Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Read

Enaknya STEW DAGING, Sajian Mudah Buka Puasa, Tapi Anda Tak Pandai Masak? Takda Hal, ‘Confirm’ Jadi!

Public Anonymous User 30/05/2017 | 03:07 MYT

Oleh: Nurul Huda Hussain

TAHUKAH anda betapa enaknya stew daging jika dimakan panas-panas, dengan ramuan daging yang empuk lagi manis, disulam kentang, saderi dan lada hitam yang sangat uumphh? Ini satu idea untuk sajian berbuka puasa. Selain stew daging, kami bawakan juga resepi berasaskan ubi keledek yang pasti menyelerakan.

Tak ketinggalan, panduan mudah untuk anda menyediakan pencuci mulut setanding restoran lima bintang. Selamat mencuba!

STEW DAGING

Bahan-bahannya:

3 ulas bawang putih (dihiris)

1 labu bawang besar (dihiris kasar)

2 inci halia, 2 camca besar minyak zaitun

500g daging segar

2 biji kentang

2 batang saderi

1 batang lobak

3 biji tomato

1 camca besar lada hitam,

1 camca besar rempah sup

1 camca besar tepung jagung (dibancuh dengan setengah cawan air masak)

1/2 biji lada benggala

2 cawan air dan garam secukup rasa

Cara-cara Membuatnya:

1. Panaskan minyak lalu tumis bawang putih dengan halia sehingga naik bau.

2. Masukkan daging, kentang, lobak, saderi, lada hitam, rempah sup dan air. Biar sehingga daging, kentang dan lobak empuk.

3. Masukkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah. Biarkan ia mendidih dan masukkan garam secukup rasa.

4. Kemudian, masukkan hirisan bawang besar dan tomato.

5. Seterusnya, masukkan lada benggala. Biar seketika lalu angkat dan hidangkan.

‘SWEET POTATO SOUFFLE’

Bahan-bahannya:

3 biji ubi keledek (dibakar)

3 camca besar mentega
2 camca teh keju krim
3 camca besar gula perang
3 biji telur
Sedikit garam dan lada hitam

3/4 cawan gula perang

1/2 cawan chopped pecans

1/4 cawan tepung pelbagai guna

3 camca besar mentega

Cara-cara Membuatnya:

1. Kupas ubi keledek dan masukkan ke dalam mangkuk. Gaulkan bersama mentega menggunakan hand mixer sehingga sebati.

2. Gaul krim keju, gula perang dan telur sedikit demi sedikit.

3. Seterusnya masukkan garam secukup rasa.

4. Untuk topping: campurkan gula perang, chopped pecans, tepung dan mentega dalam mangkuk berlainan. Gaul adunan sehingga ia lembut dan rapuh.

5. Tuang adunan ke dalam loyang dan bakar selama 30 minit.

.

‘BANANA SPLIT’

Bahan-bahannya:

1 biji buah pisang (potong tengah kepada dua bahagian)

Beberapa scoop ais krim (pilih perisa ais krim mengikut cita rasa anda)

Buah ceri secukupnya

Krim putar

Sirap coklat

Badam hancur, chocolate chip dan chocolate rice

Cara-cara Membuatnya:

1. Letak pisang yang telah dibelah di tepi kiri dan kanan pinggan pencuci mulut.

2. Skopkan ais krim di atas pisang.

3. Kemudian tuang krim putar di atas ais krim.

4. Seterusnya letakkan buah ceri di atas krim putar tadi.

5. Taburkan badam hancur, chocolate chip dan chocolate rice.

6. Sebagai penambah perisa, tuang sirap coklat mengikut cita rasa anda.

;