Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Highlights

Benarkah Dia JODOH Saya? – Ini Antara Cara Untuk Yakini Yang Dia Memang Tercipta Untukmu. Jangan Terburu.

Afiza Kamarulzaman 05/03/2020 | 04:10 MYT
Adakah Dia Serius?
Pastikan si dia benar-benar serius dan memang mahu hubungan kalian disatukan dengan akad. Jangan bertepuk sebelah tangan kerana ia hanya akan menjadikan hubungan rumit dan menyakitkan.
Dia Mahu Bertemu Keluarga
Ini antara cara bagaimana melihat kejujuran dia terhadap kamu. Kalau diajak berjumpa ibu ayah dan keluarga, dia mahu, itu tanda dia tidak main-main. Pastikan dia kenal keluarga kamu dan kamu kenal keluarganya. Baru boleh buat keputusan selepas itu.
Kamu Berasa Tenang Bersamanya
Si dia bisa membuatkan kamu tenang dan aman saat bersama. Si dia juga bukan jenis memaksa dan mahu menentukan segala-galanya dalam hubungan. Keserasian ini penting untuk meyakinkan bahawa kamu akan bahagia dengannya.
Tidak Mengelak Saat Menuntut Kepastian
Bukan mendesak tetapi ketika kamu mahukan kepastian adakah dia benar-benar mahu mengahwini kamu, dia tidak mengelak atau ragu-ragu untuk memberi jawapan. Jika untuk itu pun dia tidak mampu memberi kata putus yang jitu, bagaimana dia mahu menentukan banyak perkara lain nanti?
Kredit Foto: IG Zahirah Macwilson
Dia Menerima Kelemahan Kamu
Tidak hanya menyukai kelebihan yang ada pada kamu, dia juga seharusnya mampu menerima kelemahan yang ada dalam dirimu. Waktu ini, jangan sembunyikan kekurangan yang ada supaya dia tahu apa adanya dirimu? Jika okey, bolehlah diteruskan.
Tanyakan Pendapat Ayah Ibu
Restu ibu dan ayah sangat penting. Pastikan dibawa bertemu mereka dahulu dan jika mereka ‘approve’, bolehlah dilanjukan perancangan seterusnya. Jika ada keberatan daripada mereka, mintalah mereka perjelaskan sebabnya, mana tahu kamu boleh memberi hujah lain yang mungkin mereka tidak tahu hakikat sebenar.
Solat Istikharah
Inilah langkah terbaik jika berada dalam keadaan yang mengelirukan untuk menentukan jawapan pasti. Mohonlah petunjuk kepada Allah swt. Lakukan dengan bersungguh-sungguh dan di akhir solat, bacalah doa ini:
“Ya Allah, aku memohon agar memilih mana yang baik menurut Engkau ya Allah.
Aku juga memohon diberikan kepastian dengan ketentuanMu dan aku memohon dengan kemurahanMu Tuhan yang Maha Agung.
Sesungguhnya Engkau Tuhan yang Berkuasa, sedangkan aku tidak tahu. Engkau Tuhan yang amat mengetahui segala sesuatu yang masih tersembunyi.
Ya Allah! Jika menurut pendapatMu urusan ini (sebutkan perkara tersebut) memberi kebaikan bagiku untuk agamaku, kehidupanku, dan pekerjaanku, maka takdirkanlah ia bagiku dan berkatilah ia padaku.
Jika menurut pengetahuanMu bahawa urusan ini (sebutkan perkara tersebut) memberi keburukan bagiku untuk agamaku, kehidupanku dan pekerjaanku, maka ku mohon agar Engkau jauhkan ia daripadaku dan kurniakanlah bagiku hanya kebaikan di mana sahaja aku berada.
Jadilah aku orang yang redha atas anugerahMu.”
(Rekod Imam al-Bukhari)
Kredit Foto: IG Emma Maembong
#Perkahwinan #Jodoh #Solat Istikharah
;