Read
Jangan Risau Kalau Bateri Jam Anda Mati — Suunto 9 Baharu Tahan 120 Jam, Siap GPS, WOW!
Teks: Iqbaq Vee Mukhtaram
BERTEMPAT di Vantaa, Finland. Jenama jam tangan Suunto mengumumkan rangkaiian terbaru daripada mereka yakni the Suunto 9 — seutas jam tangan GPS multisukan untuk para individu atletik yang punya permintaan tinggi daripada jam tangan sukan mereka.
Baterinya Bertahan Lama, Ini yang Kita Perlukan Sepanjang Masa
Kuasa bateri tahan lama lebih 120 jam dengan GPS dan pengurusan bateri bijak dan sistem peringatan untuk memastikan jam tangan tahan kekal lama. Jam tangan Suunto 9 ini direka untuk latihan dan perlumbaan yang lama dan lasak dan ia telah diuji di bawah pemeriksaan ekstrem sehingga beribu-ribu jam untuk memastikan ia tidak mudah punah.
Suunto 9 ini juga diserasikan dengan aplikasi Suunto yang menyimpan log setiap latihan, aktiviti harian dan waktu tidur. Semua log ini boleh dikongsikan bersama komuniti Aplikasi Suunto sendiri.
Tiga mode bateri berbeza tersedia; Performance, Endurance dan Ultra yang bersedia sama 25 sehingga 120 jam. Tambahan pula pemilik Suunto 9 mampu melaras waktu tahan bateri jam mengikut pilihan peribadi dan bisa ubah mode daripada satu sama lain pada bila-bila masa.
Anda Akan diberi Notifikasi, Memang Terbukti Ini Jam Pintar!
Jam ini juga punya notifikasi bijak yang akan memberi peringatan sebelum mahupun kala bersenam kiranya bateri perlu charging atau ubah kepada mode yang menggunakan bateri pada kadar kurang. Diuji pada kadar ekstrem, Suunto 9 sememangya direka untuk memenuhi kehendak atlet profesional daripada seluruh dunia.
Kala berlari dalam kadar ultra panjang, kebiasannya jam tangan sukan tidak mampu untuk bertahan lama sekali gus meluputkan rakaman distance dan track accuracy kerana sistem GPS biasanya memerlukan tenaga yang tinggi tetapi tidak dengan Suunto 9. Ia mantap dengan lebih 80 mode sukan yang mengira dan pantau detik hati dan pernafasan, dengan navigasi route GPS penuh, waktu matahari terbit dan terbenam, storm alarm dan pelbagai multifungsi untuk atlet dan pengembara luar.
#suunto #suuntomalaysia #adtimemy #solartimemy