Personaliti
“If I Wanna Die, I Wanna Die As Someone Else Punya Husband. That’s It,” – Zul Ariffin
Antara tanda-tanda mahu lihat kesungguhan seorang lelaki mendirikan rumahtangga adalah usahanya untuk berubah ke arah kebaikan. Perlahan-lahan menyusun dan mengatur langkah untuk memperbaiki diri menjadi hamba Allah juga seorang lelaki yang lebih baik daripada sebelumnya.
Mungkin itu yang penulis dapat rumuskan secara singkat selepas melihat paparan video yang tular lalu dikongsikan ramai peminat aktor bertubuh sasa ini. Menerusi sesi Live beberapa hari lalu, bagi menjawab persoalan mengenai berkahwin yang diajukan peminat, dengan matang Zul memberi jawapan berikut;
"Mungkin sebab saya pelakon, jadi ramai yang tak sabar. Kahwin and everything my personal stuff. You know what I expect, if I wanna get married… I just wanna pray with my wife. I just wanna hold her hand before I… die. If I wanna die, I wanna die as someone else punya husband. Itu saja. No expectation, I just do my best.” tuturnya sambil sesekali dilihat berkaca kolam matanya.
Kredit Foto: IG Era.Je
Moga apa yang diidamkan, didoakan akan Allah makbulkan. Moga yang terbaik jua Dia susun buat aktor pujaan ramai ini.