Highlights

Gelagat Anak Bangun SAHUR, Ada Yang Makan Sambil Tidur, Ada Mak Sampai Simbah Air. Cuba Tips Ini!

Afiza Kamarulzaman
02/05/2020
12:49 MYT
Sponsor Banner
Gelagat Anak Bangun SAHUR, Ada Yang Makan Sambil Tidur, Ada Mak Sampai Simbah Air. Cuba Tips Ini!
Kanak-kanak antara yang paling teruja tatkala menjelang Ramadan kerana tidak sabar untuk belajar berpuasa. Selalu kita dengar para ibu bapa akan beritahu, “Kalau nak Raya, kena puasa!” Maka, bertambah semangatlah anak-anak kita untuk berjuang menahan lapar dan dahaga sehingga ke azan Magrib berkumandang.
Namun, yang menjadi cabaran besar buat ibu bapa adalah untuk membangunkan anak-anak kecil ini kala bersahur. Kalau ketika waktu berbuka, tidak payah disuruh, sejam awal sudah duduk di hadapan meja makan, menunggu masuk waktu berbuka. Namun, apabila digerakkan untuk bangun sekitar jam empat ke lima pagi, aduhai seksa!
Ada anak-anak yang tidak mampu membuka mata walaupun sudah di meja makan. Ada ibu bapa yang terpaksa menggunakan pelbagai taktik untuk membolehkan anak-anak ini bangun nak makan. Ada pula yang terpaksa disuap nasi ke mulut dek tidak mampu juga untuk membuka mata dan menyuap sendiri. Macam-macam kerenah anak-anak bersahur.
Kredit Foto: IG Diana Danielle
10 Tips Mudahkan Anak Bangun Sahur
  1. Pastikan anak tidur awal, jangan dibiarkan berjaga sehingga lewat malam. Kanak-kanak perlu tidur minimum 10 jam untuk membolehkan mereka bangun dengan cergas.
  1. Atur anak untuk tidur selepas Zohor yakni sebelum Asar sekitar satu jam agar mereka tidak terlalu mengantuk nanti dan untuk ‘caj’ tenaga mereka.
  1. Jangan beri anak makanan yang terlalu berat atau makanan manis-manis selepas waktu berbuka. Ini bagi membolehkan mereka tidur dengan baik dan tidak ‘berat’ untuk bangun esoknya.
Kredit Foto: IG Norman Hakim
  1. Sebelum anak melelapkan mata, ingatkan mereka bahawa esok mesti bangun sahur jam berapa? Ajar untuk berniat. Ini untuk set minda mereka bahawa esok mereka mesti bangun awal.
  1. Ajar anak-anak untuk ‘kunci’ jam sendiri bagi melatih mereka untuk bertanggungjawab dan lebih berdisiplin. Tidaklah hanya mengharapkan ibu bapa mengejutkan mereka.
  1. Cuba berikan sedikit tugasan kepada anak-anak walaupun waktu bersahur seperti Along kena masak nasi, Kakak kena hidang makanan dan Adik mesti bantu bancuh air. Tanggungjawab menjadikan seseorang lebih fokus.
Kredit Foto: Google
  1. Ibu bapa di barat pula menjadikan muzik yang menenangkan sebagai terapi untuk anak-anak bangun bermotivasi. Bagi kita umat Islam, mungkin boleh memasang bacaan Quran sebagai latar alunan halwa telinga untuk anak lebih mudah digerakkan.
  1. Bangunkan anak sedikit awal dari yang sepatutnya untuk membolehkan mereka ‘mengambil mood’ beberapa ketika. Jangan lagi 10 minit mahu Imsak, baru tergesa-gesa membangunkan anak-anak. Ini menjadikan mereka lagi membentak.
  1. Sajikan makanan sahur mengikut kegemaran anak-anak. Walaupun pada waktu sahur, hiasilah meja makan dengan hidangan menarik untuk merangsang selera mereka.
  1. Sambil mengejutkan anak-anak, tazkirahkan sedikit di telinga mereka perkara-perkara yang menyejukkan hati mereka dan boleh buat mata mereka segar.
Kredit Foto: Google
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar