Personaliti

“I Don’t Make Enemies With Anyone, and I Don’t Make Friends With Everyone”. Faizal Tahir

Huda Hussain
16/12/2021
02:00 MYT
Sponsor Banner
“I Don’t Make Enemies With Anyone, and I Don’t Make Friends With Everyone”. Faizal Tahir
“Kita senang takkan selama-lamanya, akan ada masa kita susah. Susah pun sebenarnya tak selama-lamanya, kita akan ada senang. Apa yang saya cuba nak katakan adalah, tak ada apa-apa yang permanent. To solve that problem is, kita tak boleh hidup berseorangan. Kita kena kelilingi diri kita dengan a positive circle of people. A positive circle of friends. Sebab saya berpegang kepada satu benda 'where I don’t make enemies with anyone, and I don’t make friends with everyone'.” kongsi Faizal Tahir menerusi satu muat naik yang penulis cerap dari lnstagram Jentik Hati.
Ada benarnya apa yang dilontarkan selebriti yang aktif dengan kerja-kerja amal dan kebajikan ini. Baru menimang cahaya mata ketujuh baru-baru ini, umum mengetahui kematangannya dalam memberikan sesuatu pandangan. Pertamanya, kita tak perlu bermusuhan dengan sesiapa dan ada sebabnya mengapa kita tak perlu berkawan dengan semua orang. Kita berhak memilih siapa yang mahu kita dampingi. Dengan siapa yang mahu kita jadikan rakan, sahabat dan sebagainya.
Kredit Video: IG Jentik Hati
Kerana bertitik tolak daripada itulah ia akan membentuk cara pemikiran kita, apa tindak-tanduk kita dan sejauh mana orang disekeliling mampu mempengaruhi kita. Itu paling penting. Justeru, ada sebab mengapa kita perlu mencari ‘vibes’ atau ‘circle of people’ yang mampu menjentik aura positif dan baik kepada kita.
Dan daripada perspektif lain, yakni mengenai kehidupan adalah tentang kesusahan yang mungkin kita rasakan sudah cukup susah. Namun hakikatnya kesusahan yang kita lalui itu bukanlah selama-lamanya. Ia hanya ujian yang bersifat sementara.
Perlu kau ingat.. Yang kau sibukkan itu adalah dunia. Yang kau resahkan itu hanya dunia. Yang kau takutkan itu hanya dunia. Yang kau tangiskan itu cuma dunia.
Jika setiap kisah hidup kita selalu indah, maka hati tidak akan pernah kenal dengan sabar dan ikhlas.
Jika setiap doa kita dikabulkan, maka kita tak akan pernah tahu indahnya mendekati Allah bersama jutaan doa dan harapan.
Jika semua yang kita harapkan berlaku seperti yang dirancang, maka kita tidak akan pernah belajar bahawa kecewa dan gagal itu sebenarnya kekuatan".
Kedukaanmu itu sementara, Kebahagiaanmu itu sementara, Semua itu hanya sementara di dunia.
Hidup bukan tentang memiliki segalanya tapi tentang menghargai apa yang dimiliki. Yang indah hanya sementara, Yang sempurna tak selalu bahagia. Hidup di dunia cuma sementara, dan yang kekal abadi nanti adalah di akhirat.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar