Highlights

“Gais, Jangan Heart Broken Tak Ada Boyfriend! Manfaatkan Masa Single Dengan Mengembara, Lebih Bahagia” – Azwa, 33.

Afiza Kamarulzaman
29/11/2019
08:12 MYT
Sponsor Banner
“Gais, Jangan Heart Broken Tak Ada Boyfriend! Manfaatkan Masa Single Dengan Mengembara, Lebih Bahagia” – Azwa, 33.
Azwa, gadis yang masih solo pada usia 33 tahun. Dengan wajah yang menarik dan posisi kerja yang baik, mustahil belum ada yang pernah datang ‘menyunting’? Ceritanya, bukan tidak pernah bercinta dan didekati lelaki tetapi mungkin istilah ‘belum ada jodoh’ itu masih kuat menemaninya.
“Ya, tidak dinafikan saya pernah dikecewakan. Mungkin kerana itu, saya tidak mahu terus melayan jiwa lara dengan memikirkan hal lelaki. Bukanlah ‘frust menonggeng’ tetapi perkara yang bukan dalam bidang kuasa kita, sebaiknya kita serahkan saja kepada yang lebih berkuasa untuk menentukan.”
Gadis yang berasal dari Ipoh, Perak ini berkhidmat di Astro Gempak sebagai Editor. Dan, kini masanya banyak dihabiskan dengan hal kerja dan pastinya mengembara!. “Kembara atau bercuti buat hati saya tenang. Banyak manfaat yang boleh ditimba menerusi aktiviti ini jika dibandingkan dengan bercinta, hahaha...”
Saban tahun, ada sahaja lokasi baru diterjah. Bagaimana mula jatuh cinta dengan aktiviti melancong ini? Saya mula minat dengan aktiviti ini menerusi seorang kawan di ofis lama, kira-kira lapan tahun lalu. Waktu itu, dia mengajak saya menemaninya ke Bandung, Indonesia. Itulah negara luar pertama yang saya jejaki. Walaupun sudah tiga tahun tidak sepejabat, tapi kami masih teruskan minat ini bersama. Daripada colleague kini kami menjadi travel buddy. Dari negara-negara Asia Tenggara, berkembang ke benua Asia dan akhirnya Berjaya menembusi Eropah pula. Setakat ini, 24 buah negara sudah saya lawati.
Selalunya pergi dengan siapa? Tiga kumpulan yang saya wajib melancong bersama ialah pertama, keluarga. Setiap tahun, kami akan plan percutian keluarga ke luar negara. Ke dua, beberapa travel buddies saya yang memang dah biasa bersama. Selalunya, saya akan hanya travel berdua. Ia lebih baik dari pergi ramai-ramai. Nanti pening nak melayan banyak sangat kerenah. Dan, ketiga bersama sepupu-sepupu yang rapat.
Adalah aktiviti ini sebagai salah satu cara untuk anda melupakan soal jodoh? Bukanlah kata nak lupakan terus. Saya tidak menolak jodoh cuma setakat ni, I am happy being single. Daripada hidup tiada komitmen sangat, lebih baik saya isi dengan keluar mengembara. Orang kata nanti kalau dah kahwin dan ada anak, langkah akan sedikit berat maklumlah dah banyak komitmen. Jadi, sementara belum banyak halangan, raikan masa yang ada. Lagi pula, inilah cara terbaik untuk ‘detoks’ diri setelah penat seharian bekerja dan stres!
Pernah tak pergi bercuti semata-mata kerana putus cinta dan mahu merawat hati terluka? Err… Pernah! Hahaha… Tapi yang tragisnya apabila kembali dari bercuti, still bersedih! Macam mana tu? Pergi bercuti itu memanglah tidak mampu membersihkan semua luka itu tetapi ia sedikit sebanyak mampu memberi ruang kepada hati untuk bertenang dan ala-ala ‘leave me alone’ gitu.
Apa pengajaran besar yang anda peroleh daripada kembara anda? Sesekali keluarlah dari kempompong selesa kita itu untuk melihat dunia yang luas. Kembara banyak mengajar saya tentang rasa bersyukur dan lebih menghargai negara sendiri. Selain itu, pemikiran saya jadi lebih terbuka dan belajar banyak banyak tentang kehidupan dan budaya orang lain.
Kita tahu sekali melancong, bukan murah. Kalau berkali-kali, lagilah! Bagaimana anda mengatur bajet? Saya ada tabung travel saya sendiri. Setiap kali dapat gaji, saya akan masukkan sejumlah wang ke dalam tabung itu. Tapi, yelah nak harap gaji saja memanglah payah sedikit, alhamdulillah saya ada side income yang boleh menyumbang kepada tabung travel tersebut. Namun, dalam hidup ini tak semua kita dapat yang sempurna, Saya bukan jenis yang fancy. Jadi, saya kurang gemar kepada jenama-jenama mewah untuk pakaian dan sebagainya. Mungkin dari situlah, saya boleh berjimat pada hal tersebut dan berhabis ke arah melancong pula.
Kalau bertemu jodoh, adakah anda mahukan lelaki yang punya minat yang sama? Kalau dapat begitu, baguslah. Sebolehnya saya mahukan lelaki yang tidak mengongkong. Ada beza orang yang tak pernah travel degan orang yang selalu travel. Orang yang selalu travel ni minda dia lebih terbuka Hahaha..
Tips melancong dengan kawan sesama perempuan? Orang selalu beranggapan banyak yang rumit kalau berjalan sesama perempuan tanpa ditemani lelaki. Macam-macam yang dicurigai terutamanya bab keselamatan. Insyallah, kalau dirancang dengan baik dan kuatkan tawakal kepada Allah, semuanya akan berjalan lancar. Cari teman perempuan yang betul-betul satu kepala dan saling melengkapi. Kena rancang awal sebelum pergi. (Penginapan, itinerary, bajet, duit kecemasan dan lain-lainnya.) Jangan sesekali amalkan konsep main redah. Untuk elakkan bergaduh atau ‘drama’ ketika dalam percutian itu, pergilah dalam grup yang kecil.
Kongsi sedikit pengalaman tidak boleh dilupakan sepanjang mengembara? Antaranya, ketika di India. Ia sebenarnya pengalaman manis kerana dapat melihat realiti kehidupan masyarakat negara India, sangat membuka mata! Kalau kita rasa susah, hakikatnya ramai lagi yang lebih susah di sana. Namun, India sebuah lokasi yang sangat cantik! Kalau pengalaman pahit, ketika di Bosnia. Saya ternampak orang dirompak di depan mata sendiri. Ada seorang wanita ketika mahu membayar di kaunter, tiba-tiba saja datang seorang lelaki merentap duit dari tangannya dan lari. Terus saya check dompet dan passport sendiri, alhamdulillah semua ada.
Negara yang berada dalam bucket list anda? Sepanyol, New York dan Finland.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar