Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
gaya hidup

HARAM Pukul Anak Kecil Hingga Mendatangkan Kesakitan, Atau Pada Wajah, Kepala dan Kemaluannya!

Afiza Kamarulzaman 17/07/2021 | 06:55 MYT
Anak kecil bukanlah untuk disakiti walau dengan niat mendidik. Anak kecil amanah Tuhan yang wajib disayangi, dipelihara dan diasuh dengan baik. Tidak boleh memukul kanak-kanak yang belum mumayyiz apabila mereka melakukan kesalahan kerana memukulnya tidak memberi sebarang faedah kepadanya memandangkan usianya yang belum matang.
Islam sendiri sudah menggariskan hukum memukul anak hingga mendatangkan kesakitan, lebam dan kecederaan sama ada fizikal atau mentalnya. Jelasnya hukumnya adalah haram memukul anak-anak dengan pukulan yang merosakkan juga tidak boleh memukul pada mukanya atau kepalanya atau kemaluannya.
Keharusan memukul yang dibenarkan syarak bukan bertujuan menyakitkan mereka atau membalas dendam tetapi menyedarkan mereka bahawa mereka telah melakukan kesalahan maka dengan pukulan yang perlahan yang memadai menakutkan kanak-kanak akan tetapi jika tidak dipukul bahkan dinasihatinya nescaya ia adalah lebih baik.
Ibu bapa yang memukul anaknya dengan pukulan yang tidak dibenarkan syarak telah melakukan satu bentuk kezaliman dan siapa yang melakukan satu kezaliman nisaya akan ditanya diakhirat nanti. Jika kanak-kanak merosakkan harta orang maka wajib diganti akan harta yang rosak itu dengan hartanya atau harta penjaganya.
Kredit Foto: Google
Cara Menghukum Anak Dengan Lebih Baik
#Ibu Bapa #Anak Kecil #Pukul Anak
;