Highlights
“Daripada Seorang Yang Suka Melepak, Lagha Dengan Dunia… Tapi Bila Dia Mula Cari Allah, Hidupnya Berubah.” – Ain Rosdi
Bukan mudah untuk menemui cinta sejati dan hakiki. Yakni yang sama-sama antara lelaki dan perempuan nekad untuk berubah, berhijrah dan mencari reda Allah. Inilah nikmat dan manisnya perhubungan yang dirasai pasangan suami isteri Ain Rosdi dan Nik Mohd Shahriza. Sama-sama menanamkan iltizam dan membulatkan tekad untuk berhijrah sebelum disatukan sebagai suami isteri, perjalanan yang mereka tempuh cukup panjang. Dan ada sesuatu yang membuatkan penulis terpanggil untuk berkongsi nukilan ini yang ditulis sendiri Ain Rosdi untuk tatapan pembaca setia InTrend. Semoga bermanfaat untuk dinilai dan diamalkan bersama.
“Kita Berubah Sama-Sama Ya”
“Awak Jadi Isteri Saya Satu Hari Nanti”
Berubah jadi seorang yang lebih baik sebelum diijabkabulkan. Alhamdulillah. Hidayah itu milik Allah. Kami berdua dari keluarga yang biasa-biasa dan hidup suka melepak, lagha waktu sekolah dulu tahun 2008. Tingkatan dua Ain dah mula kenal suami (suami tingkatan empat). Kami bukan daripada keluarga yang alim dan kuat agama.
Kredit Foto: Facebook Ain Rosdi
Bayangkan, daripada seorang yang suka melepak, lagha dengan dunia, kaki gamers, kuat merokok. Tapi bila dia mula cari Allah, hidup dia berubah. Benarlah orang kata, hidayah itu milik Allah. Manusia adalah milik Allah. Nak dapat hidup yang lurus dan berkat carilah Allah.
Sekuat mana sehebat mana pun ujian, bila kita berpegang pada agama dan sentiasa utamakan Allah, Allah akan kuatkan semangat kita; kuatkan hati kita supaya tak goyah.
Makin lama kami berkawan, Ain nampak perubahan husband Ain, tiba-tiba dia belajar agama. Masa tu Ain tak tahu apa yang menggerakkan hati dia untuk belajar agama. Waktu umur dia 20 - 21. Lepas dia belajar agama, husband start jaga solat. Dia pernah hantar text “Kita berubah sama-sama ya.” Ain fahamlah maksud dia. Kami punya sosial dulu, pegang tangan tu tak rasa apa dah. Tak tahu dosa pun. Tapi bila dia kata begitu, Ain faham yang dia nak kami sama-sama berubah ke jalan Allah.
Masa tu perasaan Ain happy sebab nampak husband Ain mula berubah ke arah kebaikan tapi Ain pula macam biasa hidup seperti selalu. Hanya pakai tudung tapi solat tetap tak jaga. Aurat pun tak jaga. Hari demi hari dan tahun demi tahun nampak sangat perubahan husband Ain dan dia sangat istiqamah ke jalan Allah. Dia selalu nasihat Ain apa yang Ain kena ubah. Sebab masa ni kami jauh, Ain study dekat Kulim.
Kredit Foto: Facebook Ain Rosdi
Sampailah satu hari, ujian hebat buat hubungan kami. Suami pesan “Jangan merayu pada manusia tapi merayulah pada Allah, DIA yang menggerakkan hati kita.” Dan sejak dari situlah Ain mula ubah diri Ain untuk dekat dengan Allah. Jaga solat, jaga pakaian (apa yang husband Ain selalu pesan). Alhamdulillah bersyukur sangat sejak tu Ain mula istiqamah dengan cara pemakaian dengan lebih tertutup. Benarlah hidayah itu milik Allah.
Kita diberi ujian kerana Allah sayang. Bila kita diuji tulah sebenarnya hidayah untuk kita. Untuk kita berubah jadi lebih baik. Cari DIA. Kita senang ke susah ke sentiasalah cari Allah, kerana DIA MAHA MEMBERI REZEKI. Jangan sangka orang yang jahat selamanya jahat dan jangan pula sangka orang yang baik selamanya baik. Kekadang yang jahat ni bila diberi hidayah, dialah yang sangat menjaga agama dia. Kami bukan daripada keluarga yang warak tapi kami hanya insan hina yang terpilih diberi hidayah dari Allah. Tak minta banyak, minta Allah kekalkan hati kami untuk sentiasa dekat dengan-Nya dan istiqamah ke jalan-Nya.
Ini jalan yang kami lalui, Alhamdulillah sekarang dah empat tahun berkahwin dah ada tiga cahaya mata. Doakan semoga Allah reda dengan perjalanan kami dan semoga hubungan kami berkekalan hingga ke Jannah. Terima kasih suamiku yang menarik aku untuk kenal Allah dengan lebih dekat. Yang banyak mengajar tentang agama. Semoga syurga buatmu dan jadikanlah aku bidadari syurga-Mu. Inshaaallah aamin. *Taip ni pun sambil meleleh air mata
Kredit Foto: Facebook Ain Rosdi
Buat awak diluar sana, sehina mana pun diri awak, jika awak nak berubah, ubahlah kerana Allah. Manusia tak layak untuk menghukum. Jangan terlalu fikir apa yang orang akan kata tapi pandanglah Allah. DIA YANG MAHA PENGAMPUN. DIA juga yang akan terima taubat kita bukan manusia. Jangan takut berubah, takutlah jika Allah tak terima kita sebagai hamba-Nya. Allah sangat baik, carilah DIA. Semoga apa yang kita niat untuk buat kebaikan Allah reda. Inshaaallah aamin!
Kredit: Ain Rosdi