luar sana yang nampaknya sudah mula berhijrah menjadi umat Muhammad yang lebih baik dengan membanyakkan ilmu dan berusaha mengamalkannya sebaik mungkin.
Dan mereka ini jugalah yang jarang sekali mahu menghebah-hebahkan segala amal dan penghijrahan yang dilakukan. Bukan bersembunyi, cuma bagi mereka amalan mereka itu adalah antara mereka dan sang pencipta. Tidak perlu dicanang dan dipaparkan sewenang-wenang. Kita mahu diadili oleh Yang Maha Esa bukan manusia.
Alhamdulillah, mana yang baik haruslah kita puji dan sokong walaupun kita tidak tahu sejauh mana seseorang itu mampu untuk istiqomah? Namun, sekurang-kurangnya ia membawa imej Islam yang sentiasa cuba menjadi baik dan Allah pasti nampak usaha hamba Nya walau sekecil mana dia lakukan.
Ramai Mula Berubah Selepas Berumahtangga
Inilah antara hikmah yang Allah kurniakan kepada hamba Nya yang bernikah dan membina masjid. Antaranya kematangan dan perubahan sikap yang lebih baik dan bertanggungjawab. Tidak kiralah sama ada sebagai suami, bapa, anak juga khalifah Allah. Perkahwinan mampu mengubah seseorang itu menjadi lebih baik atau sebaliknya.
Sungguh bertuah buat mereka yang mendapat hidayah Allah pada kala diri bertambah tanggungjawab sebagai suami, isteri, bapa dan ibu. Tambahan selepas mempunyai anak, pastinya kita mahu menjadi contoh yang baik kepada amanah yang Allah yang anugerahkan itu. Anak itu tanggungjawab yang sangat besar. Salah asuhan, kita dipersoalkan di sana nanti.
Hanya ilmu dan amal yang mampu menjadikan kita pemimpin terbaik dalam sebuah rumah tangga. Anak pasti mahu melihat bapa dan ibunya solat dahulu, barulah dia akan mengikut. Jika bapa dan ibu tidak pernah mengaji, bagaimana anak mahu mengamalkannya? Jika bapa dan ibu tidak berpuasa, adakah anak-anak terdorong untuk melakukannya?
Kredit Foto: Google
Bagaimana Pasangan Boleh Jadi Tulang Belakang?
#Nabil Ahmad #Rumah tangga #Hijrah
;