gaya hidup
Kalau Ayah Tak Ambil Berat, Selalu Beri Alasan Tak Sempat; Takut Lelaki Lain Yang Akan ‘Tolong’ Buat.
Kalau ditanya kepada kebanyakan anak-anak perempuan dengan siapa mereka lebih rapat pasti majoriti memilih lebih rapat dengan emak. Ya, tidak dinafikan peranan emak yang lebih terserlah sifat keibuan, kelembutan, mempamerkan rasa kasih dan sayang, tunjukkan perhatian membuatkan anak-anak perempuan lebih menyenangi dan ‘click’ dengan emak.
Berbeza dengan sifat dan ketrampilan ayah yang sinonim dengan ketegasan dan garangnya kerana dibahu mereka tergalas tanggungjawab untuk melindungi dan mempimpin keluarga. Secara kasarnya, ramai yang bersetuju si ayah lebih dominan dalam sebuah keluarga.
Kredit Foto: Google
Tetapi, tahukah anda apabila sampai satu masa, anak perempuan akan datang perasaan segan dengan ayah. Ada sesetengah perkara yang dia rasa cuma boleh cakap dengan mak sahaja. Selalunya masalah ni lebih kritikal kalau waktu kecilnya ayah jarang luang masa berkualiti dengan anak-anak perempuan.
Ada tak bermaksud ada. Tubuh ada. Tapi main 'handphone', tak berbual, tak tanya khabar, tak peluk cium, tak ajar mengaji, tak cuba cipta aktiviti apa pun dengan anak. Seoalah-olah persamaannya macam tiada.
Anak-anak faham kalau ayah memang tiada dirumah. Tapi, kalau ada macam tiada, memang boleh mengundang bahaya.
Kredit Foto: Google
Masalah kritikal ni lebih meruncing kalau sudahlah ayah jarang luang masa berkualiti bersama, anak cuma asyik ditegur dan dimarah. Mereka makin menjauh hati. Simpan semua gajet. Televisyen juga. Banyakkan beraktiviti dengan anak perempuan.
Main kad, bersukan, melukis, ajar anak baiki paip, pergi pasar dan sebagainya. Sebab apa? Supaya dia tak cari aktiviti diluar rumah dengan orang lain.
Banyakkan memuji anak perempuan. 'Awak cantik'. 'Pandai masak nasi'. 'Suka tolong ibu'. 'Pandai jaga adik.' Untuk apa? Supaya dia tak termakan pujian lelaki lain.
Banyakkan beli hadiah untuk anak perempuan. Tudung, barang sekolah, mainan, barang keperluan. Supaya dia tak rasa ingin dengan hadiah dari tangan orang lain.
Kredit Foto: Google
Banyakkan pegang tangan anak perempuan masa berjalan. Di pasaraya, ke masjid, diatas jalanan, di tempat orang ramai. Kerana apa? Supaya anak tidak lagi rasa perlu untuk dapat perlindungan dari lelaki lain.
Biasakan bergurau dan menasihati anak perempuan dengan kata-kata yang baik dan manis. 'Kakak wanita solehah'. 'Tutuplah aurat elok-elok'. 'Nanti malaikat lindung'. 'Allah sayang sebab kakak budak baik'. Supaya hatinya sentiasa diisi dengan tarbiah yang tak putus sebagai peringatan dari seorang ayah.
Biasakan teman anak perempuan ke tempat asing, stesyen minyak, rumah orang, pasaraya. Sebab apa? Supaya dia rasa ayah sentiasa ada untuk jaga keselamatan dia.
Kredit Foto: Google
Nampak macam dimanjakan dan tak pandai jaga diri sendiri. Tapi ironinya anak perempuan yang dekat dengan ayah selalunya lebih kuat semangat dan berani. Mereka tahu ayah mereka akan sentiasa jadi pelindung dan penyokong mereka yang paling utama.