gaya hidup

Bawa Keluarga BERCUTI Bukan Pembaziran Tapi Kenangan Yang Tak Mampu Dijual Beli – Ikut Bajet Yang Ada

Afiza Kamarulzaman
03/11/2021
14:16 MYT
Sponsor Banner
Bawa Keluarga BERCUTI Bukan Pembaziran Tapi Kenangan Yang Tak Mampu Dijual Beli – Ikut Bajet Yang Ada
Ukur baju di badan sendiri. Tidak perlu bercuti berhabisan mengikut gaya orang tetapi ikutlah pada bajet yang ada. Asalkan dapat luangkan masa bersama yang tersayang di samping mencipta kenangan terindah bersama mereka, itu lebih bermakna.
Ada orang mungkin mampu menempah vila mewah. Ada yang mungkin sekadar hotel tiga bintang. Ada yang boleh terbang ke negara empat musim, mungkin ada yang sekadar mampu pulang ke kampung sebagai destinasi percutian.
Pergi, laksanakan saja mengikut paras kemampuan yang ada. Untuk bercuti bersama keluarga, bukan soal mewah atau mahal nilai percutian itu tetapi bagaimana kita aturkan masa berkualiti bersama mereka.
Maka, jangan berkira untuk sesekali membawa keluarga pergi bercuti. Ia umpama ‘makanan jiwa’ untuk membentuk keluarga yang harmoni dalam suasana kehidupan lebih sihat dan membahagiakan.
Bagaimana Menyusun Percutian Keluarga?
  • Pastikan kamu sudah punya bajet yang mencukupi yang sudah dikumpul sejak awal lagi. Jangan sesekali menggunakan simpanan kecemasan atau meminjam semata-mata untuk bercuti. Bimbang mengundang masalah lain selepas balik bercuti
  • Usulkan plan tersebut lebih awal kepada semua ahli keluarga agar setiap ahli dapat membuat persediaan seperti memohon cuti dan sebagainya
  • Sebaiknya carilah tarikh yang tidak bertembung dengan kemungkinan menjadi tumpuan orang awam seperti cuti umum atau cuti sekolah terutamanya ketika pandemik ini
  • Pilih lokasi percutian yang memberi keselesaan dan mendapat persetujuan daripada semua ahli keluarga
  • Susun aktiviti sebaik mungkin agar setiap hari terisi dengan agenda menarik dan mengeratkan hubungan
  • Elakkan timbul konflik dengan keluarga ketika bercuti dengan meninggalkan semua komitmen kerja dan krisis di luar
  • Kurang-kurangkan komitmen dengan telefon bimbit
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar