Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Read

Demi Kasih Pada Arwah Ibu, Lima Beradik Tubuhkan Cindai — Ini Teladan yang Boleh Anda Pelajari

Public Anonymous User 27/12/2018 | 07:10 MYT

Oleh: Norhaizan Ahmad

Kredit foto: CINDAI

“SEINGAT saya, arwah ibu, Rohani Abdul Hamid mengambil upah menjahit baju demi membesarkan kami lima beradik. Meski ayah bekerja namun kehidupan kami sekeluarga tidaklah mewah mana, dan disebabkan itu ibu cuba membantu meringankan beban ayah sebagai ketua keluarga.

Sementelahan ibu sukakan fesyen, jadi hal-hal menjahit baju menjadi kecintaannya sejak muda,” ujar Azrul Izwan Ibrahim, 29, atau lebih mesra disapa Iwan yang juga anak keempat daripada lima adik-beradik.

Tambah Iwan lagi, disebabkan oleh hasil jahitan yang cantik serta potongan yang membuatkan baju yang dihasilkan ‘sedap’ dipakai membuatkan nama arwah ibunya meniti di bibir penduduk di sekitar Jitra, Kedah.

Daripada menjahit hanya kerana suka-suka, akhirnya ia menjadi kerjaya tetap ibu. Saban hari ada sahaja tempahan yang diterima.

? . . . Pocket lace kebarung Light Chocolate RM90 with free postage & free gift. ??? . . #kebarung #fashionkebarung #kebarunglace #kebarungmurah #kebarungmoden #bajukurungmoden #bajukebarung #bajukebarungmurah #bajukebaya #kebayamodern #fashion #fashionblogger #art #fashionista #fashiondesigner #stylist #fashionstylist #artonfashion #clothes #clothingbrand #clothingboutique #hijab #hijabfashion #ootd #ootdfashion #ootdfashionhijab #officialcindai #officialbrandcindai #cindai

A post shared by CINDAI (@officialcindai) on

“Arwah ibu memang jenis yang suka ‘bersiap’, tidak kira di rumah apatah lagi jika berpergian. Ibu selesa menyarung blaus dan celana potongan lurus untuk persalinan hariannya. Kalau pergi kenduri-kendara, baju kurung jadi pilihan.

Boleh kata 24 jam ibu mahu terlihat cantik. Kalau cantik pun bukan dia seorang sahaja, malah kami lima beradik turut dipakaikan dengan baju yang cantik-cantik juga. Beruntung kami, hehehe…”

Kredit foto: CINDAI

Menurut Iwan, ibunya pernah memasang angan-angan untuk membuka kedai jahit ataupun butik suatu hari nanti. Namun hajat itu tidak kesampaian apabila dia dijemput Ilahi pulang ke negara abadi.

“Untuk merealisasikan impian ibu, kakak sulung iaitu Datin Aida Suraini memberi idea untuk menubuhkan syarikat RA Boutique yang bakal diusahakan oleh kami lima beradik. Selain saya dan Kak Aida, kerjasama ini juga melibatkan dua orang kakak saya iaitu Aida Suziana dan Aida Suhaiza, serta adik bongsu Azrul Rizal.

Nama syarikat RA Boutique dipilih bersempena dengan gabungan huruf awalan nama ibu – Rohani Abdul Hamid dan nama pangkal kami lima beradik yang bermula dengan huruf A.”

“Syarikat RA Boutique inilah yang menguruskan perjalanan Butik Cindai yang kami tubuhkan sejak lima tahun lalu di Jitra, Kedah demi memperingati arwah ibu. Kenapa kami memilih nama Cindai?

Kerana ia ringkas, berciri Melayu dan mudah lekat difikiran. Tak mahulah nama yang panjang-panjang, nanti tergeliat lidah orang nak menyebutnya.”

Susah kan nak cari baju yg berkualiti, and paling penting nak cari yg affordable price ? Ehhh tapi Basic Kurung Kedah ni kain best and sgt murahh tauu only RM90 jee. The perfect Kurung Kedah! www.cindai.my

A post shared by CINDAI (@officialcindai) on

Cindai Gigih Membina Nama

“Bukan mudah untuk meletakkan jenama baru untuk bersaing di pasaran fesyen lokal. Itu antara cabaran terbesar yang perlu dilalui oleh kami ketika mula-mula menguruskan Cindai.

Namun pilihan kami untuk memfokus kepada konsep rekaan tradisional dan kasual yang sesuai digayakan semua peringkat umur mendapat sambutan memberangsangkan.

Alhamdulillah, helaian yang kami hasilkan iaitu rekaan yang memihak kepada ‘top’ dan ‘bottom’ misalannya blaus, skirt labuh dan celana, selain baju kurung mendapat tempat di hati fesyenista sekitar Negeri Jelapang Padi.”

?2019 NEW KURUNG . . . Kurung Pahang Pesak RM70 with free postage & free gift. ??? . . #kurung #fashionminikurung #minikurung #kebarungmurah #kebarungmoden #bajukurungmoden #bajukebarung #bajukebarungmurah #bajukebaya #kebayamodern #fashion #fashionblogger #art #fashionista #fashiondesigner #stylist #fashionstylist #artonfashion #clothes #clothingbrand #clothingboutique #hijab #hijabfashion #ootd #ootdfashion #ootdfashionhijab #officialcindai #officialbrandcindai #cindai

A post shared by CINDAI (@officialcindai) on

“Selepas lima tahun bertapak di pentas fesyen lokal, kini Cindai melebarkan sayap perniagaannya dengan membuka kiosk di Metrojaya Mid Valley, Kuala Lumpur yang menawarkan helaian kasual dan ready-to-wear (RTW).

Cindai merebut peluang keemasan yang diberi ini untuk lebih memahami kehendak pengguna urban. Kami tidak mahu berada di takuk lama tanpa mengambil langkah berani untuk mengembangkan perniagaan yang dibina demi kasih kepada arwah ibu.

Justeru, selagi ada kudrat kami lima beradik akan mengusahakannya sebaik mungkin. Doakan yang baik-baik untuk Cindai ya!”

Iwan yang berperanan sebagai stylist di Cindai, juga bekerja keras memerah idea menghasilkan rekaan tersendiri di bawah jenama ini. “Meskipun saya berkelulusan Seni Reka Grafik, namun asas untuk rekaan fesyen sudah bercambah dalam jiwa saya sementelahan selalu tengok arwah ibu memotong kain dan menjahit baju.

Ilham yang datang kemudian saya olah menjadi rekaan yang mampu menarik minat penggemar fesyen di luar sana.”

?2019 NEW KURUNG . . . Mini Kurung Printed RM70 with free postage & free gift. ??? . . #kurung #fashionminikurung #minikurung #kebarungmurah #kebarungmoden #bajukurungmoden #bajukebarung #bajukebarungmurah #bajukebaya #kebayamodern #fashion #fashionblogger #art #fashionista #fashiondesigner #stylist #fashionstylist #artonfashion #clothes #clothingbrand #clothingboutique #hijab #hijabfashion #ootd #ootdfashion #ootdfashionhijab #officialcindai #officialbrandcindai #cindai

A post shared by CINDAI (@officialcindai) on

“Selain itu, saya juga membuat kajian tentang fesyen sama ada di peringkat global juga lokal. Tujuannya untuk mengetahui trend terkini yang menjadi dambaan fesyenista tanah air yang mewakili rekaan modest dan non hijabi.

Apabila rekaan sudah ditetapkan barulah pemilihan fabrik dibuat. Cindai selesa menggunakan fabrik kain kapas dan sifon kerana ia selesa digayakan dan sesuai dengan cuaca panas lembap di negara ini.”

“Cindai hanya bermain dengan potongan ringkas sebab inspirasi kami mahu menghasilkan rekaan yang kemas daripada segi jahitan.

Jika ada pun perincian yang digunakan, mungkin sekadar sulam dan tampalan renda.”

‘Sweetly Dress‘ Soft Milk Chocolate Soft Bridal Satin . LIMITED EDITION (1 piece only) Size S to M Price - RM 550 . F A S H I O N at C I N D A I . . @officialcindai #teaser #fashion #modelfashion #hijabfashion #fashionphotography #fashionphotographer #style #ootd #ootdfashion #fashionstylist #canon #canonphotography #studio #studioshoot #artsy #arts

A post shared by CINDAI (@officialcindai) on

“Bakal menjengah tahun baru 2019, Cindai akan memasarkan rekaan baju kurung dan kebaya selain koleksi kasual yang bercirikan cheong sam bersempena sambutan Tahun Baru Cina.

Kali ini rekaan kami menggunakan fabrik satin, printed linen dan kain renda selain fabrik utama iaitu kain kapas dan sifon.”

“Doakan Cindai semoga terus sukses. Kerana impian saya agar suatu hari nanti nama Cindai sebaris Uniqlo,” ujar Iwan sambil mengakhiri perbualan.

Kredit foto: CINDAI

Kredit foto: CINDAI

;