EBBY YUS Bongkar Pernah Kawan GADIS MUDA Tapi Putus Sebab Asyik Minta Top Up! – Siapa Tak Nak Kahwin?
Baru-baru ini viral gambar bersanding antara Ebby Yus dan penyanyi Zizi Kirana. Entah di mana istimewanya gambar itu sehingga ia hangat diperkatakan sehingga menyebabkan Ebby terpaksa memadam gambar itu daripada akaun Instagramnya.
Ebby sendiri melahirkan rasa terkejutnya dengan penerimaan netizen terhadap sekeping gambar itu. Mungkin kerana selama ini Ebby tidak pernah berkahwin menyebabkan netizen begitu teruja dengan imej tersebut.
Isnin lalu, beliau muncul di program Currhat terbitan Astro Prima untuk membincangkan topik Gamophobia. Pelik bunyanya ya? Namun, secara ringkas ia membawa maksud orang yang takutkan pada komitmen perkahwinan.
Ebby Yus Punya Keinginan Untuk Kahwin
Saat soalan tidakkah abang Ebby berasa sunyi tidak berkahwin ditujukan kepada beliau? Abang Ebby hanya tersenyum dan tenang, seperti sudah biasa meneruma pertanyaan seperti itu selama ini.
Ia memerlukan persetujuan daripada dua pihak; lelaki dan perempuan. Jika terdapat kesulitan daripada salah satu pihak, ia pastinya sukar untuk meneruskan hajat di hati. Perkahwinan pula bukan untuk dihadap sehari dua, tetapi hingga ke akhir usia.
Dan, jodoh dan perkahwinan ini juga kuasa daripada yang di atas sana. Kadang-kadang, kita sudah sampai ke penghujung persiapan, namun jika Tuhan itu katakan memag dia bukan jodoh kita, maka semuanya pasti tidak berjaya.
Selalu Jumpa Wanita Muda Tapi Masalahnya..
Abang Ebby turut berkongsi cerita bahawa sebelum ini beliau selalu juga berjumpa dan berkawan dengan wanita-wanita muda. Memang ada niat di hati untuk berkahwin, bukan setakat kawan-kawan sahaja.
Nasihat abag Ebby lagi, seharusnya seorang lelaki yang sudah bersedia untuk berkahwin harus sudah bersedia juga dari segi kewangan.
Ada Juga Terasa Apabila Melihat Orang Lain Berpasangan
Perasaan itu akan lebih menebal apabila pulang beraya di kampung halaman. Bertemu dengan kawan-kawan sekolah yang sebaya masing-masing dengan anak isteri, pasti perasaan tersentuh itu ada.
Setiap orang punya bahagian mereka masing-masing. Kebahagian dan ujian yang berbeza.
Apabila Sakit, Terkenang Juga Nasib Diri
Dan, antara situasi yang akan lebih menjentik perasaan itu adalah apabila ditimpa dengan kesakitan dan tidak berdaya untuk bergerak seperti biasa. Waktu itulah paling terasa dan terfikir sendiri, kalaulah ada itu dan ini... Tetapi itu kata kita.
Apa pun, bersangka baiklah dengan semua ketentuan Allah itu. Kadang-kadang, sesuatu yang kita nampak negatif itu, sebenarnya ada sesuatu yang baik yang kita tidak nampak.