gaya hidup

Beratur Pun Boleh ‘Buat Duit’? Tak Mustahil, Asalkan Niat Bekerja Ikhlas Mencari REZEKI Halal.

Huda Hussain
10/03/2021
06:24 MYT
Sponsor Banner
Beratur Pun Boleh ‘Buat Duit’? Tak Mustahil, Asalkan Niat Bekerja Ikhlas Mencari REZEKI Halal.
Dalam waktu sukar seperti sekarang, ramai diantara kita yang perlu kreatif mencari sumber rezeki bagi menampung mata pencarian. Dan salah satu cabang kerja yang dilakukan adalah tugas sebagai runner, professional helper dan personal shopper. Sebutlah apa sahaja istilah, bagi penulis kerja ini bukan mudah dilakukan. Kesabaran, fokus, disiplin, cekap, menepati waktu adalah antara elemen yang perlu ada bagi sesiapa yang ingin menjadikannya sebagai sumber rezeki. Menerusi perkongsian John Mohamed yang dimuat naik di Facebook peribadinya, terbukti tugas ini mampu mendatangkan pulangan lumayan andai ada kesungguhan dan usaha yang tidak kenal erti putus asa.
Kredit Foto: Google
Kisah Pemuda Beratur Berbayar
Lelaki ni nampak senyum biasa tapi dia ni Robert Samuel, siapa dia ni? Robert Samuel ni sebenarnya merupakan seorang profesional yang kerjanya beratur untuk dapatkan sesuatu.
Pernah tengok ramai yang beratur panjang nak beli iphone, PlayStation atau apa apa barang tu kan. Ada yang malas nak beratur jadi orang tu akan upah Robert ni lah.
Kredit Foto: Google
Si Robert ni pulak akan cas RM100 sejam pertama dan RM40 untuk 1 jam kedua. Dia dikatakan mampu dapat lebih kurang RM4000 seminggu. Idea ni tercetus bila dia telah dibuang kerja oleh syarikat AT&T, dia dah tak banyak duit dan sanggup buat apa saja untuk teruskan hidup.
Dia ambil peluang ni bila iPhone 5 dah nak keluar waktu tu, dia iklankan kerja beratur ni dekat Craiglist dengan bayaran RM400. Tapi pelanggan yang dah tempah dia terpaksa batal tapi nasib baik pelanggan tu sanggup bayar dia.
Kredit Foto: Google
Dari situ bermulanya dia tubuhkan sebuah syarikat yang dikenali sebagai Same Old Line Dude atau SOLD yang menawarkan servis beratur macam ni. Siapa sangka kerja beratur ni boleh dapat duit dekat negara Amerika tu kan.
Kredit Foto: Google
Orang Kita Pun Apa Kurangnya? Kini terdapat pelbagai jenis perkhidmatan yang ditawarkan. Baik secara profesional mahupun persendirian, semuanya tersedia untuk anda membuat pilihan. Penghantaran barang, barang keperluan dapur, barang dapur basah, pembelian barang di kompleks beli-belah dan banyak lagi. Buka saja media sosial, semua bertalu-talu menyediakan khidmat yang amat membantu bagi memudahkan tugasan dan rutin harian. Anda perlu rajin, tekun dan bersungguh-sungguh melakukannya. Percayalah, dengan ‘kuasa’ viral dan jika perkhidmatan anda benar-benar memuaskan hati pelanggan, pasti ia akan mendapat sambutan sekali gus menjadi buah mulut serta memberi pulangan setimpal.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar