Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Read

“If I get into the drama, then I’ll be the drama”, Naim Daniel Enggan Layan ‘Drama’ di Media Sosial. Lebih Baik DIAMKAN Diri.

Huda Hussain 07/01/2020 | 11:41 MYT

Episod keenam rancangan bual bicara Currhat kembali menemui penonton semalam dengan topik Dajjal Media Sosial. Penyanyi dan pelakon, Naim Daniel turut diundang sebagai selebriti jemputan.

Mungkin ‘kena’ dengan topik yang diketengahkan, Naim tampil berkongsi pengalamannya yang menerima pelbagai kecaman dan komen daripada netizen.

Kita maklum mengenai beberapa foto yang Naim muat naik di media sosial (yang diedit) bersama ahli kumpulan Black Pink menerima pelbagai kecaman daripada ramai pihak. Jadi, bagaimana Naim berhadapan dengan situasi ini di media sosial?

Bagi Naim, soal netizen mengecam atau memberi komen di media sosial sudah menjadi satu kebiasaan dalam kalangan masyarakat kita. Sebabnya boleh dikatakan semua orang ada akaun media sosial sekarang.

Dan pada mereka, “Oh kecam ajelah sebab dia kan artis” lantas isu kecam mengecam ini kian tersebar dengan meluas. Sebagai duta masyarakat dan sering menjadi perhatian, mungkin ada sesentengah daripada public figure tak ambil pusing dan ada yang mengambil pendekatan untuk suarakan apa pandangan mereka di media sosial.
Malah Naim berasakan apabila berada dalam industri ini, kita sebenarnya bekerja atas dasar mulut orang.

Dan apabila kecaman datang, Naim fikir satu perkara saja. “If I get into the drama, then I’ll be the drama”. Apa yang menyedihkan apabila Naim dikecam adalah, rata-rata yang memberi komen itu adalah anak-anak muda belasan tahun.

Ia betul-betul mengejutkan saya sebab nilai kemanusiaan dan tahap sensitiviti seolah-olah tak lagi dipandang. Hinggakan tidak hormat kepada perasaan orang lain. Dahulupun Naim juga seorang remaja tapi tidaklah berani hingga melemparkan kecaman kepada orang lain tanpa usul periksa. Dan realiti inilah yang sedang berlaku dalam kalangan anak-anak muda kita.
Seolah-olah dari kecil lagi kita dah didoktrin menjadi toksik pada usia yang begitu muda. Terkejut juga memikirkan bagaimana susahnya institusi kekeluargaan terutamanya ibu bapa era sekarang memantau anak-anak. Apa yang mereka komen, muat naik di media sosial. Memang takut dibuatnya.

Ya, kita sebagai manusia tak kiralah apa jua profesyen takkan pernah lari daripada membuat kesilapan. Tapi itu bukan tiket atau alasan selamat untuk kita ulang kesilapan yang sama. Tapi sekurang-kurangnya kita boleh didik diri sendiri dan mendidik orang lain untuk cuba perbaiki supaya tak ulangi lagi kesalahan yang sama.

Lantas, apa yang Naim buat?

You just don’t have to react. Dan apa yang Naim buat untuk tidak menyakitkan hati adalah lebih baik diam sahaja. Memanglah sakit tapi selama mana sangatpun nak terbawa-bawa dengan emosi itu kan?

Dan mengenai kecaman yang Naim hadapi baru-baru ini, ada yang komen terlalu ekstrim hinggakan berkata “Oh aku tak surprise kalau dia murtad, makan benda tu pergi Korea” dan macam-macam lagi.
Bayangkanlah, sampai begitu sekali mereka boleh kecam dan komen. Hinggakan bagi Naim akal fikiran mereka bukan lagi di mulut tetapi di hujung jari. Naim pernah juga terdetik, apa agaknya akan terjadi kalau Naim buat seperti apa yang mereka buat?
Apa kepuasan yang dirasai kalau kecam orang lain di media sosial? Ada juga Naim membalas komen netizen dan di penghujungnya mereka sekadar bergurau.

Pengalaman dikecam teruk sebelum kes baru-baru ini, mungkin ada yang mahu dikongsi?

Pernah dulu Naim muat naik foto seolah-olah Naim berpakaian seperti karakter Joker dan disebelah foto itu ada luahan yang Naim kongsi. Sekali lagi Naim dikecam. Kata mereka, “Kalau tak tahan kena kecam jangan jadi artis” dan sebagainya.

Dan sebenarnya tujuan Naim muat naik foto itu hanya nak kongsikan kesedaran bahawa walau apapun kerja dan latar belakang kita; semua orang ada hak untuk meluahkan perasaan atau apa jua.
Tetapi memandangkan atas kapasiti punya pengaruh dan pengikut, terlalu mudah sekali netizen menghukum bahawa ini boleh dan tidak. Seolah-olah mereka lebih berhak menentukan the do’s and don’t’s. Come on!

Bagi Naim, apa sekalipun yang kita buat cubalah jadi yang terbaik. Selagi anda tidak merosakkan hidup orang lain, tak menyusahkan ibu bapa, tak mendatangkan malu kepada diri sendiri, tak merosakkan nama sendiri dan sebagainya; tiada masalah. Just go for it!

Tak perlu bercakap soal dah masuk 2020 perlu maju itu dan ini tetapi kalau pemikiran anda masih dibelakang tiada gunanya. Jadi, berbalik kepada logik akal fikiran kita. Kalau anda tak mahu orang berbuat jahat dengan anda; anda juga janganlah buat buruk dengan orang lain.

Pandangan Naim pula kalau ada dalam kalangan netizen mengecam semata-mata mahukan perhatian. Mereka cuma mahukan Naim membalas komen dan respon dengan apa yang mereka katakan. Komen?

Bagi komen yang baik-baik itu Naim memang tiada masalah dan Naim benar-benar hargai sokongan dan semangat yang mereka tunjukkan. Tapi bagi yang sekadar meraih perhatian, pada Naim mereka sebenarnya pengecut.

Malah mungkin kalau berpeluang untuk berjumpa, mereka tidak berani untuk berbuat apa-apa kepada kami yang dikecam sebenarnya. Naim terbuka dan kalau ada yang mahu berjumpa, Naim okey saja. Bukan nak ajak bergaduh atau apa-apa tetapi terus terang saja dengan Naim.

Dan Naim percaya, majoriti rakyat Malaysia hari ini mempunyai dan menggunakan telefon pintar. Percayalah, apa yang anda pegang itu sebenarnya bukan sekadar telefon. Tetapi ia bagaikan kuasa yang boleh menentukan sama ada anda mahu melakukan kebaikan atau keburukan.
Kalau buruk ‘tulisan’ kita, maka buruklah diri kita. Kalau cantik ‘tulisan’ kita maka cantiklah diri kita. Mudah saja. Ia juga terpulang kepada apa yang kita tentukan dalam pemikiran. Kalau kita tak buat orang, orang tak buat pada kita.

Sebelum muat naik sesuatu posting, apa yang menjadi fokus Naim?

Naim akan fikir kalau taip kapsyen seperti ini, apa reaksi netizen, adakah ia akan mendatangkan kemudaratan, sensitif atau tidak dan sebagainya. Dan apabila kita edit sesuatu post itu hak kita tetapi apabila muat naik untuk tatapan ramai, ia bukan lagi hak kita. Ia menjadi hak milik masyarakat. Dan dari situlah mulanya netizen meletakkan justifikasi itu dan ini.

Sedangkan sewajarnya biarlah penilaian orang lain terhadap diri kita sama dan sekata. Sejujurnya Naim adalah orang yang paling susah nak luahkan masalah di media sosial. Sebolehnya Naim mahu tampilkan imej yang terbaik di mata umum.
Naim selesa dengan pendirian itu. Tidak timbul soal cover line, hipokrit atau apa-apa. Kerana bagi Naim, anda tak perlu tahu apa masalah atau apa jua soal peribadi mengenai diri Naim. Biarlah keluarga dan mereka yang rapat sahaja tahu. Itu yang lebih efisien.

Sebabnya, pada Naim salah satu punca yang mengeruhkan sesuatu keadaan adalah spekulasi-spekulasi dan kecaman daripada netizen. Maaf cakap, misalnya kalau ada masalah rumahtangga sesama selebriti; kadang-kadang selebriti itu okey saja.

Tapi yang membuatkan seseorang itu berbelah bagi adalah kerana mulut-mulut netizen juga. Ada yang beri komen, sebarkan khabar angin dan macam-macam lagi. Dan apabila kita baca, secara tidak langsung mental dan pemikiran akan terkesan dan kesudahannya membuatkan kita berasa tertekan, terduduk dan kecewa.

Dan lantaran itu bagi Naim sebagai public figure, kita sebenarnya memainkan peranan penting untuk tidak meluahkan semua perkara di media sosial.

#Gaya Hidup #Naim Daniel #Currhat
;