Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
gaya hidup

Bukan CEREWET Tapi TELITI – Ini Sebab Ada Isteri ‘Spend Time’ Berjam-jam Masa ‘Grocery Shopping’.

Huda Hussain 14/10/2021 | 08:00 MYT
Waktu penulis kecil dulu, bila emak tanya nak ikut pergi supermarket beli barang atau tak, memang laju saja mengaku tanpa berfikir panjang. Seronok bila tengok barang-barang runcit tersusun kemas dan rapi. Dari seksyen barangan kering, makanan, sabun basuh baju, barangan plastik dan sebagainya semuanya ralit saja pada pandangan mata.
Dan usai berkahwin, waktu pergi shopping grocery lah paling dinanti. Mula berkahwin pergi berdua. Dan apabila punya anak sulung dan kedua masih lagi keluar seisi keluarga. Hinggakan kadang-kala waktu ini disifatkan sebagai family time. Beri peluang anak-anak ambil barang dan item yang mereka mahu. Biar mereka rasai sendiri pengalaman yang mungkin bagi segelintir orang biasa-biasa sahaja.
Bagi para isteri yang selesa membeli barang keperluan seorang diri, lain pula perasaannya. Bahagia rasanya dapat tolak troli, belek barang satu persatu. Tak perlu terkejar-kejar. Mana lagi nak tengok barang, belek tarikh luput, teliti sama ada tin minuman atau makanan kemek atau tidak dan sebagainya. Dan dalam masa sama perlu pantau pergerakan anak-anak yang lincah itu, pasti ada cabarannya.
Kredit Foto: Google
Maka, waktu keluar membeli barang keperluan seorang diri itu, memang ralit dibuatnya. Bukan apa, nikmatnya itu lain macam serasanya. Bagi segelintir orang ia disifatkan sebagai satu terapi. Ya, ada benarnya kerana waktu yang ada itu serasa boleh lupa seketika masalah yang ada dirumah misalnya.
Jangan Bising Kalau Isteri ‘Grocery Shopping’ Berjam-jam Lamanya
  1. ‘Me Time’
Anggaplah waktu isteri keluar membeli barang keperluan itu bagaikan ‘me time’ untuknya. ‘Reward’ untuk isteri agar luangkan masa sendirian tanpa suami dan anak-anak. Biar isteri dapat rasa ‘bebas’ buat sementara waktu.
  1. Pilih Hanya Yang Terbaik
Percayalah, isteri hanya mahu berikan yang terbaik buat seisi keluarga. Kalau ada yang sanggup pergi ‘survey’ harga terlebih dahulu, dari satu kedai ke kedai yang lain pun tak mengapa. Sebab isteri nak bantu suami berbelanja secara berhemah dan berjimat. Biarkan sahaja. Ingat, isteri memang nak sediakan sehabis baik buat suami dan anak-anak. Jadi, suami kenalah berkorban ya.
Kredit Foto: Google
  1. Bukan Selalu, Sebulan Sekali Saja
Biarlah isteri nak telek, belek satu persatu barang yang mahu dibeli itu. Sebab apa? Bukan selalu pun, sekali dalam sebulan saja. Apalah salahnya beri ruang dan peluang dua, tiga jam itu kan? Lagipun memang isteri pergi beli barang, bukannya mengular, melencong ke tempat lain. Hehehe
  1. Teliti
‘Grocery shopping’ ni memang tak boleh tergesa-gesa. Sebab apa? Banyak perkara yang perlu difokuskan. Inilah masanya nak belek betul-betul setiap satu barang yang dibeli. Bila tarikh luputnya, keadaan fizikal botol, bungkusan, plastik, tin dan sebagainya berada dalam keadaan baik, kemek atau tidak. Dan macam-macam lagi. Ingat ya, bukan cerewet tapi teliti.
Pokoknya, suami perlu faham kenapa ada segelintir para isteri yang gemar ‘grocery shopping’ berjam-jam. Beri ruang dan peluang kepada isteri menikmati waktu sendirian dengan aktiviti ini. Biar dia puas dengan caranya tersendiri. Chill okey!
#Rumahtangga #Isteri #Grocery Shopping
;