gaya hidup

JIMAT! Baju Anak, Barang Deko Rumah Pun Beli Harga RM2.10 – Tapi Kena Tetapkan IMAN Sebelum Masuk.

Afiza Kamarulzaman
15/01/2021
04:08 MYT
Sponsor Banner
JIMAT! Baju Anak, Barang Deko Rumah Pun Beli Harga RM2.10 – Tapi Kena Tetapkan IMAN Sebelum Masuk.
Nini Harnini Sarbini kini seorang suri rumah setelah beberapa lama bekerja. Disebabkan kini, hanya pendapatan suami yang menampung perbelanjaan rumah, Nini mencari jalan untuk mengecilkan jumlah perbelanjaan harian mereka lima beranak. Tidak mungkin mencatu makan anak-anak atau tidak membeli barangan keperluan diri dijadikan langkah penyelesaian. Tetapi mungkin boleh mencari barang yang sama pada harga yang lebih murah.
Maka, Nini gigih mencari cawangan-cawangan kedai barang murah seperti Eco yang berdekatan untuk memenuhi keperluan harian mereka sekeluarga. Daripada barang dapur, jajan anak-anak, barang penjagaan diri sehinggalah perkakas rumah dibeli dari kedai ini saja. Setelah beberapa lama beliau mengamalkan langkah ini, ternyata banyak yang boleh dijimatkan sehingga mampu buat simpanan tetap.
Produk sejuk beku pun ada dijual
Apa yang menyebabkan anda suka ke kedai barang murah ini? Apa kelebihan kedai tersebut berbanding pasaraya lain?
Kedai murah seperti Eco menawarkan harga flat rate bagi sertiap produk yg dijual, berbeza dengan pasar raya biasa, yang mana menjual produk dengan pelbagai harga. Ada kala harga yang ditawarkan dinaikkan bergantung pada permintaan. Berbeza dengan kedai ini yang menggunakan konsep flat rate tidak kira musim atau permintaan, harganya tetap sama. Harga yang tetap ini memudahkan saya untuk merancang perbelanjaan.
Banyak tak penjimatan yang diperolehi?
Saya tak nafikan dalam keadaan sekarang, perbelanjaan rumah semakin hari semakin meningkat. Ditambah pula dengan situasi kami di mana suami seorang sahaja bekerja dan pendapatan berkurangan 50% berbanding dulu saya turut sama bekerja. Sebagai suri rumah, saya harus bijak merencana perbelanjaan keluarga. Makan masih nak sedap degan pelbagai kehendak, ditambah dengan keinginan anak-anak yang sedang membesar, jadi kedai Eco menjadi solusi. Di sini saya mampu memenuhi keperluan barangan dapur, pembersihan rumah dan diri pada harga yang jauh lebih murah daripada produk-produk yang dijual di pasaraya lain. Malahan kerana penjimatan yg diperoleh aya kini mampu menabung di akaun di SSPN hasil cash lebihan daripada kos perbelanjaan rumah yang diberi suami.
Produk penjagaan diri juga serendah RM2.10
Apakah jenis barangan yang selalu dibeli dan berapa kerap anda restock barang atau berulang ke sana?
Sudah menjadi rutin saya ke Eco dua kali seminggu untuk membeli barang keperluan rumah. Antara barangan yang sering dibeli adalah produk masakan seperti rempah, rencah sos perasa, kicap, makanan dalam tin, tepung premix pasta, makanan sejuk beku dan lain-lain. Produk pembersihan rumah seperti sabun cucian tandas, peluntur, pewangi rumah, cucian lantai, sabun cuci pinggan dan banyak lagi. Produk-produk penjagaan kebersihan diri seperti sabun, ubat gigi, berus gigi, penyah kuman, mask dan banyak lagi. Keperluan alat tulis anak-anak. Keperluan haiwan peliharaan. Adakalanya saya juga membeli pakaian untuk anak yang berumur tiga tahun kerana di sini juga. Sesekali kalau datang mood nak mendeko rumah, di sini juga tempat dituju. Kalang-kadang, dalam sehari saya boleh pergi ke dua, tiga jenis kedai Eco berbeza untuk mendapatkan apa yang saya nak. Tidak semua cawangan kedai mempunyai barang yang sama. Kena gigihlah mencari. Hahaha...
Setadingkah kualiti barangan di kedai murah ini berbanding kedai biasa?
Kualiti produk sama saja. Banyak produk yg terjual di sini juga boleh didapati di pasaraya besar dan jenama tersebut terkenal di Malaysia tetapi bezanya ia dijual pada harga murah.
Barang deko RM2.10 untuk bilik anak
Kalau pandai suai padan, tetap nampak cantik
Ruang dapur juga sentuhan kedai yang sama
Sudut balkoni dalam proses
Ada orang kata masuk kedai ini boleh ‘dirasuk’. Pasti terbeli benda yang tidak terfikir. Tips anda?
Ya, saya setuju! Oleh kerana harga semua produknya murah, anda dinasihatkan membuat senarai barang yang ingin dibeli sebelum keluar kerana rata-rata pembeli gagal mengawal nafsu ketika berbelanja di sini. Akhirnya, daripada niat nak berjimat bertukar banyak pembaziran. Barang tak perlu pun terbeli sama. Perlu diingatkan walaupun harga setiap barangan bernilai RM2.10 tetapi jika tidak dikawal boleh mencecah hingga ratusan ringgit sekali beli. Kuatkan hati beli mana yang perlu saja. Sampai di kaunter, congak balik. Mana tak perlu, letak semula.
Tips berjimat yang boleh anda kongsikan sebagai suri rumah?
Berbelanja mengikut keperluan, berbelanja di kedai murah bukan bererti tidak berkualiti tetapi ia salah satu solusi membantu kita untuk mengadakan cash lebihan dalam tangan dan memulakan tabungan. Cuba ubah gaya hidup untuk sentiasa bersederhana dan mementingkan tabungan daripada berbelanja melebihi keperluan. Keadaan ekonomi semasa sangat rapuh sekarang ini. Jadi, perlu sentiasa bersedia untuk sebarang kemungkinan. Pekerjaan yang kita ada kini belum tentu akan kekal, maka uruslah perbelanjaan anda dengan cermat.
Keluarga yang sentiasa menyokong minatnya
Komen anda jika orang memandang sinis barangan di sini?
Persepsi manusia ini pelbagai dan itu hak mereka untuk menilai tetapi pada ssaya selagi saya mampu menabung hasil penjimatan berbelanja di kedai murah, selama itu saya tidak mengendahkan tanggapan org lain. Malah saya berbesar hati dapat berkongsi tips dan cara berbelanja di sini dengan teman-teman di Facebook seperti group Eco. Di situ saya sering berkongsi tips berbelanja, produk terbaru dan project diy mengindahkan kediaman.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar