Highlights
Cher, 75 dan Ibunya, 97 Tahun! Ini RAHSIA Cher Kekal Bertenaga – Seorang Vegetarian, Tidak Makan Keju, Aerobik Dan...
Siapa tidak kenal bintang lagenda ini? Keupayaannya yang terus ligat di atas pentas membuatkan ramai tidak percaya umurnya kini mencecah usia 75 tahun. Adakah ini faktor genetik? Kerana ibunya sendiri sudah berusia 97 tahun tetapi kelihatan jauh lebih muda dari usia itu dan masih kuat bertenaga. Kalau dilihat pada amalan dan rutin cantik yang dikongsinya dengan media barat, ternyata ia bukan datang dengan mudah.
Ketahui bagaimana beliau menguruskan pemakanan dan aktiviti hariannya untuk kekal seperti apa yang dimilikinya sehingga kini. Anak dara pun kalah kalau berdiri sebelah beliau. Hebat dan sangat berdisiplin.
Amalan dan Tips Cantik Cher
- Seorang vegetarian yang mengamalkan makan sayur-sayuran, buah-buahan dan tidak menyentuh daging.
- Mengambil beras perang, kekacang - lentil, pinto, navy, lima dan kacang ginjal — sayur-sayuran, pasta dan buah. Menurutnya, pasta memberikan beliau banyak tenaga, begitu juga buah-buahan seperti pisang, betik dan nektarin kerana ia mempunyai banyak gula semula jadi.
Kredit Foto: Google
- Cher langsung tidak mengambil susu walaupun susu rendah lemak termasuklah produk tenusu seperti keju. Katanya, keju adalah satu jenis makanan yang sangat buruk untuk tubuh kerana tidak mampu dicerna dengan baik dan mempunyai lemak yang sangat tinggi.
- Tidak merokok, mengambil dadah dan tidak minum kopi.
Kredit Foto: Google
- Beliau bekerja sangat keras ketika di gimnasium dan melakukannya lima kali seminggu. Antara senaman yang selalu dilakukannya ialah aerobik dan weight lifting. Setiap hari, tepat jam lapan pagi, seorang pelatih peribadi akan muncul di rumahnya untuk melatih beliau. Namun, beliau tidak sukakan aktiviti berlari.
- Untuk penjagaan muka, beliau bersyukur kerana tidak mempunyai masalah kulit yang serius. Namun, beliau bukan jenis yang memakai satu-satu jenis produk itu untuk jangka masa yang lama. Jika terasa ingin berubah kepada produk lain, beliau akan melakukannya.