Read

Bahaya ‘Microsleep’, Boleh Mengundang Kemalangan Tanpa Dijangka. Mengantuk Semasa Memandu? Berhenti Dan Rehat.

Huda Hussain
02/08/2020
02:35 MYT
Sponsor Banner
Bahaya ‘Microsleep’, Boleh Mengundang Kemalangan Tanpa Dijangka. Mengantuk Semasa Memandu? Berhenti Dan Rehat.
Sepanjang musim perayaan umum mengetahui banyak kenderaan membanjiri lebuhraya seluruh negara. Dan bagi mereka yang memandu untuk jarak yang jauh, rehat yang secukupnya amat penting.
Benar, walau sebaik mana sekalipun kita memandu dengan berhemah andai ditakdirkan berlakunya kemalangan tiada siapa yang mampu menepisnya. Berdasarkan perkongsian Dr Ahmad Samhan di laman facebook peribadinya, ada tips yang boleh dilakukan untuk mengelakkan daripada bahaya microsleep ini.
“Apa doktor? Ya Allah! Anak akuuuu!” Tangannya terus terkulai layu melepaskan telefon bimbit ditangan. Pandangannya kelam. Seluruh tubuh rasa lemah dan terus rebah ke bumi.
Ibu mana tak terkejut. Baru saja sejam lepas dia memeluk anak, menantu dan cucu-cucunya sebelum mereka pulang ke Kuala Lumpur. Rasa gembira menyambut Aidiladha bertukar menjadi duka.
Anaknya telah terlibat dengan kemalangan dan sekarang berada dalam keadaan kritikal. Lebih menyedihkan menantu dan cucu meninggal dunia di tempat kejadian.
Kredit foto: Google
Ini terjadi kemungkinan disebabkan anaknya kurang rehat dan keletihan menguruskan daging korban serta melayan sanak saudara. Anaknya cuma terlelap hanya beberapa saat, bila tersedar kereta sudah terbalik 180 darjah.
Microsleep adalah keadaan dimana kita akan tertidur kurang 1 saat hingga 30 saat tanpa kita sedari. Situasi ini boleh mendatangkan bahaya sekiranya sedang memandu atau mengendalikan kenderaan yang boleh menyebabkan kemalangan.
Kajian menunjukkan kelenjar thalamus di dalam otak yang berfungsi mengawal tidur tetapi bahagian deria lain seperti mata dan tangan tetap bergerak.
Justeru, ketika memandu, individu mungkin kelihatan sedar tetapi sebenarnya tertidur.
Hasil kajian Pusat Penyelidikan Tidur Universiti Loughborough United Kingdom (UK) terhadap 1,000 pemandu mendapati, 45 peratus lelaki mengaku mengalami ‘micro sleep’ ketika memandu berbanding 22 peratus wanita.
Memandu antara jam 10 malam hingga subuh empat kali ganda lebih berisiko untuk terlibat dalam kemalangan maut. Cara untuk elakkan microsleep:
1️. Berhenti jika mengantuk, jangan paksa diri.
2️. Tidur seketika selama 20 minit
3️. Tukar pemandu
4️. Mengambil minuman mengandungi kira-kira 150 miligram kafein.
5️. Dapatkan rehat yang cukup sebelum memulakan perjalanan.
Kredit foto: Google
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar