Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
gaya hidup

”Dia Bukan Orang Senang, Tapi Dia Berusaha Untuk Kehidupan.” Shafeeqa Kongsi Sifat Atu Yang Ramai Tak Tahu.

Huda Hussain 21/10/2021 | 06:52 MYT
Meniti kehidupan sebagai pasangan suami isteri ada pasang surutnya. Ada waktu bahagia, ada masa memendam rasa dan tak kurang juga bermasam muka. Adat berkahwin, sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri. Pun begitu, fitrah ikatan suami isteri itu sendiri saling melengkapi antara satu sama lain. Kekurangan isteri, suami tampung. Kelemahan suami, isteri cuba untuk bertoleransi. Pokoknya, saling memberi dan mencari kata sepakat. Barulah ketemu harmoni dan lebih hormat menghormati sesama suami isteri.
Kredit Foto: IG Shafeeqa Johari
Pada hemat penulis, antara pasangan suami isteri dalam kalangan selebriti, Atu dan Shafeeqa antara yang wajar dijadikan contoh ikutan. Betapa sesama mereka saling menyokong satu sama lain, rajin merencana itu dan ini, berkongsi rezeki dan semua itu dilakukan demi membantu mereka yang kurang berkemampuan, memperbaiki taraf kehidupan masing-masing. Daripada menjual kek lapis, menjahit PPE, mengumpul dana membantu menguruskan jenazah keluarga yang kurang berkemampuan dan banyak lagi. Semua itu dilakukan bersama-sama. Mungkin itulah berkatnya rumahtangga dan rezeki yang Allah beri buat mereka seisi keluarga.
Bukan berasal daripada keluarga kayangan, kedua-duanya insan biasa sahaja. Dan jika dilihat latar belakang keluarga mereka, penulis yakin ramai yang memandang tinggi kepada keduanya. Baik Atu mahupun Shafeeqa, masing-masing memahami peranan dan tanggungjawab untuk terus melayari alam rumahtangga. Setiap apa yang menjadi cita-cita suaminya, pasti dia juga turut serta. Bukan sekadar mendengar, tetapi sama membantu. Dan impian Atu untuk memiliki van jenazah baru-baru ini termakbul jua. Ya, semuanya atas kehendak dan izin-Nya. Tetapi berkat usaha, kesungguhan dan tidak kenal erti putus asa juga pertolongan daripada Dia lah yang memaktubkan segala. Terkini, Atu memasang impian mahu membina masjid, Insya-Allah doakan agar ia juga terlaksana.

A post shared by Shafeeqa Johari (@shafeeqa_johari)

Kredit Foto: IG Shafeeqa Johari
Bukanlah penulis mahu puji melangit, tetapi pasti ramai maklum dengan kehidupan serba sederhana yang mereka jalani selama ini. Bagaimana permulaan perjalanan Atu yang meninggalkan kampung halaman nun di Kampung Pantai Bahagia Kudat, Sabah demi mencuba nasib di Semenanjung bukan kepalang cabarannya.
Dan perkongsian isterinya, Shafeeqa yang dimuat naik di Instagram tempoh hari cukup untuk menjentik emosi juga mencetus inspirasi. Bercerita tentang apa yang dilalui suaminya selama ini, apa yang menjadi cita-citanya pada penulis cukup besar ertinya. Bagi segelintir orang, ia mungkin biasa-biasa sahaja. Tetapi mereka yang pernah merasai pahit getir, berjuang untuk hidup apatah lagi diduga dengan pelbagai ujian pastinya meninggalkan kesan mendalam. Yang secara tidak langsung, itulah yang membentuk jati diri dan pegangan agar terus tunduk membumi walau bergelumang dengan dunia glamor dan populariti sana sini.

A post shared by Shafeeqa Johari (@shafeeqa_johari)

Kredit Foto: IG Shafeeqa Johari
#Atu Zero #Suami Isteri #Shafeeqa Johari #Pedoman Hidup
;