Highlights

“Jangan Tunggu Bila Ada Masa Lapang. Kita Yang Melapangkan Masa Kita” – Allahyarham Dato Ismail Kamus

Huda Hussain
08/05/2020
12:29 MYT
Sponsor Banner
“Jangan Tunggu Bila Ada Masa Lapang. Kita Yang Melapangkan Masa Kita” – Allahyarham Dato Ismail Kamus
Menghembuskan nafas terakhir pada usia 72 tahun di rumahnya di Ampang, terdahulu beliau dilaporkan dimasukkan ke ICU Hospital Kuala Lumpur akibat serangan jantung dan strok ringan serta jangkitan kuman di paru-paru.
Walaupun tidak pernah bersua atau mengenali secara dekat susuk Allahyarham Tuan Guru Dato Ismail Kamus, namun entah mengapa saban hari ini saya teringat dengan cerita pemergiannya ke negeri abadi.
Kredit Foto: Google
Tentang bagaimana aturan pengakhiran hayatnya pada tengah malam Jumaat dan dalam bulan Ramadan, telahpun tertulis di loh mahfuz. Dan pastinya ramai yang maklum, antara tanda-tanda akhir zaman adalah kematian golongan alim ulama. Ya Rabb kami memohon kepada-Mu agar dikuatkan keimanan dan ketakwaan biarpun mereka yang arif dalam hal agama dan berjuang serta berdakwah dijalan-Mu seorang demi seorang telah meninggalkan dunia ini.
Kredit Foto: Huda Hussain
Buku ini adalah salah satu daripada ratusan nukilan Allahyarham yang saya miliki. Dan pastinya setiap ilmu yang terkandung dalam nukilan buku ini berserta siri-siri ceramah, tazkirah yang disampaikan Allahyarham Dato Ismail Kamus, moga Allah ganjarkan pahala buatnya dalam menyebarkan ilmu agama kepada sekalian umat Islam.
Semoga asbab ilmu yang dikongsikan ini, Allah mengganjarkan pahala yang setimpal dengan pengorbanannya. Walaupun duduk diatas kerusi roda kerana kekangan pergerakan, namun itu nyata tidak memadamkan semangat dan tanggungjawabnya dalam berdakwah dan berkongsi ilmu untuk dimanfaatkan bersama.
Kredit Foto: Google
Dan menerusi perkongsian Dr Zubaidi Hj Ahmad di laman Facebooknya, membuatkan saya terpanggil untuk berkongsi perkara sama.
JADUAL KEHIDUPAN HARIAN YG DISUSUN OLEH Allahyarham Tuan Guru Dato Ismail Kamus
1. Bangun Malam (sekitar jam 3 pagi) - Mandi dan ambil wuduk 2. Solat Sunat Wuduk. 3. Solat Sunat Taubat. 4. Solat Sunat Tahajjud (8 rakaat). 5. Solat Sunat Hajat (minta Allah makbulkan permintaan kita, bila-bila masa kita minta). 6. Solat Sunat Witir 3 rakaat. 7. Istighfar ( أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ الْعَظِيمَ الَّذِي لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْحَيَّ الْقَيُّومَ وَأَتُوبُ إِلَيْه ) 100 kali 8. Tahlil ( لاَ إِلَهَ إِلَّاالله ) 300) kali 9. Baca Doa Nabi Yunus ( لاَإِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحَا نَكَ إِنِّيْ كُنتُ مِنَ الظَّا لِمِيْنَ ). 40x 10. Tasbih 40x ( سُبْحَانَ اللَّهِ وَ الْحَمْدُ لِلَّهِ وَ لاَ اِلهَ إِلاَّ اللَّهُ وَ اللَّهُ أَكْبَرُ ) 40X 11. Solat Sunat Fajar. 12. Solat Subuh. 13. Baca Yaassin lepas subuh. 14. Solat Sunat Dhuha 6 rakaat. 15. Solat Zohor. - Solat sunat sebelum - Solat sunat selepas 16. Solat Asar. - Solat sunat sebelum 17. Solat Maghrib. - Solat sunat selepas 18. Solat Isya' - Solat sunat sebelum - Solat sunat selepas 19. Sebelum tidur baca : - Al-Quran - surah Al-Mulk - surah Sajjadah - surah Al-Waqiah 20. Setiap hari mesti sedekah, walaupun sedikit. “ Didunia bukan tempat untuk berehat, tetapi tempat untuk beribadat."
Ustaz Ismail Kamus ❤️ Kata Ulama, apabila Allah tidak mengkehendaki kita lagi :
  • Allah akan sibukkan kita dengan urusan dunia.
  • Allah akan sibukkan kita dengan urusan anak-anak.
  • Allah akan sibukkan kita dengan urusan perniagaan.
  • Allah akan sibukkan kita dengan harta.
  • Allah akan sibukkan kita dengan mencari pengaruh pangkat dan kuasa.
  • Alangkah ruginya kerana kesemuanya itu akan kita tinggalkan. Sekiranya kita mampu bertanya pada orang-orang yang telah pergi terlebih dahulu menemui Allah SWT dan jika mereka diberi peluang untuk hidup sekali lagi sudah semestinya mereka memilih tidak lagi akan bertarung bermati-matian untuk merebut dunia.
  • Tujuan kita diciptakan adalah untuk menyembah Allah dan beribadat kepada Allah SWT. Sebenarnya apa yang kita dapat dari habuan dunia ini telah pun ditentukan oleh Allah SWT.
  • Kita mungkin cemburu apabila melihat orang lain lebih daripada kita dari segi gaji, pangkat, harta, kereta mewah dan rumah besar.
  • Kenapa kita tidak pernah cemburu melihat ilmu dan amalan orang lain lebih daripada kita. Kenapa kita tidak pernah cemburu melihat orang lain bangun disepertiga malam untuk solat tahajjud.
  • Kita cemburu melihat orang lain tukar kereta baru, tetapi jarang kita cemburu melihat orang lain boleh khatam Al-Quran sebulan 2 kali.
  • Kesemua petanda-petanda ini menunjukkan dunia akhir zaman apabila duit, pangkat dan harta mengatasi segalanya.
  • Setiap kali menyambut hari jadi kita sibuk hendak raikan sebaik mungkin tetapi kita telah lupa dengan bertambahnya umur kita maka kita akan dipanggil oleh Allah SWT semakin dekat.
  • Kita patut bermuhasabah mengenai bekalan ke satu perjalanan yang jauh yang tidak akan kembali lagi buat selama-lamanya.
  • Sesungguhnya mati itu benar, alam kubur itu benar, pertanyaan munkar dan nakir itu benar, mahsyar Allah itu benar, syurga dan neraka itu benar.
Semoga bermanfaat untuk dikongsi bersama dan moga mengalir pahala ilmu yang dikongsikan buat Allahyarham. Tenanglah dan damailah roh ulama ini dialam sana.
Setiap yang hidup pasti akan mati. Yang membezakan kita adalah iman, takwa dan amalan. JADUAL KEHIDUPAN HARIAN YG...
Posted by Dr Zubaidi Hj Ahmad on Thursday, 7 May 2020
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar