gaya hidup
Kalau Berani, Terus Saja Jumpa Mak Ayahnya – Usah Diusung ANAK DARA Orang Ke Sana Sini. Bikin Onar!
Duhai gadis, peliharalah maruahmu. Jangan mudah menyerah tubuh badanmu kepada lelaki, selagi dia belum mengangkat akad, memperisterikanmu. Jangan mudah terpedaya dengan janji manis sang lelaki yang mungkin katanya, “Kita buat dulu, lepas tu nikah.” Ternyata dia bukanlah selayaknya menjadi Imamu. Tinggalkan saja.
Duhai lelaki, peliharalah nafsumu. Ikat kuat-kuat hatimu dengan iman dan takutkan Allah SWT. Setiap kali terasa mahu menodai anak dara orang, bayangkan wajah ibu, kakak, adik perempuanmu atau mungkin juga bakal anak-anak perempuamu – sukakah kamu kalau mereka juga dianiaya? Dicabul, diperkosa, dinodai?
Besar sebenarnya tanggungjawab seorang lelaki, apatah lagi bagi mempertahankan maruah seorang wanita. Tidak kisahlah kalau perempuan itu ada hubungan keluarga atau hanya orang luar yang baru dikenali. Peliharahlah mereka seperti kamu mempertahankan nyawamu sendiri. Tolonglah, kawal nafsu dan jangan mudah ambil kesempatan atas kelebihan yang dimiliki.
Kredit Foto: Google
Kalau Dah Berkenan, Terus Saja Diperisterikan
Bimbang melihatkan cara sosial anak-anak muda zaman sekarang. Tidak kisah di media sosial atau alam nyata, kebanyakannya tiada lagi segan-silu. Tiada lagi jarak sosial. Tiada lagi merendahkan pandangan mahupun suara. Malah, ada saja yang berani bertepuk-tampar, berpeluk-cium di tengah khalayak.
Lelaki, jadilah hero sebenar. Jadilah Imam yang tegak dengan tiang agamanya. Jadilah bakal suami yang tidak mencatat sejarah buruk sebagai ‘buaya’ yang sentiasa membaham mangsa tanpa mengenal dosa. Kalau sudah ada gadis yang berkenan di hati dan selera, lekas-lekaslah mengatur pinangan dan temui kedua orang tuanya.
Tidak usahlah ‘test power’ lagi atau menunda-nunda dengan pelbagai alasan. Jika benar ada halangan, jarakkan diri. Elakkan berjumpa tanpa sebab atau ditemani mahram. Jika ada rasa mahu cuba-cuba, sebaiknya lepaskan saja anak dara orang itu dengan penuh hemah. Mohon, jangan dirosakkan masa depan mereka.
Kredit Foto: Google