Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Highlights

Cara Sapu GINCU Pun Boleh Cerminkan Siapa Diri Kamu? – Sejenis Pendiam, Kelakar, Kental, Peramah, Materialistik?

Afiza Kamarulzaman 08/10/2020 | 03:56 MYT
Kredit Foto: Google
Cara sapu dengan mulut ternganga
Tafsiran Personaliti: kamu seorang yang suka berangan-angan dan sentiasa berimpian besar. Walaupun begitu, kamu bukan hanya angan-angan kosong, kamu akan cuba sedaya-upaya untuk mencapainya. Kelemahan kamu, suka bertangguh kerja menyebabkan kamu selalu ketinggalan.
Kredit Foto: Google
Cara sapu sambil tersenyum
Tafsiran Personaliti: kamu seorang yang manis seperti senyumanmu itu, mudah didekati dan menyenangkan. Cuma, ada kala kamu cepat terkeliru dengan tindakan yang ingin diambil. Kamu juga agak lemah dalam membuat keputusan yang tepat dan lebih suka meminta pendapat orang lain.
Kredit Foto: Google
Cara sapuan sambil mengetap gigi
Tafsiran Personaliti: kamu seorang yang cekal dan kental. Kamu seorang yang sentiasa cepat dan pantas dalam segala tindakan, kamu tidak suka orang yang lembap bekerja denganmu. Namun begitu, ada ketikanya kamu tersasar daripada landasan kerana sikap tergopoh-gopohmu itu. Boleh jadi juga, kamu seorang yang cincai.
Kredit Foto: Google
Cara sapuan mulut separuh terbuka
Tafsiran Personaliti: kamu sangat pintar dan akalmu tajam sehingga buah fikiranmu sentiasa dimahukan orang. Kamu seroang yang bercita-cita tinggi dan ada kala kelihatannya kamu agak materialistik. Kemahuanmu kuat sehingga ada kalanya kedegilanmu sukar dikawal. Sifat baikmu yang terpuji adalah kamu suka memberi.
Kredit Foto: Google
Cara sapuan dengan bibir muncung
Tafsiran Personaliti: Kamu seorang yang ceria, playful dan suka bertindak di luar kotak dan akal logik. Keberanianmu mengatasi segala-galanya. Kewujudanmu sangat dinantikan, dan apabila tiada pasti dirindui. Namun demikian, ada kala keterlaluanmu itu menyebabkan ada orang berasakan kamu agak menjengkelkan. Hati-hati ya.
Kredit Foto: Google
Cara sapuan dengan bibir tertutup rapat
Tafsiran Personaliti: kamu agak pasif dan seperti tiada apa-apa yang berlaku dalam hidupmu seharian. Sentiasa tenanag berdepan dengan apa jua situasi menyebabkan orang berasakan kamu seperti tiada perasaan. Namun, kamu mempunyai naluri yang kuat dan bersikap penyayang.
#Gincu #personaliti #Karekter
;