Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
gaya hidup

Kekal Hingga Hujung Usia – Suami Perlu JUJUR, Isteri Harus Memahami. Benda Remeh Jangan Dirumitkan

Afiza Kamarulzaman 07/08/2021 | 03:34 MYT
Suka melihat pasangan veteran yang masih berjalan berpegangan tangan, makan sepinggan dan sentiasa bergurau-senda mengharungi sisa kehidupan bersama. Pada kala anak-anak sudah jauh, tinggal suami dan isteri saja menghabiskan masa sehari-hari, seumpama zaman awal-awal perkahwinan dulu, ketika masih berdua.
Bagaimana mengekalkan hubungan harmoni dalam perkahwinan? Kenapa orang dulu mampu mempertahankan perkahwinannya berbanding orang sekarang? Buktinya, kes perceraian semakin melonjat naik setiap tahun. Dan, lebih menyedihkan dalam keadaan pandemik sekarang, kadar perkahwinan, sedangkan perceraian meningkat.
Mengikut laporan Statistik Perkahwinan dan Perceraian Malaysia 2020, bilangan rakyat Malaysia yang berkahwin tahun lalu menurun sebanyak 1.2 peratus kepada 203,821 orang, berbanding 206,352 orang pada tahun sebelumnya.
Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, laporan juga menunjukkan jumlah perceraian dalam kalangan rakyat negara ini meningkat 12 peratus kepada 56,975 pada 2019, berbanding 50,862 pada tahun sebelumnya.
Beliau berkata, seiring dengan penurunan jumlah perkahwinan, kadar perkahwinan umum bagi pengantin lelaki mencatatkan penurunan dari 50.7 kepada 50.1 per seribu populasi lelaki belum berkahwin dan berusia 18 tahun ke atas.
"Trend serupa juga direkodkan untuk pengantin wanita yang mencatatkan penurunan dari 47.0 kepada 46.2 per seribu populasi wanita belum berkahwin berusia 16 tahun ke atas. Kadar perceraian umum bagi lelaki meningkat dari 6.5 kepada 7.2 per seribu populasi lelaki berkahwin berumur 18 tahun dan keatas, dengan kecenderungan serupa juga dilaporkan untuk wanita yang mencatatkan peningkatan dari 7.0 kepada 7.7 per seribu populasi wanita berkahwin," kata beliau.
Kredit Foto: Google
Bagaimana Pasangan Dulu Melayari Rumahtangga?
#Rumahtangga #Pasangan Lama #tips bahagia
;