Highlights

Cabaran MUA Bekerja Ikut SOP. “Waktu Mekap Pengantin, Jangan Ramai Penonton Ya,” – Tiar Zainal.

Afiza Kamarulzaman
23/12/2020
04:39 MYT
Sponsor Banner
Cabaran MUA Bekerja Ikut SOP. “Waktu Mekap Pengantin, Jangan Ramai Penonton Ya,” – Tiar Zainal.
Ketika kerajaan melonggarkan PKPB dengan membolehkan majlis akad nikah diadakan, ramai pasangan mengambil kesempatan untuk meneruskan hasrat hati untuk mengadakan majlis pernikahan ketika pandemik ini. Walaupun terpasksa melalui syarat SOP ketat yang tidak biasa diamalkan sebelum ini, namun semua mereka akur.
Majlis diadakan secara tertutup dengan hanya acara wajib sahaja dibenarkan untuk dibuat, iaitu sidang akad nikah. Malah, kenduri-kendara tidak dibenarkan, hanya dibolehkan makan-makan keluarga sahaja. Walau bagaimana pun, ini tidak bermakna pengantin tidak perlu bersiap cantik.
Maka, dengan itu, khidmat jurusolek masih diperlukan di perkahwinan norma baharu ini. tiar Zainal dilihat antara jurusolek yang masih ligat meneruskan tugasan merias ratu sehari yang melangsungkan pernikahan. Apatah lagi pada hujung tahun yang semakin ramai memilih untuk menamatkan zaman solo.
Nasihat Tiar Zainal Untuk Aktiviti Solekan Ketika Pandemik
“Hidup perlu diteruskan dan kerja harus terus berjalan demi mencari rezeki. Terima kasih kepada kerajaan yang telah melonggarkan sedikit syarat PKPB dengan membenarkan kami jurusolek untuk turun kembali bekerja. Selain solekan untuk pengantin, saya juga sudah kembali sibuk menyolekkan selebriti dan VIP untuk ke majlis tertentu,” Ujar Tiar ketika ditanya rutin kerjanya sekarang ini.
Menurut Tiar memang ada bezanya cara kerja dulu dan sekarang (sebelum dan ketika pandemik). “SOP perlu dititkberatkan. Memang agak sulit sedikit kerana kadang-kadang kita sendiri terlalai seketika. Namun, sebaik teringat lekas-lekas back on track. Hahaha..” Akuinya jujur.
“Menjaga SOP adalah sangat penting untuk semua jurusolek ketika bertugas. Jangan leka berkarya sehingga terlupa memakai mask, menjaga jarak dan sentiasa mencuci tangan. Selagi boleh saya kurangkan sentuhan kulit ke kulit. Saya menggunakan sarung tangan, berus dan puff bersesuaian untuk setiap perincian solekan.”
Tiar juga mengakui bahawa dia memang tegas perihal SOP. Dia tidak kisah jika ada yang tidak senang dengan caranya itu. “Kalau perlu, saya tegur saja jika ada yang cuba melanggar SOP. Sebagai contoh kalau mekapkan pengantin, saya tidak mahu ramai-ramai berada di bilik pengantin. Kita tidak tahu siapa pembawa virus, maka berjagalah walaupun ada yang benci,” Tambahnya lagi.
Tiar turut menasihati rakan-rakan jurusolek supaya menjaga diri dengan tidak selalu keluar berkeliaran jika tiada kepentingan. “Ada yang keluar melepak ke sana ke sini, kemudian post di media sosial. Kita nak cari makan, kan? Nanti kalau ada pelanggan yang tak senang dengan cara kita, bagaimana? Kita pun perlu jaga diri sendiri. Nanti dah sakit, siapa susah? Kongsinya mengakhiri perbualan.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024