gaya hidup

Dari M40 ke B40, Pasangan Ini Terus Diuji. Harta Dan Aset Terpaksa Dijual Demi Sesuap Nasi.

Huda Hussain
10/07/2021
04:05 MYT
Sponsor Banner
Dari M40 ke B40, Pasangan Ini Terus Diuji. Harta Dan Aset Terpaksa Dijual Demi Sesuap Nasi.
Benarlah kata pepatah, disangkakan panas hingga ke petang; rupanya hujan di tengah hari. Bukanlah mewah manapun kisah keluarga ini. Tetapi cukup selesa dan sempurna serba-serbi. Tetapi akibat pandemik Covid-19 dan tempias PKP sama sekali merubah hidup mereka seisi keluarga. Kisah ini penulis cerap daripada perkongsian laman Facebook Pakar Diari Hati untuk renungan dan pedoman semua.
Kisah saya ini diharap dapat memberi idea dan inspirasi kepada pembaca di luar sana. Cukup dengan panggilan Ana, saya bekerja sebagai seorang pengurus kanan di sebuah GLC terkemuka di ibu negara. Alhamdulillah saya dikurniakan sebuah keluarga yang sempurna dengan dikurniakan seorang suami yang penyayang dan bertanggungjawab serta dikurniakan dua orang cahaya mata yang comel.
Kredit Foto: Google
Segalanya bermula apabila suami yang mempunyai sebuah syarikat agensi perlancongan terkesan akibat PKP yang dilaksanakan oleh kerajaan. Suami masih lagi boleh bertahan semasa PKP yang pertama, tetapi apabila PKP kedua dilaksanakan, suami sudah seperti hilang punca akibat tekanan yang berpanjangan. Akhirnya empayar perniagaan yang sudah dibina lebih daripada 10 tahun terpaksa ditutup. Ini bukan satu keputusan yang mudah untuk diambil, tetapi disebakan sudah tidak lagi mampu menanggung segala kos, akhirnya keputusan ini terpaksa diambil.
Sebagai isteri, saya perlu berada di samping suami dalam keadaan sekarang ini. Hampir tiga hari saya lihat suami tidak makan, selalu termenung dan kadang kala menangis keseorangan. Saya cuba bantu dengan cuba bertanyakan kepada rakan sepejabat jika ada jawatan kosong, tetapi masih belum rezeki. Akhirnya suami mengambil keputusan untuk menjadi seorang penghantar makanan. Lega hati ini bila tengok suami kembali bersemangat. Kami sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Suami kemalangan ketika dalam perjalanan untuk menghantar pesanan. Gugur air mata ini bila mana mendapat berita tersebut.
Kredit Foto: Google
Doktor mengesahkan suami lumpuh separuh badan disebabkan hentakan kuat ketika kemalangan tersebut. Saya hanya mampu menangis, menangis dan menangis. Apa perlu saya buat dalam keadaan seperti ini. Mata ini terus terpandang pada wajah suami di atas katil dan anak di sisi. Saya tahu yang keputusan perlu dibuat segera. Akhirnya surat perletakan jawatan singgah di meja pengurusan demi untuk menjaga suami yang memerlukan perhatian saya. Tiada siapa yang bertanggungjawab mencari pendapatan keluarga kini. Kereta dan aset terpaksa dijual bagi menampung perbelanjaan dan perubatan buat suami. Cara kehidupan bertukar secara total. Tawakal sahaja kepada Allah untuk kehidupan kami yang akan mendatang. Pada pagi semasa sedang menyiapkan sarapan, tiba-tiba telefon berdering kuat. Kawan suami menelefon dan bertanya khabar dan satu soalan keluar dari mulutnya, ‘Ana tak call ke Zaim ke?’. Pelik bila ditanya soalan begini. Ada apa dengan Zaim?
Allahu Akbar. Zaim maklumkan suami sudah membuat perlindungan buat kami sekeluarga jika terjadi sesuatu kepada dirinya. Saya bersyukur sangat. Terima kasih suamiku. Buat anda di luar sana, saya sarankan untuk kita semua membuat perlindungan buat keluarga. Buang perkataan tidak mampu itu kerana kita mungkin akan lebih tidak mampu bila berhadapan keadaan seperti saya.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar