Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Highlights

Kalau Sayangkan ARWAH, Jangan Buat ROH Terseksa – Uruskan Wasiatnya, Buatlah Kebaikan Untuk Bekalnya di Sana.

Afiza Kamarulzaman 09/09/2020 | 04:18 MYT
Apabila seseorang yang kita sayang terutamanya daripada kalangan ahli keluarga kita, janganlah menunjukkan kesedihan dengan hanya menangis dan meratap kerana ia perbuatan sia-sia. Pepatah yang pergi biarkan pergi, yang masih hidup perlul teruskan hidup bukanlah bermaksud kita perlu melupakan arwah terus.
Maksudnya di sini, waris yang masih hidup perlulah meneruskan apa-apa perkara berbangkit yang ditinggalkan arwah di dunia ini. Menangis sahaja tidak cukup untuk membantu arwah di sana kelak. Maka, fahamilah tugasan dan tanggungjawab untuk waris yang masih hidup ini membantu roh menyudahkan urusan dunianya yang belum selesai.
Kredit Foto: Google
Antara yang wajib ialah bersabit harta pusaka peninggalan arwah. Sebelum pembahagian harta pusaka, waris-waris wajib menyelesaikan perkara berikut :
• Membelanjakan urusan pengkebumian sekadar wajib sahaja.
• Menjelaskan hutang si mati:
► Hutang kepada Allah S.W.T seperti zakat, haji, kaffarah, fidyah dan nazar.
► Hutang kepada manusia.
• Melaksanakan wasiat si mati (jika ada) yang tidak melebihi 1/3 daripada harta peninggalannya.
Sebab-sebab menerima pusaka:
• Perkahwinan
• Keturunan
• Pembebasan hamba
Sebelum pembahagian harta pusaka, waris-waris wajib menyelesaikan perkara berikut:
• Membelanjakan urusan pengkebumian sekadar wajib sahaja.
• Menjelaskan hutang si mati:
► Hutang kepada Allah S.W.T seperti zakat, haji, kaffarah, fidyah dan nazar.
► Hutang kepada manusia.
• Melaksanakan wasiat si mati (jika ada) yang tidak melebihi 1/3 daripada harta peninggalannya.
Kredit Foto: Google
Amalan Waris di Dunia Untuk Roh di Sana:
#Arwah #Harta Pusaka #Wasiat
;