Kecantikan
Dulu Ramai Anggap PENIAGA Online Ni Seperti PENGANGGUR, Kini Pendapatan Kami Lebih Dari...
Kalau dulu ramai memperlehkehkan usahanya untuk bekerja sendiri. Kini, beliau boleh berbangga dengan hasil titik peluhnya itu. Siti Aminah, telah bersama Avon sebagai wakil sejak 2018 dan menganggap ini sebagai keputusan terbaik dalam hidupnya. Memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam Perhubungan Awam Komunikasi Massa (Kepujian), beliau memanfaatkan kemahiran dan pengetahuannya dalam kemahiran interpersonal untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya.
Walaupun tujuan asalnya bersama produk kecantikan yang sudah berusia 40 tahun ini lebih kepada mencari pandapatan, namun di sebalik itu juga Siti Aminah mahu mengetengahkan Avon kepada generasi yang jauh lebih muda dan memecahkan stigma bahawa Avon adalah jenama kecantikan yang sesuai untuk golongan berumur. Dan mengikut peredaran zaman, beliau menggunakan platform digital untuk mengembangkan lagi sayap bisnes beliau.
'Watch Me Now'. Kini, beliau tidak hanya mampu menjana pendapatan bulan yang baik, malah tampil lebih yakin dan tidak lagi berasa rendah diri seperti sebelumya. “Avon kini lebih relevan memanfaatkan kuasa kecantikan untuk mengubah kehidupan menjadi lebih baik dengan membantu wanita memperoleh pendapatan dengan cara tersendiri,” Ujarnya bangga.
Siti Aminah berusia 35 tahun pada tahun berasal dari Kuala Lumpur, masih belum berumahtangga. Beliau mempunyai Ijazah Sarjana Muda Komunikasi dan Media (Kepujian) Perhubungan Awam dari UiTM Shah Alam. Jom baca kisah inspirasi bagaimana beliau bermula dan kini kukuh bersama produk kesayangannya itu.
Bila dan bagaimana mula berjinak dengan perniagaan kosmetik ini?
Saya telah lama mengenali Avon sejak zaman persekolahan lagi, tetapi hanya mula menggunakan produk Avon beberapa tahun yang lalu. Saya menyedari produk Avon sangat berkualiti malah harganya pun berpatutan, jadi saya rasa ini adalah peluang untuk saya berbisnes. Produk yang dijual sudah ada nama, dan pada saya ia tidak sukar untuk diniagakan jika orang sudah kenal.
Kenapa memilih produk kecantikan dan Avon itu sendiri?
Avon bukan jenama asing dalam dunia kosmetik, lebih-lebih lagi ia sudah bertapak di Malaysia selama lebih 40 tahun dan tujuannya sering sinonim dengan permerkasaan kehidupan wanita. Saya masih ingat semasa masih bersekolah di menengah rendah, makcik saya sering membeli Avon terutamanya bedak muka dan minyak wangi Far Away. Walaupun zaman sekarang produk-produk kosmetik dengan pelbagai jenama tumbuh seperti cendawan, namun mereka perlu menaikkan jenama mereka dahulu sebelum menjual. Berbeza dengan dengan Avon saya tidak perlu lagi memperkenalkannya, ia sudah cukup dikenali dan dipercayai.
Berapa keuntungan awal dan yang tertinggi diperolehi?
Avon mewujudkan peluang dan memberi kebebasan menjana pendapatan mengikut kesesuaian cara saya tersendiri. Saya masih ingat keuntungan saya pernah mencecah RM5,000 dalam sebulan dan saya rasa sangat gembira kerana saya tidak pernah menyangka mampu membuat begitu banyak keuntungan hanya dengan duduk di rumah. Sejak itu saya tahu bahawa saya mampu mendapat gaji yang seperti orang yang bekerja sepenuh masa tapi saya masih boleh bersantai di rumah saja tanpa perlu ke pejabat. Saya adalah majikan kepada diri saya sendiri. Saya yang bertanggungjawab menetapkan segala matlamat bisnes saya.
Anda menjadi bos untuk diri anda sendiri, jadi bagaimana cara kerja anda?
Yang paling penting dalam sebuah perniagaan ialah kita mesti mencari peluang dan tidak boleh malu. Dahulu ramai orang yang malu untuk berniaga kerana berniaga dilihat sebagai pekerjaan orang yang tiada pekerjaan dan kurang pendapatan. Tetapi sekarang tidak lagi, keusahawanan kini menjadi sebagai satu trend. Sebagai seorang usahawan saya mesti mengikuti trend pasaran. Dengan adanya internet, skop pemikiran masyarakat telah banyak berubah. Oleh itu saya perlu mengikuti trend semasa seperti perniagaan atas talian, kesedaran masyarakat terhadap penampilan diri, kesedaran terhadap pentingnya mempunyai pendapatan sampingan supaya saya boleh memberi kesedaran yang lebih kepada pelanggan saya sama ada yang membeli ataupun yang ingin menjual.
Bagaimana perniagaan ini mengubah kehidupan anda?
Saya mula berjinak dalam dunia keusahawanan pada usia yang muda dan mempunyai seorang bapa yang bekerja sebagai pegawai bank. Bapa saya tidak membenarkan saya membuat pinjaman bank ketika saya memulakan perniagaan, malah dia menyuruh saya bermula dari bawah iaitu dengan membuat perniagaan secara kecil-kecilan dan menabung duit untung untuk membesarkan perniagaan saya.
Kesusahan saya mungkin bukan dari segi kewangan, tetapi dari segi mental. Saya pernah hampir menghidapi tekanan dan depresi kerana dihina. 15 tahun yang lalu orang memandang rendah peniaga-peniaga kecil seperti saya kerana mentaliti pada zaman itu ialah peniaga sama seperti penganggur.
Saya pernah diejek kerana membuat perniagaan atas talian sedangkan pada masa itu perniagaan atas talian baru bermula dan masyarakat masih belum nampak peluang perniagaan atas talian. Semasa baru memulakan perniagaan, ramai kawan tidak mengendahkan saya apatah lagi membeli barang daripada saya. Tetapi saya tidak berputus asa dan akhirnya ramai yang telah mula membeli dengan saya.
Apa yang dapat saya katakan, kita semua pernah melalui satu fasa di mana potensi diri kita diragui atau dipandang rendah, namun kita juga dapat menyahut cabaran tersebut dan kembali lebih kuat. Hari ini, saya berharap dapat memberi inspirasi kepada mereka di luar sana kerana dengan bekerjasama, wanita dapat memberikan impak yang besar. Kita boleh mendorong satu sama lain untuk mengatasi apa jua kekurangan.
Apa prinsip hidup anda?
Tujuan kita berniaga adalah untuk mendapat keuntungan dan kebahagiaan. Namun untuk mendapat keuntungan dan kebahagiaan, kita perlukan kejujuran dalam berniaga. Oleh itu, prinsip hidup saya dalam dunia perniagaan ialah, ‘Honesty Is the Best Policy’. Jika kita tiada kejujuran berniaga, kita mungkin akan berjaya tetapi kita tidak akan memperoleh kebahagian.
Nasihat anda kepada wanita di luar sana yg berdepan masalah ekonomi terutamanya ketika pandemik ini?
Berniagalah, be your own boss, jadilah seorang usahawan dan jalankan bisnes anda tersendiri. Peluang perniagaan pada zaman kini terlampau banyak, tak macam dulu. Dulu kita perlukan modal untuk berniaga, sekarang jika hendak berniaga kita boleh buat dropship sahaja jika tiada modal. Internet adalah benda yang mudah untuk didapati zaman sekarang ni, dan telefon bimbit juga ialah satu keperluan.
Dengan adanya telefon bimbit dan internet sahaja, kita dah boleh memulakan perniagaan. Saya juga bermula dengan hanya melalui pesanan ringkas, dan sekarang saya sudah bertapak secara digital di hampir kesemua platform digital seperti di media sosial di bawah nama @beli.avon.on9 dan di Shopee.
Tapi kita mestilah rajin berusaha dan tidak mudah berputus asa, kerana semudah mana pun peluang perniagaan, tiada apa yang akan berhasil jika tidak berusaha dan cepat putus asa. Lagi-lagi dengan keadaan pandemik seperti sekarang, lebih baik cari duit dari rumah. Ia lebih selamat untuk kita dan dapat membantu mengurangkan penularan wabak ini.