Highlights
Fara Fauzana POSITIF Covid-19. “Terus Kuarantin Kendiri Bila Tahu ‘Close Contact’ Positif. Kena Jujur.”
Penyampai radio popular, Fara Fauzana mengesahkan dirinya positif Covid-19 selepas menjadi kontak rapat individu yang dikenalinya. Di laman Instagramnya, Fara berkongsi pengalaman dan bagaimana menangani situasi tersebut untuk manfaat pengikutnya.
"Apabila tahu sahaja saya menjadi kontak rapat, saya terus kuarantin kendiri di rumah sejak Isnin lalu. Hari ke lima selepas kali terakhir berjumpa close contact, saya buat swab test PCR di hospital. Kalau buat self test, takut result tak berapa tepat,” cerita Fara.
Fara juga menasihati mereka yang menjalani PCR test untuk terus balik ke rumah selagi belum mendapat keputusan. Usah singgah di mana-mana untuk mengelakkan risiko kepada orang ramai kerana kita tidak tahu sama ada kita positif atau negatif.
Bercerita lanjut tentang simptom yang dihadapi, katanya beliau mula mengalami batuk-batuk dan sakit kepala di tambah dengan rasa mencucuk di badan.
Setelah mendapat keputusan hospital esoknya, dan didapati positif, Fara terus menghubungi kontak rapatnya antara tiga ke lima hari sebelum itu agar mereka juga boleh melakukan kuarantin kendiri.
“Jangan takut untuk maklumkan kepada mereka yg kita positif and minta mereka buat test and home quarantine kalau perlu. Nasiblah saya jenis yang habis kerja terus balik dan kalau jumpa sesiapa pun dah jenis tak salam and peluk bagai. Mask always ons. Apabila kita kurang jumpa orang, mereka yang “close contact” pun kurang,” tambahnya lagi.
Fara juga menasihati orang ramai yang didapati positif untuk ‘update’ keadaan terkini di MySejahtera. Mendepani situasi ini, Fara menasihati orang ramai untuk bersikap jujur, tidak perlu untuk ‘tipu-tipu’.
Fara juga berkongsi yang orang positif Covid-19 ini ada kala bersikap lebih sensitif dan jiwa kacau. Nak dibuat lawak pun tak boleh. Jadi, faham-faham sajalah keadaan mereka ya.