Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
gaya hidup

Dituduh Paksa Ibu Hamil Ambil Vaksin, Kata Netizen Hormatilah Pilihan Ibu-Ibu Mengandung. Hadam Luahan Doktor Ini.

Huda Hussain 11/09/2021 | 00:42 MYT
Isu antivaksin ini nampak gayanya sampai bila pun takkan berkesudahan. Baik dalam kategori mana sekalipun. Sudah dibentangkan dengan jelas segala fakta dan bukti kukuh namun masih tetap ada yang berpegang kepada fahaman dangkal lagi singkat berhubung isu ini.
Menerusi muat naik Pakar Anestesiologi dan Rawatan Rapi, HKL, Dr Hana Hadzrami di facebooknya, yang berkongsi mengenai isu ini ada menitipkan luahan berikut. Inilah risiko yang terpaksa dilalui ibu hamil yang enggan divaksin. Tulisnya:
Kredit Foto: Google
Salahkah doktor apabila menasihatkan ibu-ibu mengandung agar segera ambil vaksin Covid?
Kami dituduh suka paksa ibu mengandung pula. Kata netizen; hormatilah pilihan ibu-ibu mengandung. Tak mengapa kalau mereka meninggal jika dijangkiti Covid kerana ia dikira mati syahid dan darah mereka bersih dari benda haram. Dah terjamin jadi ahli syurga.
Netizen pula jadi pakar halal haram dan ambil alih tugas Tuhan tentukan syurga neraka seseorang.
Pertamanya kami NASIHAT, bukan PAKSA.
Keduanya; tiada seorang doktor pun suka nak handle maternal Covid.
Kredit Foto: Google
Kena beri bantuan pernafasan. Kena telangkupkan mereka sewaktu menerima bantuan pernafasan. Kena bedah mereka secara caesarean hidup-hidup dikatil ICU sebab pesakit terlalu tak stabil untuk dibawa ke dewan bedah atau diberi bius penuh. Kena keluarkan bayi pramatang.
Kena telangkupkan semula ibu baru dibedah. Kena CPR ibu mengandung. Kena beritahu suami dan keluarga yang pesakit tak berjaya diselamatkan. Kena membiarkan bayi pramatang melalui semua kesusahan tanpa ibu disisi.
Kami tak sanggup nak lalui semua itu. Ia terlalu menyedihkan apabila perlu buat keputusan sedemikian.
Itulah sebab kami nasihatkan ibu mengandung atau yang bercadang mengandung supaya ambil vaksin Covid secepat mungkin.
Kredit Foto: Google
Hanya kami terlalu sayang dan hormati mereka. Salahkah kami?
Hana Hadzrami
Adakah usaha menjaga nyawa itu tidak islamik dan tak layak dapat syurga?
#Ibu Hamil #Vaksin #COVID-19
;