gaya hidup

Isteri Itu Mampu Menaik Juga MENJATUHKAN Suami – Sebab Tu, Pilihlah AKHLAK Bukan Yang Kuat ‘Menyalak’

Afiza Kamarulzaman
14/07/2021
14:07 MYT
Sponsor Banner
Isteri Itu Mampu Menaik Juga MENJATUHKAN Suami – Sebab Tu, Pilihlah AKHLAK Bukan Yang Kuat ‘Menyalak’
Suami itu pemimpin buat isteri dan keluarganya. Justeru, selalu perempuan diingatkan agar memilih suami yang baik dan tepat untuk memastikan hala tuju kehidupan kita berada di jalan yang lurus. Suami yang baik penentu masa depan dan kebahagian isteri dunia akhirat.
Namun, melayari bahtera rumah tangga ini hakikatnya perlu ada nakhoda dan anak kapal yang seimbang. Jika hanya pemimpin yang baik tapi pengikut ‘bengkok’ tetap kapal tidak mampu sampai ke destinasi dengan jayanya.
Maka buat lelaki yang mahu mencari isteri, jika imanmu tidak sekental besi, kepimpinanmu tidak setinggi gunung, carilah isteri yang sedia baiknya, molek akhlak tingkah lakunya. Tidak semua suami mampu membimbing isterinya. Ada banyak kelemahan yang memerlukan dia sendiri membimbing dirinya sendiri.
Melainkan kamu seorang yang teguh pegangan agama dan hati kuat sebagai suami bertanggungjawab dan tegas, maka silalah pilih siapa jua wanita menjadi suri hatimu kerana seyakinnya kamu mampu memimpin isteri dan keluargamu ke jalan yang lurus.
Besarnya peranan seorang isteri dalam rumahtangga kerana dialah ibu kepada anak-anakmu dan dialah tiang seri dalam sebuah rumah tangga. Jika tiang seri tidak utuh, maka bergoyang mahligai itu. Isteri yang baik membawa ‘rahmat’ dan ‘barakah’ dalam rumahtangga.
Bukanlah kata suami tak membawa apa-apa rahmat tapi isteri itu adalah amanah Allah buat suami. Amanah yang jika salah aturannya membinasakan suami dunia akhirat. Seperti juga memilih suami, isteri juga harus dipilih dengan baiknya. Salah pilih mengheretmu ke neraka jahanam.
Panduan Memilih Isteri (Dipetik dari baitulmuslim.com)
Kredit foto: Google
Utamakan memilih agama
Asas pertama ini adalah faktor yang paling dominan. Islam merupakan agama fitrah dan moral yang mulia maka sesuatu pernikahan harus berasaskan dengan sifat-sifat yang mulia, nilai-nilai luhur dan etika yang baik. Perempuan adalah manusia dan sebaik-baik manusia adalah yang memiliki martabat kemanusiaan yang tinggi dan mulia.
Sebagai contoh, Rasulullah SAW menikahi Khadijah yang ketika itu berusia 40 tahun manakala baginda ketika itu berusia 25 tahun. Namun dalam mengharungi bahtera kehidupan, mereka adalah yang tergolong dalam golongan yang paling berjaya dan penuh kebahagiaan.
Kenapa? Kerana apabila yang berakhlak mulia bertemu dengan mereka yang berakhlak mulia maka keduanya menjalani kehidupan dengan jiwa dan fitrah yang suci dan bertaqwa.
Bagi orang zaman sekarang, mereka lebih mementingkan akan paras rupa dan kecantikan tubuh wanita dalam mengukur keperibadian seseorang wanita untuk dijadikan calon isteri. Walhal kriteria yang dipakai Rasulullah itulah yang membuat baginda dapat menikmati kedudukan yang mulia dan dihormati.
Sabda Rasulullah S.A.W:
“Dari Jabir r.a., Sesungguhnya Nabi SAW. telah bersabda: Sesungguhnya perempuan itu dinikahi orang kerana agamanya, kedudukan, hartanya, dan kecantikannya; maka pilihlah yang beragama” (HR. Muslim dan Tirmidzi).
Rasulullah SAW melarang kaum lelaki memilih kecantikan semata-mata dalam menentukan calon isteri. Baginda bersabda:
"Janganlah kamu berkahwin dengan seorang wanita kerana kecantikannya semata-mata, kerana kecantikan akan memusnahkan dirinya; janganlah kamu berkahwin dengan wanita kerana hartanya, kerana kekayaan itu akan membuatnya derhaka. Kahwinilah seorang wanita kerana agamanya kerana sesungguhnya seorang hamba perempuan berkulit hitam yang baik agamanya itu lebih utama.” (Hadis Riwayat Ibnu Majah)
Haram menikahi perempuan musyrik, kafir dan yang tidak beragama samawi Menikahi orang kafir misalnya Majusi, Buddha, Hindu, penyembah berhala dan sebagainya adalah diharamkan dalam Islam. Seperti firman Allah SWT:
“Dan janganlah kamu nikahi perempuan-perempuan musyrik sebelum mereka beriman. Sesungguhnya perempuan mukmin lebih baik daripada perempuan musyrik walaupun dia menarik hatimu (sebab itu perempuan musyrik tidak boleh dikahwini).”
Oleh sebab itu, Islam melarang penyambungan antara dua hati dan dua akidah yang bertentangan kerana nikmat sesebuah pernikahan bukan hanya pada nafsu semata-mata malah meliputi pelbagai aspek dalam kehidupan bahtera rumah tangga. Selain itu, ianya dapat menjaga kedamaian dalam sesebuah ikatan kekeluargaan. Itulah rahsia Islam.
Kredit foto: Google
Keturunan yang baik
Islam menyeru umatnya agar memilih calon pasangan yang datangnya dari keturunan yang baik. Alasan yang paling kukuh adalah kerana keluarga memainkan peranan utama dalam pembentukan akhlak dan keimanan seseorang. Seorang wanita yang lahir dari keluarga yang baik dan Islamik akan melahirkan zuriat dan keturunan yang mulia.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar