gaya hidup

Ikhtiar Dapatkan Zuriat, Marsha Terbuka Kongsi Cerita Jalani Rawatan. Mohon Doa Semua Dipermudahkan.

Huda Hussain
19/10/2021
09:01 MYT
Sponsor Banner
Ikhtiar Dapatkan Zuriat, Marsha Terbuka Kongsi Cerita Jalani Rawatan. Mohon Doa Semua Dipermudahkan.
Setiap yang berkahwin pasti mendambakan zuriat buat pengikat kasih dan lambang tautan cinta antara suami isteri. Ada yang Allah rezekikan si isteri bunting pelamin, ada pula yang perlu menunggu lima tahun bahkan mungkin 10 tahun barulah merasai nikmatnya hamil dan kesakitan saat melahirkan. Sungguhpun begitu, tidak semua yang berpeluang merasai itu semua.
Kerana ujian kita semua tidak sama juga saiz kasut kita pun berbeza. Maka, selain berlapang dada dan positif menerima ketentuan takdir, andai tertulis belum punya rezeki nan satu ini baik suami atau isteri perlunya ada persefahaman yang utuh. Bukan senang mahu kekal tenang bila diasak soalan bertubi-tubi tak kurang juga mulut makcik bawang yang cuba menambah keruh dalam soal ini.
Kredit Foto: IG Marsha
Bagi Marsha Milan, salah seorang juri rancangan realiti Suara Viral 2.0, dia juga tidak terkecuali daripada berhadapan dengan situasi tegang apabila berbicara soal zuriat. Berkahwin pada tanggal 31 Disember 2015 dengan jejaka belahan jiwanya, Mohamed Shaiful Nizam Mohamed Ismail, takdir Allah mereka belum lagi dikurniakan zuriat.
Sungguhpun begitu, Marsha tenang sekali menjawab soalan demi soalan apabila berkongsi pengalamannya diuji dengan takdir ini. Terbuka dan positif, katanya, “Marsha sekarang dalam proses berjumpa dengan doktor, try to conceive semua. Tapi belum tahap nak cuba rawatan IVF. Tapi mungkin kalau tak ada penyelesaian juga ke arah itu, mungkin Insya-Allah akan cuba IVF,” ujarnya saat ditanya perkembangan terkini dan apa usaha Marsha dalam soal mendapatkan zuriat.
Kredit Foto: IG Marsha
Akui pernah berhadapan dengan tekanan apabila ramai yang bertanya bila nak dapatkan anak dan sebagainya, jelasnya “Masa tahun pertama, kedua tu adalah juga macam sedikit terganggu. Terutamanya bila kaum keluarga yang tanya. Kalau kawan-kawan boleh elak lagi, hehe. Tapi bila dah lama-lama, mungkin sebab dah lali jadi dah boleh tenang nak jawab bila ditanya,” hurainya lanjut.
Suami Terbuka Dan Sepakat Kongsi Marsha lagi, “Tapi Marsha dan suami pun dah bincang, misalnya kalau tak ada rezeki, apa plan seterusnya, apa nak buat, macam mana dan sebagainya. Jadi dalam soal ini, kami dah sepakat umpamanya dah ada mutual understanding. Kalau ada macam ni, kalau tak ada macam tu,” luahnya.
Kredit Foto: IG Marsha
Belum Mahu Ambil Anak Angkat Tidak mahu dibelenggu tekanan khususnya apabila berbicara mengenai anak kerana, jelas Marsha lagi, “Marsha ada bertanya dengan suami tentang ambil anak angkat. Tapi kami belum capai kesimpulan atau kesudahan lagi dalam bab ni. Tapi apapun kami sepakat untuk cuba secara natural dulu. Tapi kalau ada rezeki untuk dapat anak angkat, Marsha dan suami okey saja. Cuma mohon doa semua berjalan dengan lancar. Marsha punya check up dengan doktor, gynae dan semuanya Insya-Allah dipermudahkan,” ulasnya mengakhiri bicara.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar