gaya hidup
Isteri Dah Cantik Molek Tapi Kenapa Suami Masih BERSELINGKUH? – Jemu, Godaan Atau Sikap Azali?
Menurut General Social Survey, kira-kira 20 peratus lelaki mengaku curang, berbanding 13 peratus wanita. Dan, seorang lelaki bergelar bapa mungkin menipu lebih banyak. Anggaran menunjukkan kira-kira 10 peratus lelaki menipu ketika isteri mereka hamil. Pelik tapi benar. Kebanyakan lelaki yang curang itu pula memiliki isteri yang hampir sempurna.
Dan, lebih pelik lagi apabila segelintirnya mempunyai skandal yang tidak secantik atau setaraf status isterinya. Kenapa suami masih mahu mencari keseronokan dan kepuasan bersama wanita di luar walaupun sudah memiliki isteri yang cantik dan baik juga keluarga yang sempurna?
Kredit Foto: Google
Lima Sebab Kenapa Lelaki Curang Walau Isterinya Sudah Sempurna?
- Kurang Matang
- Kurangnya pengalaman daripada hubungan sebelumnya atau kemampuan untuk memahami akibat perselingkuhan menyebabkan sebilangan lelaki tidak setia kepada pasangan mereka. Dianggarkan bahawa hampir 68 peratus lelaki rasa bersalah setelah mereka berselingkuh. Mungkin ini berpunca daripada ketidakmampuan untuk memahami betapa pengkhianatan itu amat menyakitkan. Ketidak matangan ini bukan masalah isteri lagi tapi hanya suami mampu mengubah dirinya sendiri. Anggaplah seperti ini: jika suami tidak cukup dewasa untuk menyedari betapa bahayanya perbuatannya itu, dia tidak cukup dewasa untuk menghargai pasangan yang 'sempurna'.
- Ketagihan/ Isu Pengawalan Diri
- Masalah ketagihan dan kawalan diri pasangan anda mungkin menjadi alasan dia menipu. Dadah, alkohol, dan ketagihan seks hanyalah beberapa penyakit yang boleh merosakkan hubungan. Penagih sering berjuang untuk membuat keputusan yang sihat, bahkan kadang-kadang memilih untuk menyakiti mereka yang menyayangi mereka. Anda mungkin menyangka bahawa anda membantu suami anda, dengan cuba untuk menjadi isteri yang baik untuk menutupi ketagihan suami itu. Namun, ia bukanlah penyelesaian untuk jangka masa panjang.
- Perasaan Tidak Selamat
- Selalu kan kita melihat situasi di mana suami yang berlaku curang itu terdiri daripada mereka yang tidak punya rupa paras yang elok pun. Ini juga antara penyebab mereka suami menduakan isterinya dek perasaan terancam yang menghasut mereka. Dengan isteri sendiri pun mereka boleh rasa terancam dan menjadikan kecurangan sebagai cara menutupi perasaan itu. Ia nampak bodoh tetapi inilah cara mereka memberi ‘ubat’ kepada perasaan tidak aman dalam diri mereka sendiri. Dan, apabila mereka tahu yang saham mereka masih tinggi, barulah mereka berasa lega.
- Marah Atau Membalas Dendam
- Nampak agak dramatik, namun wujud kecurangan yang dicipta atas dasar rasa marah terhadap isteri yang disimpan lama. Ada suami yang ingin membalas dendam atas rasa tidak puas hati terhadap isteri untuk beberapa perkara yang menyakiti hatinya. Mungkin kerana isteri seorang yang kasar, pernah menjatuhkan air muka suami atau menipu. Maka, suami cuba untuk memberi rasa sakit yang sama terhadap isteri menerusi pengkhianatan berlaku curang.
- Hubungan Tak Membahagiakan
- Isteri yang cantik dan mampu menjalankan urusan rumah tangga dengan baik bukanlah ciri-ciri utama untuk segelintir suami. Ternyata, rupa-rupanya ada suami pelik yang mencari lebih daripada itu. Isteri yang cantik belum mampu memuaskan suami. pandai menguruskan rumah belum tentu membahagiakan suami setiap masa. Ada suatu godaan lain di luar yang kelihatan lebih ‘lazat’ yang buat suami hancur imannya. Dan, sekali lagi ia bukanlah salah isteri, sebaliknya nasibmu yang malang dikurniakan suami bernafsu jahat.
Kredit Foto: Google