gaya hidup

Jangan Jadikan Alasan Anak Kecil Punca Rumah BERSEPAH – Didik Anak Berkemas dan Kebersihan Seawal Usia

Afiza Kamarulzaman
03/11/2021
01:40 MYT
Sponsor Banner
Jangan Jadikan Alasan Anak Kecil Punca Rumah BERSEPAH – Didik Anak Berkemas dan Kebersihan Seawal Usia
Ramai ibu bapa mempunyai prinsip biarlah rumah berselerak, janji anak-anak bebas bereksperimentasi dan mengembara dalam keseronokan alam kanak-kanak mereka. Benarkah dengan membiarkan anak-anak membuat sepah mengembangkan proses pembelajarannya?
Dan, kemudian para ibu mengalami depresi dan tekanan kerana berdepan dengan tunggakan kerja dan situasi rumah yang huru-hara – adakah itu suasana sihat untuk seisi keluarga? Tidak bolehkah kita memiliki keduanya? – Anak-anak yang bebas bermain dan dalam masa yang sama rumah teratur?
Sebenarnya, membiarkan anak-anak membuat sepah di rumah tanpa mengemasnya semula bukanlah cara terbaik membentuk perkembangan anak-anak. Ia satu proses pembinaan diri yang tidak lengkap. Ya, anak-anak seharusnya diberi peluang untuk mengembara, berseronok tetapi pada masa yang sama jangan abaikan elemen bertanggungjawab dalam diri mereka.
Dalam Islam pun, sangat menekankan aspek kekemasan dan kebersihan. Perkara ini seharusnya dididik seawal usia agar mereka boleh menjadikannya rutin gaya hidup dan bukan sekadar buat untuk elak dimarah.
Memberi mereka tanggungjawab untuk kemas semula selepas bermain adalah langkah baik menerapkan nilai kepimpinan diri, kematangan, kebertanggungjawaban dan berdikari. Inilah aspek yang semakin terhakis dalam diri anak-anak zaman sekarang, apabila semuanya bergantung kepada ibu bapa.
Kebanyakan Ibu Malas Nak ‘Bising’
Ini antara alasan utama para ibu apabila ditanya kenapa tidak suruh anak-anak itu mengemas semula barang yang mereka sepahkan selepas bermain? Ada ibu yang memberi alasan, ‘malas nak bising-bising’, ‘biarlah’ dan ‘letih nak suruh’.
Lihat di sini, kemalasan itu sebenarnya bermula daripada ibu sendiri apabila bersikap endah tak endah apabila anak tidak mahu mendengar arahan. Apabila sekali dua disuruh tidak mahu, para ibu terus mengabaikannya. Inilah senjata anak-anak untuk membantah. Mereka tahu ibu pasti mengalah dengan kedegilannya.
Untuk ‘membentuk’ atau mengubah sikap negatif anak-anak memang memerlukan sedikit pengorbanan dan banyak kerajinan. Namun, percayalah ia boleh dilakukan jika dipraktikkan dengan sabar dan konsisten. Ibu perlu bertegas demi kebaikan seisi rumah. Ana-anak boleh dimanjakan tetapi jangan ‘dimalaskan’.
Ikhtiar Rajinkan Anak Jadi Pengemas dan Pembersih
  • Mulakan dengan rutin penjagaan diri mereka sendiri. Mereka harus diajar untuk mandi, menggosok gigi, menyikat rambut dan berbedak secara sendiri. Terapkan semua langkah ini sebagai rutin mesti buat untuk kekemasan diri. Jangan sekadar mandi, pakai baju siap!
  • Anak-anak harus diajar untuk kemas cadar katil sebaik bangun pagi. Setidak-tidaknya selimut dilipat
  • Perkara paling penting untuk anak kecil adalah mengemas barang mainan mereka selepas bermain. Ini adalah disiplin paling utama. Jika tidak, jangan diberi mainan itu lagi. Biarlah mereka berteriak – itu hanya seketika
  • Mulakan dengan ruang kecil sebagai ruang untuk mereka bertanggungjawab seperti bilik tidur atau ruang permainan mereka
  • ‘Takutkan’ mereka dengan akibat daripada tidak menjaga kebersihan seperti tikus akan datang atau mainan mereka akan hilang
  • Beri denda yang setimpal jika mereka gagal melaksanakan tugasan yang diberi. Ibu sendiri jangan langgar perjanjian dengan cepat mengalah
  • Jika mempunyai maid, pastikan maid juga diberi tugasan untuk mendidik anak-anak ini
  • Ibu sendiri perlu tunjukkan contoh yang baik kepada anak-anak dengan menjadi seorang yang pengemas dan pembersih
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar