Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Highlights

Jangan DENGKI Dengan REZEKI Orang Lain – Istighfar, Ingat Allah. Yang Penting Jangan Putus Asa Berusaha

Huda Hussain 20/02/2020 | 15:59 MYT
Selalu kita dengar pepatah lama, rezeki tak datang bergolek ataupun jika tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Semua ini berkisarkan usaha demi meraih sesuatu yang diingini.
Namun yang sedihnya, berlaku dalam kalangan masyarakat kita hari ini adalah sifat dan sikap dengki melihat kejayaan dan keberhasilan seseorang. Contohnya apabila melihat kawan sendiri berjaya tingkatkan taraf hidup mulalah ada suara-suara nakal yang berbunyi. “Alah dia bolehlah ada cable baik. Tu yang boleh dapat” ataupun “Eleh nak menunjuk konon. Entah-entah halal ke tak cara dia dapatkan tu?”
Allahu… Jangan mudah menjatuhkan hukum atau membuat andaian sendiri. Waima siapapun kita, tiadalah daya mahupun hak menghakimi sesiapa. Biarlah Dia yang menentukannya. Adalah lebih baik berusaha tingkatkan potensi diri daripada ‘membawang’ atau menuduh membuta-tuli.
Kredit Foto: Google
Mengapa Masih Ada Yang Dengki?
  1. Bisikan Syaitan
Melaga-lagakan sesama manusia yang membangkitkan api kemarahan sememangnya disukai syaitan. Lantaran itu mulakan syaitan berbisik agar segera berbuat sesuatu. Dan ya, walaupun kita sudah berada pada tahun 2020, masih lagi ada yang mempercayai kuasa makhluk halus untuk membinasakan kehidupan orang. Matlamatnya hanya satu, demi menjatuhkan musuh atau mahu melihat seseorang itu jatuh terduduk. Allahu Akbar, moga kita dijauhkan daripada sifat ini.
  1. Tamak
Apabila ada dalam diri seseorang itu sifat tamak maka pincanglah semua. Berasakan mahu membolot dan mengaut semua yang ada tanpa memikirkan halal dan haram. Apa jua cara sanggup dilakukan asalkan keberhasilan dan kejayaan itu tidak jatuh ke tangan orang lain. Dipijak-pijak, ditindas orang lain demi mahukan sesuatu pasti tidak berakhir dengan selamat apatah lagi berkat. Kelak nanti di penghujungnya, ‘rezeki’ yang dirasakan berpihak kepada kamu tidak akan lama.
Kredit Foto: Google
  1. Berasakan Diri Punya Kuasa
Pangkat dan darjat masih lagi dipandang tinggi oleh golongan yang dengki dengan kejayaan orang lain. Malangnya apabila ‘kuasa’ yang ada disalah guna. Asalnya ia adalah amanat dan tanggungjawab yang harus digalas sehabis baik tetapi sebaliknya. Mulalah kes pecah amanah dan rasuah bermaharajalela sehinggakan tidak pernah berasakan cukup dengan apa yang ada. Keberkatan? Tiada dalam kamus hidupnya.
Bagaimana Merawat Diri Daripada Sifat Dengki?
Seperti yang dikongsikan Ustaz Iqbal Zain berkaitan ‘Penyakit Hasad Dengki dan Cara Merawatnya:
1. Setiap kali orang yang kita dengki itu apabila beroleh kejayaan, kita kunjungilah dia untuk mengucap tahniah dan bergembira bersamanya. Sebaliknya apabila orang itu mendapat bencana atau musibah, kita kunjungi pula untuk mengucapkan takziah dan tumpang bersedih bersamanya.
2. Sanjung dan pujilah kebaikan dan keistimewaan orang yang kita hasad dengki itu di belakangnya dan kalau ada kesalahan dan keburukannya kita rahsiakan.
3. Selalulah ziarah dan beri hadiah pada orang yang kita dengki itu. Saling berhadiah itu melahirkan kasih sayang dan menjauhkan permusuhan.
‎4. Kalau ada orang cuba menjatuhkan orang yang kita dengki itu, kita pertahankan dia. Jangan layan orang (atau syaitan) yang hendak merosakkan mujahadah kita.
5. Berdoalah selalu pada Allah SWT agar memudahkan kita mengubat penyakit dengki yang amat bahaya dalam diri kita itu.
Jika kita didengki, kita boleh memilih antara empat cara ini:
Kredit Foto: Google
1. Membalas semula kejahatan dengan kejahatan.
Cara ini pastinya bukan cara yang terbaik, malah akan memburukkan keadaan, serta akan terjadi permusuhan yang berpanjangan.
  1. Berdiam diri.
Tidak perlu membalas, hanya perlu bersabar. Tetapi cara ini amat sukar untuk dibuat. Terpaksa memendam perasaan yang sangat sakit, kecuali jika seseorang itu sudah redha dengan segala ketentuan Allah.
  1. Membalas kejahatan kedengkian itu dengan kebaikan.
Mampukah kita berbaut baik kepada orang yang berbuat jahat kepada kita? Orang dengki kita, kita beri dia hadiah. Orang susahkan kita, kita tolong dia kembali. Ibarat kalau orang lempar kita dengan najis, kita lempar semula dengan minyak wangi. Sedangkan untuk berbuat baik kepada orang yang amat baik kepada kitapun teramat payah, inikan pula kepada orang yang berlaku jahat kepada kita.
  1. Berdoa
Doakan mereka agar diberi hidayah oleh Allah, serta akan insaf dan beriman.
#Dengki #Iri Hati #Negatif
;