Highlights

Best National Costume Filipina vs Malaysia – KECUAIAN Penganjur Miss Universe 2019 Cetus Konflik & Kemarahan Netizen!

Huda Hussain
09/12/2019
10:05 MYT
Sponsor Banner
Best National Costume Filipina vs Malaysia – KECUAIAN Penganjur Miss Universe 2019 Cetus Konflik & Kemarahan Netizen!
Memetik ulasan kapsyen yang dimuat naik Elaine Daly selaku Presiden Miss Universe Malaysia Organisation (MUMO) dalam postingnya di Instagram, dia meluahkan kekecewaan tentang bagaimana pengumuman Best National Costume Miss Universe 2019 dibuat.
Menurutnya, selepas pusingan pembukaan; Shweta dipinta oleh pihak produksi ke belakang pentas untuk menukar busana A Peranakan Indulgence ini. Sekali gus ia memberi gambaran awal bahawa Malaysia adalah pemenang berdasarkan undian secara online.
Lantas apabila Shweta tampil ke hadapan, sangka hosnya Steve Harvey bahawa inilah gerangan pemenang dari Filipina kerana berdasarkan apa yang tertera di teleprompter dan visual adalah foto dari Miss Philippines. Namun usai beberapa ketika, Shweta memperbetulkan kenyataan Steve lantas dengan penuh yakin menyebut “It’s not Philippines, it’s Malaysia”.
<
Dan bermulalah sorakan gembira, ucapan tahniah silih berganti memenuhi media sosial daripada segenap lapisan masyarakat meraikan ‘sejarah pertama’ tercipta. Kerana tidak sekalipun sebelum ini Malaysia memenangi kategori ini.
Hanya selepas empat jam berikutnya, kita dikejutkan dengan pengumuman di Twitter bahawa gelaran tersebut adalah milik Filipina. Lantas, Elaine menghantar kiriman emel kepada Paula (Presiden Organisasi Miss Universe) untuk mendapatkan kepastian. Dan kiriman emel diterima menyatakan Filipina menang berdasarkan undian secara online namun pihak produksi di belakang pentas memilih peserta kegemaran mereka untuk tampil ke hadapan bagi memenuhi agenda sesi temu bual secara langsung.
Waima apa jua yang berlaku, pemilihan tersebut tidak wajar dilakukan pihak produksi. Tidak adil bagi mereka memanggil seorang wakil dari negara tertentu yang dirasakan mereka memperagakan busana National Costume yang cantik, sedangkan kemenangan berpihak kepada negara lain.
Kredit Foto: MUMO
Tiga bulan, itulah tempoh yang diperuntukkan untuk menyiapkan national costume ini yang menggabungkan elemen seni dan tradisi budaya masyarakat Melayu, Cina dan Peranakan. Busana yang disarung Shweta menggunakan fabrik songket yang diperincikan dengan hiasan manik dan beading daripada batik Nyonya.
Apa yang menariknya adalah hidangan seleksi replika kuih-muih seperti onde-onde, kuih koci, ang ku, kuih talam, kuih lapis, kuih sago dan telur merah lengkap bersama mangkuk tingkat (bakul siah) yang menjadi antara identiti budaya Peranakan.
Kredit Foto: MUMO
Menurut Carven Ong lagi, dia terpaksa berhadapan dengan pelbagai cabaran untuk memudahkan Shweta membawa hidangan tersebut dengan selesa dan dalam masa sama menggayakan Nyonya batik-clad wings bersama headgear yang menterjemahkan kecantikan dalaman pemakainya.
Biar apapun, syabas dan sekalung tahniah InTrend rakamkan buat Shweta Sekhon, Carven Ong dan seluruh team atas kesungguhan dan dedikasi yang diterjemahkan sebagai usaha mempersembahkan budaya dan tradisi Malaysia di pentas dunia. Keep it up!
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar