Highlights
Bila Suami Mahukan Yang ITU – Bolehkah Isteri MENOLAK, Atau Perlu Dilayan Juga Permintaan Suami?
“Apabila seorang suami mengajak isterinya ke katil (dengan tujuan untuk bersama, lalu isteri itu menolaknya. Maka suami tersebut tidur dalam keadaan marah dengan isterinya. Dengan itu, para malaikat akan melaknatnya (isteri) sehinggalah dia bangun (daripada tidurnya) pada waktu pagi.” Hadis Riwayat Al-Bukhari
Imam al-Nawawi menyatakan bahawa hadith ini menjadi dalil bahawa haramnya seorang isteri itu menolak ajakan suaminya tanpa keuzuran yang syarak dan haid juga bukanlah satu keuzuran yang boleh menghalang ajakan suami kerana suami mempunyai hak untuk istimta’ (berseronok) dengan apa yang terdapat di atas kain (selain daripada faraj). Hadith ini juga bermaksud laknat daripada malaikat akan berterusan sehingga hilangnya maksiat dengan terbitnya fajar dan dengan suami itu merasa memadai atau dengan taubat si isteri apabila menerima ajakan suami tersebut untuk bersama.
Sumber: https://muftiwp.gov.my/
Sementara menanti kedatangan Dian, Raden buka netbook untuk menulis nukilan ini. Bertambah asyik apabila dapat menikmati hidangan sandwich bersama kopi panas di sebuah kafe, segar-bugar rasanya. Sempat mata Raden menangkap satu adegan sepasang suami isteri muda (cuba bersangka baik) walaupun nampak gayanya seperti pasangan kekasih yang ralit diulit cinta. Manja dan mesra tanpa mengira ada mata yang memandang. Mulanya naik loya tekak Raden melihat gelagat mereka dan tidak sempat Raden teruskan ‘skodeng’, Dahlia pun tiba. Termengah-mengah sambil meletakkan tas tangan dan berbungkus-bungkus beg kertas.
“Maaf ya lewat. Tak sedar diri shopping sakan tadi. Sekejap ya, aku order dulu,” ujarnya seperti ledakan machine gun yang bertubi-tubi memuntahkan peluru. Tidak sempat Raden membuka bicara langsung Dian bertanya, “Eh, kau boleh berlama-lama ke? Manalah tahu, orang darah manis macam kau ada pantang-larangnya,” seloroh Dahlia sekadar serkap jarang. Raden hanya mampu tersenyum simpul melihat telatahnya yang tidak ubah biarpun sudah berkahwin dan beranak-pinak. “Tiada maknanya pantang-larang. Jangan tak balik rumah aje sudah. Yang lain kita boleh enjoy! Kau yang beria-ia tanya pasal aku, jangan-jangan sekejap lagi telefon bunyi. Big boss suruh baliklah, ambil Syafiklah, pergi sanalah,” ujar Raden dan disambut dengan hilai tawa Dian. Sambil menghirup iced latte, kata Dian, “Tak perlu risau. Big boss outstation, esok baru balik. Anak-anak driver yang ambil dan jemput. Jadi, tak perlulah aku tergesa-gesa ke sana ke mari,” terangnya bersungguh.
Rancak berborak itu dan ini, telefon bimbit Dian berbunyi isyarat kiriman What’s App bertalu-talu masuk. Dia sekadar scoll up and down tanpa membuka dan membacanya satu persatu. “Amboi, sibuknya dia tu. Tak henti-henti berbunyi tet tet dari tadi. Siapa tu?” soal Raden ala-ala ‘kak nam’. Seakan tidak mempedulikan pertanyaan Raden, Dian kembali menghabiskan makanan yang dipesannya. Kemudian, tanpa sengaja Raden menolak kakinya. Hampir terperanjat, Dian bersuara, “Sabar cik kak. Tercekik aku. Alah, geng gosip jiran-jiran aku. Group What’s App itu untuk aduan perihal kejiranan tetapi isteri admin pula pandai-pandai buat group lain. Kau tengok ni,” sambil menunjukkan kiriman What’s App daripada group bernama “Wives Only”. “Semak rasanya banyak sangat group What’s App. Kalau leave dikatanya kita sombong, tak sporting, ‘kekwat’ dan macam-macam. Tapi bila ada sampaikan tak terbaca nak scroll semuanya. Aku tak aktif sangat dalam group ni. Sekadar menambah seri aje. Hanya rapat dengan seorang dua aje. Itupun jiran sebelah dan belakang rumah,” hurai Dian terperinci. Diambilnya telefon bimbit tadi kemudian dia membaca. Seakan tidak ‘bernafsu’ kemudian dia meletakkan kembali telefon bimbit tadi. “Cuma ada juga cerita dalam kelambu yang aku rasa sememangnya tidak patut disebarkan tetapi mereka kongsi dalam group. Selalunya akulah yang kaki sound atau tiba-tiba masuk tukar topik lain. Antara yang terbaru aku baca, ish... Tak molek sebenarnya kita bercerita soal rumahtangga orang tetapi anggap aje untuk pengajaran dan panduan kita bersama ya?” soal Dian seperti mahu mendapatkan persetujuan Raden. Lantas Raden mengangguk tanda setuju.
Kredit Foto: Google
“Begini ceritanya, ada seorang jiran mengadu dia penat bekerja dan menguruskan anak-anak seorang diri memandangkan pembantu rumah lari. Dan aku boleh bayangkan macam mana letih dan penatnya si Ema ni. Anak tiga orang dan semuanya masih bersekolah. Suaminya pula kerja kilang, berpangkat dan berada juga orangnya. Si Ema ni kerja di bank. Balik rumah kadangkala lewat malam. Faham-faham ajelah kalau sudah penat seharian di pejabat, balik ke rumah perlu uruskan segala. Kalau tak diseliakan dengan baik, boleh kucar-kacir jadinya,” hurai Dian lagi dan Raden sekadar mengangguk perlahan memahami gambaran cerita yang disampaikannya. Sambungnya lagi, “Pernah sekali Ema personal What’s App aku, katanya malas mahu ‘bersama’ dengan suami dek sebab sudah habis energi siang hari. Lebih menyiksakan kata Ema apabila hujung minggu. Mana mungkin dia punya lagi mood dan gelora dalam jiwa apabila siangnya sibuk menghantar anak ke kelas itu dan ini, membersihkan rumah dan menyiapkan segala. Dan suaminya pula seakan tidak mempedulikan penat Lelah si Ema. Seboleh mungkin mahu juga. Waima ketika haid sekalipun,” jelas Dian bersungguh sambil sesekali melihat-lihat suasana sekeliling.
Kredit Foto: Google
“Kasihan juga aku dengan Ema. Hinggakan pernah suaminya mengugut mahu mencari sesiapa jua yang bisa melampiaskan nafsu jantannya. Apabila Ema menerangkan duduk sebenar segala keletihan dan kepenetan dengan tuntutan kerjanya siang hari, suaminya tidak mengendahkan sedikitpun. Dan Ema ‘melakukannya’ tanpa perasaan kasih dan sayang. Pendek kata asal ‘buat’ aje,” terang Dian lagi. Raden bungkam. Mungkin kerana belum berkahwin maka firasat Raden gagal membentangkan hujah-hujah dan nasihat bernas. “Habis, apa nasihat kau pada Ema?” soal Raden menunjukkan minat. “Pokok pangkalnya berbincang secara baik dengan suami tentang apa jua masalah sekalipun. Penat macam nak mati ke, letih sampai tak boleh bangun kea pa ke, berkomunikasi dan luahkan dengan cara yang baik. Memanglah kalau nak diikutkan dari segi hukum, hanya sebab sakit dan uzur sahaja isteri tidak berupaya menyempurnakan ‘tugas’ itu. Tetapi pada aku, apa jua perkara boleh dibawa berbincang. Itulah pentingnya soal persefahaman dan kesepakatan antara suami dan isteri. Kau tu Raden, kalau Naz ‘minta’ nanti jangan buat dek aje. Perlu beri tahu!” gertak Dian. “Bergantung kepada keadaan. Tengoklah nanti lepas dah halal semuanya bagaimana” ujar Raden seraya kami berdua ketawa.
Kredit Foto: Google
“Hmmm… Susah juga ya berkahwin ni. Entahlah, aku rasa macam tidak adil pula bagi seorang isteri kalau kes macam Ema tu. Kasihan pula, sudahlah badan letih dan penat siang hari. Malam pula perlu over time. Ish, orang lelaki juga yang senang. Tak perlu menahan sakit ketika bersalin, ish… Macam-macamlah,” ngomel Raden sekadar meluahkan perasaan tidak puas hati. Kembali membetulkan kedudukannya di atas sofa, Dian pintas menyambung, “Tapi Raden, tanggungjawab kaum lelaki bukan calang-calang beratnya. Cuba bayangkan, sudahlah perlu menanggung dosa sendiri, dosa isteri dan anak-anak juga perlu dipikulnya. Semua itu tergalas dibahunya. Justeru, cari dan pilihlah lelaki yang benar-benar bertanggungjawab dalam semua segi. Dan dalam berkahwin, pada aku tiada istilah susah atau senang sebabnya waktu senang dan susah itulah yang akan menguji keteguhan hati masing-masing. Perlunya kebersamaan, kesabaran dan kejujuran. Memandangkan istimewa dan tingginya darjat seorang isteri, akan terhapus segala dosanya yang lalu tatkala melahirkan anak. Allah itu Maha Adil Raden. Apa yang berat pada pandangan kau, mungkin sebenarnya jauh lebih ringan daripada kaca mata orang lain. Benar, hidup ini tidak semuanya indah, wangi dan seronok belaka. Tetapi kita sendiri yang punya pilihan untuk mencari keindahan dan keseronokkan disebalik semua itu. Apa yang penting, jangan abaikan yang nun jauh di alam sana. Itu adalah sebaik-baik bekalan yang perlu kita kumpul di dunia ini. Dan, pengajarannya…Kalau sudah berkahwin nanti jika suami mahu bersama…” seloroh Dian mahu serkap jarang dan Raden tersenyum sahaja.
Dalam berdepan dengan isu ini, perlulah terdapat kesefahaman yang baik di antara suami dan isteri supaya tidak timbul isu seperti ini. Akhirnya, semoga Allah SWT mengurniakan kita suami yang soleh dan isteri yang solehah agar rumahtangga yang dibina itu mendapat keberkatan dan keredhaan daripada Allah SWT.