gaya hidup

Gaduh-Gaduh-MENGANDUNG! – Tu Maknanya Tuhan Nak Suami Isteri Berbaik, Anak Kan Pengikat Kasih

Afiza Kamarulzaman
05/10/2021
13:12 MYT
Sponsor Banner
Gaduh-Gaduh-MENGANDUNG! – Tu Maknanya Tuhan Nak Suami Isteri Berbaik, Anak Kan Pengikat Kasih
Bertekak, bermasam muka, bergaduh itu biasa dalam rumahtangga. Dua individu yang tidak pernah membesar bersama, tiba-tiba bersatu dalam sebuah rumah dan bilik, pastilah ada compang-campingnya.
Inilah warna dan perasa dalam hidup berumahtangga. Kalau manis sahaja, boleh bawa ‘penyakit’ juga. Maka, sebaiknya ada tambahan garam, asam dan serbuk perasa menyedapkan lagi lauk santapan keluarga.
Namun, apabila bergaduh usah berlama-lama. Islam memberikan tempoh tiga hari untuk suami isteri kembali berdamai dan bercakap semula. Jangan lebih dari tempoh kerana dibimbangi membawa bencana yang lebih besar.
Dalam Badai, Datang Pelangi
Ada juga selalu kita dengar kisah suami dan isteri yang bertengkar sakan sehinggakan ada yang sampai mahu bercerai-berai, tiba-tiba dikejutkan dengan berita si isteri berbadan dua. Alhamdulillah, kehadiran anugerah di tengah badai yang melanda.
Inilah pengikat cinta dan sayang daripada benih suami dan isteri sebagai tanda yang rumahtangga masih boleh diselamatkan dan teguran Allah untuk kembali bersatu membesarkan anak itu bersama. Hargai pemberian Allah itu.
Proses bercerai ini seharusnya dijadikan penyelesaian terakhir dan bukan sewenang-wenangnya dimuktamadkan. Agama sangat benci dengan perkataan cerai dan Allah murka dengan hamba Nya yang melaluinya tanpa sebab kuat.
Nabi SAW dalam sebuah hadis bersabda: "Tidak ada perkara halal yang dibenci oleh Allah selain daripada talak." Dan: "Mana-mana wanita yang meminta talak daripada suaminya tanpa sebab yang sepatutnya, maka haram ke atasnya bau syurga."
Berdamai dan Kembalikan Keharmonian
Inilah yang sebaiknya kalau bisa rumahtangga itu diselamatkan. Dinasihatkan sekecil-kecil perkara jangan dibesarkan dan haruslah diselesaikan dengan akal yang waras dan emosi yang stabil.
Suami jangan mudah melafazkan cerai dan isteri jangan pula lekas terdorong meminta-minta diceraikan tanpa alasan yang munasabah. Fikirkan keburukan dahulu sebelum kebaikan yang dimiliki hasil penceraian. Apa lagi buat anak-anak yang masih kecil yang membesar dalam keluarga porak-peranda.
Tidak mudah untuk suami dan isteri yang sudah bercerai untuk membesarkan anak-anak dalam keadaan yang harmoni dan sempurna. Si anak pasti tidak dapat merasai kebahagian sebenar yang seharusnya dinikmati daripada kasih-sayang ayah dan ibu kandung.
Apa pun, ia bergantung pada keimanan dan kebijaksanaan si Ayah dalam mengemudi keluarganya dan kerjasama serta keikhlasan si isteri untuk menjadi kayu sokongan utuh dalam mahligai yang dibina.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar