gaya hidup

Fiil Penumpang Naik 'Flight', Kapten Ini Senaraikan 8 Kategori. Ada Kategori ‘Penumpang Kiriman Tuhan' Tau!

Huda Hussain
11/10/2021
04:27 MYT
Sponsor Banner
Fiil Penumpang Naik 'Flight', Kapten Ini Senaraikan 8 Kategori. Ada Kategori ‘Penumpang Kiriman Tuhan' Tau!
Bagi mereka yang bekerja di lapangan, berinteraksi dan berurusan dengan manusia sememangnya tidak dapat lari daripada menghadapi pelbagai karenah. Bukan senang dan calang-calang cabarannya nak kendalikan fiil manusia ni sebenarnya. Kesabaran dan profesionalisme perlu diselarikan. Maklum sajalah, pasti ada yang berpegang kepada polisi customers always right. Walhal, tak semuanya semudah itu.
Meninjau perkongsian seorang juruterbang, Kapten Faliq Samsudin mengenai ragam penumpang sewaktu menaiki kapal terbang, membuatkan penulis terpanggil untuk memanjangkannya buat bacaan pembaca. Dalam sela-sela waktu menyorot kategori ini, tidak keterlaluan jika dikatakan ada benarnya setiap kategori yang dikongsikan kapten ini. Anda tergolong dalam kategori yang mana?
Kredit Foto: Facebook Faliq Samsudin
Ragam penumpang bila naik flight.." Harini aku rasa macam rajin lak nak kongsi ragam-ragam penumpang yang aku pernah jumpa sepanjang aku fly.. Macam-macam pe'el weyhh.. Aku bahagi kepada beberapa kategori.. So.. Lets Jom...
  1. Geng "Small Try"
Geng ni akan cuba untuk complain apa sahaja yang dia nampak depan mata.. Lepas dah complain.. Dia akan try mintak upgrade.. Memang jenis "take advantage of the situation".. Biasanya nak mintak upgrade ke 'Business Class' atau 'First Class' laa.. Complain seat ekonomi sempit laa.. Tak dapat window seat laa.. Kacang masin tak cukup masin laa.. Opps.. Yang kacang masin ni aku reka.. Apa-apa jer la.. Bukan tak boleh complain.. Tapi biarlah berpada.. Nasib dia tak complain kata Captain tak cukup hensem.. Kalau tak, aku suruh dia duduk kat atas sayap satgi.. Baru dia tau!.. Haa.. Nak upgrade sangat kan??.. Gurau sajorrr..
  1. Geng "Karen"
"Karen" ni adalah gelaran kepada orang yang suka demand & rasa diri dia entitled.. Nak kenal diorang ni senang jer.. Kalau ada masalah sikit jer.. Diorang ni la akan first cakap.. "I want to speak to the Captain".. Kalau kat darat pulak.. Dia akan cakap.. "I want to speak to your manager!".. Dia rasa hanya pihak atasan jer yang layak cakap dengan dia.. Bajet dia special kot.. Kalau berdepan dengan geng ni.. Terus aku teringat iklan ~ "Anda rasa saya ada masa untuk sakit kepala?".. Selain tu.. Ada jugak kategori hybrid.. Ni lagi special.. Lepas dah jadi "Karen".. Boleh pulak dia convert masuk geng "Small Try".. Mintak upgrade.. Memang idokk lerr..
Kredit Foto: Google
  1. Geng "Do you know who I am??"
Geng ni pantang ditegur.. Walaupun terang² dia yang salah.. Kalau tegur jer mula lah.. "I'm a lawyer".. "I'm an engineer".. "I'm a doctor".. Semua keluar.. Ataupun antara yang paling fames kat Malaysia ni.. "I'm a Dato' you know!".. Geng ni biasanya dia rasa diri dia dah hebat sangat.. Kasta tinggi orang kata.. Bagi dia.. "Ko tu drebar kapal terbang jer tau tak??".. Yea lahh.. Ko sorang jer lah yang hebat.. Ambiklah.. Nak sangat!
  1. Geng "Suka try stewardess"
Geng ni biasanya perasan dia tu most eligible bachelor la.. Takpun most eligible husband.. Pantang nampak stewardess cun.. Dia akan try mengorat.. Terjadi few times dalam flight aku.. Ada tu sampai sanggup dia berdiri kat galley dari KK sampai ke KL sebab nak mengayat.. Dekat 2 jam berdiri tuu.. Stewardess tu nak buat kerja pun payah.. Sampai terpaksa mintak tolong aku.. Apa lagi.. Aku pun bajet hero la.. "Tinggg".. Aku ON seat belt sign.. Pastu suruh semua orang duduk sebab bad weather.. Kacau daun kan aku ni?.. Haha.. Adan Uke..
Kredit Foto: Google
  1. Geng "Paparazzi"
Geng ni semua benda dia nak ambik gambar.. Gambar kapal terbang.. Gambar kacang masin.. Gambar stewardess menguap.. etc.. Gambar aku taknak pulak dia ambik?.. Ok.. Ni aku nak habaq.. Tak salah nak ambik gambar kapal terbang untuk kenangan.. Tapi.. Kalau ikut PDPA.. Sebenarnya korang tak dibenarkan untuk ambik gambar orang lain tanpa kebenaran.. Apatah lagi bila orang tu dalam uniform tengah bertugas.. Salah di sisi undang² okeyhh!!..
  1. Geng "Aku nak dulu"
Geng ni semua benda dia nak dulu.. Time boarding dia sibuk nak naik dulu.. Time makan dia nak dulu.. Time disembark pun muka dia jugak la sibuk bangun nak keluar dulu.. Apa ntah yang nak dikejar.. Padahal pintu pun tak bukak lagi.. Kapal pun tak betul² parking lagi.. Haa.. Yang ni ramai orang buat.. Berbuih mulut stewardess dok cakap.. "Sila berada di tempat duduk anda sehingga isyarat tali pinggang keledar dipadamkan".. Perlukah diulang dalam Bahasa Urdu baru orang nak faham?..
Kredit Foto: Google
  1. Geng "Tapau ikat tepi"
Geng ni punya logik semua yang di beri dalam kapal terbang tu adalah hak penumpang.. Selimut.. Bantal.. Headphone.. Semua nak ditapau nyer.. Pernah sekali aku buat flight umrah ke Madinah.. Turun kat terminal tetiba nampak ada penumpang kitorang tadi tengah solat kat satu sudut.. Macam kenal jer selimut purple yang diguna sebagai sejadah tu.. Kecik besar kecik besar jer nengoknyer??.. Nasib dia tak tapau kerusi kapal terbang tu sekali. Dan yang terakhir dalam list aku ni..
  1. “Penumpang kiriman Tuhan"
Geng ni memang dambaan mana² crew yang bertugas la.. Suruh duduk, dia duduk.. Suruh makan, dia makan.. Tutup lampu suruh tidur, dia tidur.. Senang kata geng ni memudahkan kerja crew la.. Cakap pun sopan jer.. Hormat kat crew yang bertugas.. Angelic gitteww.. Mostly orang² Malaysia tergolong dalam geng ni la.. Syabas Mere Bete.. Keep it up okeyhh?.. Takyah rasa peer pressure nak ikut sangat geng² tak ketahuan macam kat atas tu..
"Kita mudahkan urusan orang.. InsyaAllah.. Allah akan mudahkan urusan kita".. So.. Dah tau belum korang tergolong dalam kategori mana?.. Jap.. Takyah cakap.. Aku tau.. Orang Malaysia semua baik² belaka.. Mestilah semua tergolong dalam kategori "Penumpang kiriman Tuhan"..
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar