Personaliti

“Dua-Dua Rita Suka Dan Sayang. Tapi…” Rita Nadira Kongsi Cabaran Dunia Lakonan Dan Peragaan.

Huda Hussain
06/09/2021
10:09 MYT
Sponsor Banner
“Dua-Dua Rita Suka Dan Sayang. Tapi…” Rita Nadira Kongsi Cabaran Dunia Lakonan Dan Peragaan.
Wajahnya sering kali menghiasi paparan majalah, iklan dan sebagainya. Tetapi bakat lakonannya yang pernah mewarnai skrin televisyen juga tidak kurang hebatnya. Tidak mahu bersandarkan pada pakej yang dimiliki, bagi Rita Nadira masih terlalu jauh perjalanannya dalam bidang lakonan. Banyak yang perlu diperbaiki dan diterokai.
Kredit Foto: IG Rita Nadira
Bakat lakonan kian menyerlah, dengan siapa Rita berguru? Atau ada hadiri kelas? Sebelum ini Rita belajar di UiTM Puncak Perdana, Shah Alam dalam jurusan Seni Persembahan dan pernah hadir kelas lakonan bersam Ogy Ahmad Daud. Harap sangat dapat join kelas lakonan lain. Bukan tiada kelas lakonan online tapi lebih prefer untuk berjumpa. Sebab bagi Rita bila belajar secara bersemuka lebih memahami, itu yang Rita rasa.
Antara modelling dan lakonan, mana lebih mencabar dan memenatkan? Sebenarnya antara keduanya ada kelebihan dan kekurangan tersendiri. Bagi Rita yang lebih mencabar dan memenatkan adalah lakonan kerana setiap cerita kita perlu pegang watak, karakter yang berbeza. Rita tak boleh bawa karakter itu sebagai Rita Nadira. Walaupun nampak saja ringan, seolah-olah macam sama saja tapi mentally untuk membawa watak itu sebenarnya susah. Sebabnya kita perlu tahu siapa watak itu, macam mana orangnya. Kita perlu cipta orang yang lain untuk semat dalam diri dan bawa watak tu. Ia memenatkan sebab bukan dari segi fizikal tapi mental. Kita ada satu mind set kita bukan diri kita tapi adalah karakter itu. Kalau modelling pula adalah waiting game. Kalau di pentas peragaan, apa yang mencabar adalah macam mana nak ‘bawa’ baju-baju yang rasa ‘heavy’.
Kredit Foto: IG Rita Nadira
Apakah Rita bakal tinggalkan pentas peragaan dan fokus berlakon atau macam mana lepas ni? Rita takkan tinggalkan pentas peragaan sebab sayangkan dunia peragaan. Rindu sebenarnya dengan dunia peragaan. Empat ke lima tahun dalam bidang ni dan memang dah jatuh cinta dalam bidang peragaan. Dan sekarang bidang lakonan Rita masih belajar dan masih mencari cinta tu. Belum sepenuhnya jatuh cinta dengan lakonan tapi bukan bermaksud Rita benci bidang lakonan. Rita suka sebab banyak cabarannya yang Rita lalui. Kalau nak cakap lebih fokus dalam lakonan sebenarnya bila kita berlakon komitmen kita sangat tinggi. Salah satunya ia bergantung dengan cerita dan jadual. Tapi kalau ada peluang untuk berada dalam bidang peragaan, Rita akan selitkan. Rita sayangkan kedua-duanya dan kalau boleh Rita nak seimbangkan kedua-duanya. Seperkara lagi kalau boleh Rita nak explore apa lagi yang Rita boleh buat.
Siapa yang cungkil bakat Rita berlakon? Pengurus Rita, dia tahu yang Rita ada background Seni Persembahan. Dialah yang push Rita pergi casting. Katanya rugi kalau dah belajar tapi tak teruskan. Pada awalnya Rita nak stay dalam bidang peragaan sahaja tapi lepas dia cadangkan untuk cuba, terfikir juga ada betulnya. Kenapa belajar bertahun-tahun tapi tak nak teruskan? Jadi bertitik tolak dari situ, kami fikir mengapa tak kalau cuba. Ada rezeki Alhamdulillah, kalau tiada rezeki tak apa boleh cuba perkara baru. Syukur ada rezeki dan setiap kali berlakon, Rita akan lakukan sebaik yang mungkin dan cuba perbaiki daripada kesilapan yang lepas.
Kredit Foto: IG Rita Nadira
Persediaan yang jadi rutin Rita sebelum masuk set penggambaran? Rita akan baca skrip berulang-ulang kali, lebih daripada tiga kali. Kenapa? Sebab Rita nak faham karakter tu. Bukan sahaja karakter Rita tapi Rita nak faham karakter yang ada dalam cerita tu. Ia akan membantu Rita di set nanti. Juga sebab Rita nak faham jalan ceritanya macam mana. Dari segi mental dan fizikal pula, Rita akan sediakan apa-apa sahaja untuk menguatkan mental dan fizikal. Setiap set, kita akan berjumpa orang yang berbeza, pengarah, pelakon dan kru yang berbeza. Kita tak tahu personaliti mereka bagaimana. Dan bagi pelakon, kita seolah-olah ‘hidup’ dengan mereka berbulan-bulan. Jadi macam mana nak eratkan hubungan sesama kita, tak mahu timbul salah faham; jadi bagi Rita itu susah sebenarnya.
Kepuasan antara profesyen dalam bidang lakonan dan peragaan dirasai apabila? Dalam bidang lakonan, kepuasan itu dirasai apabila berjaya bawa sesuatu watak. Bila pengarah suka yang dibuat, pelakon lain pun selesa dengan lakonan kita. Tetapi percayalah, setiap pelakon takkan pernah rasa puas bila tengok semula hasil lakonannya. Dan kalau ditanya pada Rita, sudah semestinya jawapannya Rita takkan puas sebab masih banyak lagi yang Rita perlu belajar dan perbaiki. Dan kalau puas sekalipun Rita rasa apabila watak itu diterima oleh mereka yang menonton, umpamanya apa yang Rita ‘bawakan’ itu sampai pada mereka.
Kredit Foto: IG Rita Nadira
Dan kepuasan dalam bidang peragaan pula adalah apabila sesuatu gambar tu bukan sahaja cantik tapi memuaskan. Kadang-kadang bila pose, tapi tak puas dengan apa yang cuba disampaikan dalam gambar tu. Tapi bila dapat pose yang baik, angle dan kedudukan yang betul secara tak langsung rasa puas. Itu pendapat peribadi Rita. Sama juga bila di runway, bila dapat bawa baju itu dengan cantik. Ramai sebenarnya tak tahu, bagi kami bila di runway tu berdebar-debar rasanya. Mana tidaknya, dengan ada orang yang tonton, pakai heels lagi, baju yang baru pertama kali disarung. Ya, pernah fitting tapi tak pernah catwalk lagi dengan baju tu. Umpamanya kita tak tahu apa yang jadi. Kalau berjaya bawa baju itu dengan baik di atas runway, itulah satu kepuasan.
Harapan Rita? Kita fight dan cuba hapuskan Covid-19 semampu yang kita boleh supaya pada 2022 kita dapat hidup yang lebih bebas daripada sekarang, kita dapat bekerja seperti biasa. Kita tahu Covid-19 mengganggu banyak perkara, pekerjaan kita. Dan kita tahu ramai yang hilang pekerjaan. Besar harapan Rita untuk tahun 2022, kita dapat bangkit semula untuk teruskan hidup dan harapan untuk diri Rita pula, 2022 dapat hasilkan drama, filem atau cerita-cerita yang lebih banyak dan lebih baik. Juga menjadi harapan Rita moga keluarga Rita berada dalam keadaan yang baik, sihat semuanya. Begitu juga dengan peminat, rakan-rakan rapat dan ahli keluarga yang lain semoga semuanya berada dalam keadaan yang baik dan dilindungi-Nya.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar